Selain Kluang Mall, Kluang Parade (KP) best juga kalau nak jalan-jalan cuci mata. Lagi-lagi kaki gajet, tengok phone model baru dan compare harga dengan online. Aku selalu ke Guardian atau Parkson je bila ada sale time perayaan.
Thai Food Kluang Parade
Actually husband yang tunjuk kedai Thai Food ni. Aku cakap ok la next time kita pergi. Pengalaman pertama makan dekat sini agak mengecewakan sebab menu utama Tomyam dah habis dan kena tunggu setengah jam.
Kari hijau pun tak ada. Husband kalau dah sampai kena cancel order 2 kali memang tak ada mood dah dia. Kami datang dalam pukul 4.00 petang.
Aku rasa ni sebab viral dekat group Kluang Fan Club, tu yang ramai orang datang. Owner pula tak expect ramai dan portion makanan yang diorang sediakan sikit sahaja.
Yang kelakarnya, customer lepas kitorang order nasi krapao tapi tak ada telur sebab dah habis. Tapi dia serve juga! Allah.. ni kalau tunggu Tomyam entah apa isi dalamnya. Sebab menu tak lengkap pun dia jual.
Aku nak repeat sebab banyak betul makanan Thai dekat sini yang best macam kerabu maggi, mangga dan somtam. Menu dia ala-ala Boat Noodle, ada nasi goreng dan beef noodle. Tapi tak tahu husband nak datang lagi ke tak huhu.
6 Ulasan
Alahai....dah tu sampai ke sudah ke takde airnya....tengok matcha tu macam sedap...
BalasPadamSampai kak tapi 2-3 kali datang ambil order huhu
PadamHarap owner improve la. Nanti kang orang tak mau datanh dah
BalasPadamYe betul. Sebab selalunya kalau viral jadi cmni owner tk ready
PadamBaru je semangat nak bagi review menarik terus terbantut bila makanan tak lengkap, byk yg habis kan. Harap owner ni cepat2 improve sebelum ramai lagi pelanggan yg lari.
BalasPadamBetul tu.. review free je haha. Lebih kpd kritikan membina
Padam