Walaupun aku anak jati Kluang, Johor kalau orang tanya tempat menarik di Kluang Johor tergagap jugalah aku nak jawab. Bukan apa, bila dah kahwin ni baru sempat explore Kluang. Baru kenal nama jalan. Husband pun orang sini tapi 2X5 juga sebab sebelum ni dia merantau bekerja di Kuala Lumpur. Nak pergi taman dekat-dekat pun kena waze. Aduh kelakar betul. Sekarang ni dah ok sikitlah, kalau nak play tourist di Kluang dekat sini tahulah nak pergi mana.
10+ Tempat Menarik di Kluang Johor
Restoran Bawah Kolong
Lokasi: Jalan Cempaka, Kampung Masjid Lama
Facebook: https://www.facebook.com/bwhkolong
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang (Cuti Jumaat)
No telefon: 017-732 6454
Popia Basah Kluang
Dapatkan popia basah saiz besar daripada gerai pakcik ini di Bazar Uptown Kluang. Popia penuh dengan isi daging, sayuran dan kekacang bersama sos istimewa. Sebelum ini beliau berniaga di depan rumah sahaja. Selain itu terdapat banyak lagi gerai makanan di sini seperti sup daging, masakan panas, puri dan burger.
Waktu operasi: 5.00 petang hingga 12.00 malam, Cuti Isnin
Cendol Kadir
Lokasi cendol ini berdekatan dengan Kluang Street Art. Lepas penat bergambar boleh sejukkan tekak di sini. Sebelah gerai cendol juga terdapat apam balik yang sedap.
Lokasi: 1950, Jln. Dato Kaptain Ahmad, Kampung Masjid Lama
https://goo.gl/maps/t3qPhHnX9Y2hJbQf8Waktu operasi: Setiap hari 10.30 pagi hingga 6.00 petang
Lokasi kedai cendol: https://www.aqilarin.com/2023/03/lokasi-minum-petang-cendol-santan-sawit.html
Kluang Rail Coffee
Tak sah kalau datang Kluang tanpa singgah di kopitiam tertua di Malaysia ini. Dapatkan signature dish mereka iaitu roti kahwin dan kopi ais. Boleh juga beli produk kopi segera sebegai cenderahati. Jika terlalu ramai, boleh ke outlet mereka yang lain.
Waktu operasi: 7.00 pagi hingga 6.00 petang (Cuti Isnin)
Laman Kreatif Kluang
Boleh OOTD dengan mural-mural interaktif dekat Laman Kreatif Kluang ni. Jangan lupa singgah cafe back alley seperti Kafe Kaki Lima dan Midday Club untuk minum kopi.
Lokasi: 1956, Jln. Dato Kaptain Ahmad, Kampung Masjid Lama
Kafe Kaki Lima
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Cuti Isnin
Midday Club
Facebook: https://www.facebook.com/midclub
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad
7.00 pagi hingga 2.00 petang
Cuti Isnin
Gunung Lambak
Orang Kluang dah tak perlu risau lagi nak healing dekat mana sebab Gunung Lambak dah meriah balik dengan banyak aktiviti dan kedai makan seperti pasar PACAK, Pondok Tujoh Cafe, mini zoo dan water park.
Alamat:Gunung Lambak Recreational Forest, 86000 Kluang, Johor
Full review: https://www.aqilarin.com/2023/08/gunung-lambak.html
Wak Tunot Enterprise
Dapatkan rempeyek dan kudapan tradisional di Wak Tunot Enterprise yang dah terkenal satu Malaysia. Orang KL pun suka rempeyek kacang kuda dekat sini taw. Lepas shopping jangan lupa breakfast dan lunch di warung Wak Tunot. Banyak pilihan makanan pagi dan tengah hari seperti lontong darat dan lauk pauk masakan Melayu.
Facebook: https://www.facebook.com/kaazfood
Waktu operasi: Setiap hari 7.00 pagi hingga 6.30 petang
Kopi Kluang Cap Televisyen
Selusuri asal usul kopi Kluang di kilang Kopi Kluang Cap Televisyen sambil nikmati kopi dan biskut lemak percuma di sini.
Waktu operasi: Setiap hari 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Kefi Farm Cafe , Talula Hill Farm Resort
Nak healing di atas gunung ala Cameron Highland? Datanglah ke Kefi Farm Cafe di Talula Hill Farm Resort untuk OOTD dan nikmati kopi serta dessert di sini. Boleh juga booking cabin di resort atau glamping atas gunung.
Lokasi: PTD 40612, Jalan Padang Tembak, Kluang
https://goo.gl/maps/vQzbarLwH2QsMkhV9
Waktu operasi: 12:00 PM - 9:00 PM (Jumaat & Sabtu dibuka bermula 10:00 AM)
Waktu operasi: 12:00 PM - 9:00 PM (Jumaat & Sabtu dibuka bermula 10:00 AM)
Talula Hill Farm Resort
Cattle Queen Park adalah taman haiwan ruminan seperti lembu dan kerbau pertama di Malaysia. Banyak aktiviti menarik di sini seperti bagi haiwan makan dan menunggang kuda.
https://goo.gl/maps/FmLSJ3bMeUWuECFfA
No telefon: 0127486080/012 757 6080Full review: https://www.aqilarin.com/2023/06/cattle-queen-park-first-ruminant-park.html
Gunung Belumut
Tak jauh dari bandar Kluang ialah Gunung Belumut yang menawarkan pengalaman menarik seperti hiking dan mandi-manda. Ramai juga yang mula camping di sini kerana suasananya yang nyaman dan family-friendly.
https://goo.gl/maps/wFi8otTMdwyb1eo66
No telefon: 607-7725 944 (Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah)
No telefon: 607-7725 944 (Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah)
4 Ulasan
Tak sampai Keluang lagi. Teringin nak try cofee famous tu
BalasPadamJemput datang kak...sini memanh famous kopitiam
PadamHaha! Tergelak baca part suami bukak Waze tu sebab suami saya pun sama bila balik ke kampung masih lagi bukak Waze nak pegi ke mana-mana :D Saya dulu pun sama, klu ada kawan2 yang nak datang ke Bintulu tanya kat mana tempat makan sedap terus jammed otak sebab jarang makan di luar.
BalasPadamAduh sama rupanya hehe..
Padam