Route 888 Kluang Warung Rumah Pusaka

Aku nak ajak korang cuba kedai Route 888 dekat Kampung Melayu. Special sebab lokasi kedai ni dibina di sekeliling rumah pusaka Melayu.

Route 888 Kluang 

Alamat: 34, Jln Kampung Melayu (Berhadapan Surau Al-Falah), Kampung Melayu, Kluang https://goo.gl/maps/af8QE477u6JD1JcZ6
Waktu Operasi: 5.30 petang hingga 12.00 malam. Cuti Isnin
   

Review Makanan di Route 888

Bagi aku chicken grill dekat sini antara yang terbaik dengan harga RM10.00. Straight forward sedap, no bull shit la orang kata. Ayam masih juicy dan manis dari perapan. Sos black pepper pekat dan tak masin. Ada fries dan coleslaw sebagai pelengkap hidangan. Untuk set dengan ramen samyang, ada tambahan RM5 tak silap. 







Antara faktor lain orang suka lepak kedai ni sebab ada roti canai Halim dan murtabak. Beli sekeping roti telur dan layan dengan teh o panas 50 posen, sempoi. Kalau nak rasa roti sarang burung pun ada dekat sini. Ada juga hidangan ringan yang lain seperti bakso, roti bakar, waffle, dimsum dan dumpling. Aku suka minum air tembikai dekat sini sebab kalau order tanpa gula masih manis dan tak ceroi.

Kalau nak makan berat, ada nasi lemak dengan pelbagai pilihan sambal seperti sambal kerang, kupang dan sotong. Ada ayam goreng berempah, talapia goreng dan sotong goreng tepung. Waktu kitorang makan, sambal kurang pekat. Average je la nasi lemak dia. Hidangan panas goreng-goreng tak dijual di sini sebab owner nak menghormati kedai makan sebelah. Baik kan, tak dengki Melayu tiber. Nasi ayam penyet dan talapia penyet digoreng garing. Tapi sambal masih tak boleh lawan Warung Pecel Lele. 
 


 






Sistem 'hawker center' macam ni, nak order nanti orang kedai datang bagi senarai menu dari semua stall. Makanan sampai je terus bayar cash kecuali air bayar last bila nak balik dekat cashier. Untuk air aku perasan ada QR code. Ye la sekarang semua prefer e-wallet kan. Pengalaman aku, ada kedai yang tak pandai uruskan bila banyak stall. Kejap bayar asing, kejap kumpul semua baru bayar. Ada kedai pula tak bagi menu full just cakap mulut sahaja.

Overall, suasana makan selesa dan luas ala-ala kampung kerana kedai makan ni asalnya rumah pusaka. Kalau pernah makan di restoran Bawah Kolong, macam tu la vibe dekat sini.

Kemudahan di Route 888

Kemudahan parking selain di tepi jalan, boleh masuk ke kawasan belakang kedai. Ruang makan luas dan banyak kerusi meja. Sinki dan tandas juga tersedia. Ada juga TV yang menyiarkan rancangan drama Melayu dan perlawanan bola. 

Update terkini 

Route 888 juga dibuka untuk sarapan bermula pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Hidangan yang ditawarkan ialah seperti mihun sup utara, nasi goreng kambing dan roti bakar. Untuk sesi petang yang bermula 5.30 petang hingga 12 malam mereka telah menambah masakan panas seperti nasi goreng pattaya, kuetiau goreng dan lain-lain lagi. Juga tersedia air kelapa muda segar. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu