Bila musim hujan dekat Kluang, memang sejuk sampai ke tulang sebab rumah sebelah Gunung Lambak. Nak basuh pinggan pun 2-3 kali fikir haha. Kipas pun tak buka, jimat elektrik. Nak share pasal street food dekat Kluang ni. Minggu lepas try Cha Bang Ang dan jagung kukus dekat sebelah Shell Bandar. Kalau yang dah biasa di Kluang, di lokasi ni juga orang selalu beli lemang waktu raya.
Untuk Cha Bang Ang, ada 3 pilihan kuah untuk dinikmati bersama cincau dan biji selasih. Aku beli perisa caramel. Lebih kepada puding/dessert instead of minuman. Sebab apa aku cakap macam tu? Manis. Aku suka cincau dia sebab lebih kenyal berbanding cincau biasa. Asalnya Cha Bang Ang ni makan dalam mangkuk kan. Penjual ni alter bagi senang nak jual dalam bentuk cup. Boleh minta kurang manis kalau berniat nak minum hilangkan dahaga. After all, cincau soya juga yang paling sedap. Setuju tak? Hehe
Menu dan Harga Cha Bang Ang
Sebelah gerai Cha Bang Ang ada kedai Jasuke iaitu singkatan kepada jagung susu keju. Aku beli yang original sahaja untuk makan dengan Adam. Aku belum sampai seru lagi nak rasa jagung cheese. Ada banyak pilihan topping selain cheese iaitu biscoff dan coklat. Teringat dulu masa belajar di Manipal, selalu beli jagung kukus kosong untuk masak puding kastard. Bhaiya yang jual tu pelik la kenapa tak nak tambah apa-apa. Dekat sana, topping jagung selalunya serbuk masala, mentega, garam atau limau nipis. Aku tak pernah cuba sebab tak adventurous masa tu, rasa rugi pula. Ada juga jagung bakar dengan pilihan topping yang sama. Selalu di jual di kawasan pantai. Selain daripada jagung, air tebu juga famous di campur dengan garam, lemon dan serbuk masala. Diorang tak suka minum air manis macam tu sahaja, kena ada 'kick' baru sedap.
Menu dan harga Jasuke
Berbalik kepada street food viral, kawasan sebelah Shell ni dulu pernah jadi lokasi orang jual Tongmo ataupun dikenali sebagai sosej Kemboja. Aku sempat rasa sekali je. Bagi aku sedap tapi tak puas makan. Nak beli lagi tapi abang tu tak berniaga dah. Harga boleh tahan mahal tapi berbalik kepada kualiti dan 'rare' nak dapat. Satu lagi perkara aku lupa mention. Dekat Kluang ni ada dua kem tentera dan penjara. Jadi ramai orang luar yang bermastautin dekat sini termasuklah orang Kelantan. Trend yang aku nampak, banyak makanan Thailand dan Kelantan di bawa ke sini. Baru-baru ni ada orang jual etok salai dan bubur Suro!
0 Ulasan