Thai Food Kluang Parade

Selain Kluang Mall, Kluang Parade (KP) best juga kalau nak jalan-jalan cuci mata. Lagi-lagi kaki gajet, tengok phone model baru dan compare harga dengan online. Aku selalu ke Guardian atau Parkson je bila ada sale time perayaan.

Thai Food Kluang Parade 

Actually husband yang tunjuk kedai Thai Food ni. Aku cakap ok la next time kita pergi. Pengalaman pertama makan dekat sini agak mengecewakan sebab menu utama Tomyam dah habis dan kena tunggu setengah jam.  

Kari hijau pun tak ada. Husband kalau dah sampai kena cancel order 2 kali memang tak ada mood dah dia. Kami datang dalam pukul 4.00 petang. 

Aku rasa ni sebab viral dekat group Kluang Fan Club, tu yang ramai orang datang. Owner pula tak expect ramai dan portion makanan yang diorang sediakan sikit sahaja. 

Yang kelakarnya, customer lepas kitorang order nasi krapao tapi tak ada telur sebab dah habis. Tapi dia serve juga! Allah.. ni kalau tunggu Tomyam entah apa isi dalamnya. Sebab menu tak lengkap pun dia jual. 

Aku nak repeat sebab banyak betul makanan Thai dekat sini yang best macam kerabu maggi, mangga dan somtam. Menu dia ala-ala Boat Noodle, ada nasi goreng dan beef noodle. Tapi tak tahu husband nak datang lagi ke tak huhu. 


Aku memang tak boleh tengok pulut mangga memang kena order. Pulut lembut dan kuah santan sedap berlemak tapi sayangnya mangga tak cukup manis. 

Memang susah sikit bab buah ni kan. Aku suka bila dia tabur kacang (mung bean) atas pulut bagi sensasi crunchy bila makan pulut yang lembut. 


Nasi krapao yang aku pernah makan sedikit gelap warnanya. Jadi ayam daun selasih (basil) ni average sahaja. Sekadar rasa pedas cili. 


Matcha dia ok-ok, tak manis sangat. Tapi husband kata ais banyak sangat, minum kejap dah habis. Isu air tembikai aku ni, kejap ada kejap tak ada. Orang yang ambil order tak tally dengan kitchen. Owner dia memang orang Siam, aku tak sure la ada masalah komunikasi dengan staff ke apa. 

Overall aku rasa tak fair nak review sebab diorang tak dapat bagi the best. Bahan banyak dah habis tapi orang masih ramai datang. Dari segi harga, makanan dan air  yang aku order ni RM30++. Kedai Siam memang tak lari dengan harga mahal haha.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Alahai....dah tu sampai ke sudah ke takde airnya....tengok matcha tu macam sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai kak tapi 2-3 kali datang ambil order huhu

      Padam
  2. Harap owner improve la. Nanti kang orang tak mau datanh dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. Sebab selalunya kalau viral jadi cmni owner tk ready

      Padam
  3. Baru je semangat nak bagi review menarik terus terbantut bila makanan tak lengkap, byk yg habis kan. Harap owner ni cepat2 improve sebelum ramai lagi pelanggan yg lari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. review free je haha. Lebih kpd kritikan membina

      Padam

Close Menu