Pecel Lele atau lebih popular dikenali sebagai keli penyet di Malaysia berasal dari Jawa Timur, Indonesia. Actually, diorang pun confuse kenapa dinamakan pecel. Sebab pecel yang aku tahu adalah hidangan sayur dan ulam yang dicampur sambal kacang. Rupa-rupanya nama asalnya adalah pecek lele yang seakan-akan dekat dengan satu lagi hidangan Jawa iaitu pecak. Jadi untuk senangkan pelanggan untuk order, diorang terus tukar jadi pecel.
Apa pula bezanya dengan ayam gepuk dan geprek? Aku personally belum pernah rasa variasi hidangan ni lagi. Berdasarkan apa yang aku baca dan review Youtuber seperti Ariey Jojo dan Akiejack, sambal gepuk mempunyai taburan kacang tanah dan ditambah sambal cili kering. Geprek pun menggunakan boneless chicken dan ditabur cili giling yang dituang minyak panas. But ultimately, sambal kena pedas dan cukup rasa masam, manis dan masin. Kalau tak pedas, memang out dari list aku haha. Antara favourite aku nak makan pecel lele adalah di kedai ini bermula harga RM8.00 ke RM9.00.
Warung Pecel Lele
Alamat: Jalan Wan Embon, Kampung Melayu, KluangWaktu Operasi: 11.30 pagi hingga 8.00 petang
Review Pecel lele
Review nasi ayam penyet
Tips goreng ikan keli
- Ikan keli dibasuh menggunakan tepung gandum, cuka ataupun limau nipis untuk hilangkan lendir dan hanyir.
- Kena buang darah beku di bahagian kepala dan leher ikan keli.
- Kelar badan ikan dan perap dengan sedikit garam dan kunyit.
- Taburkan sedikit tepung jagung sebelum menggoreng ikan.
- Ada juga yang letak asam keping atau halia ke dalam minyak sebelum masukkan ikan keli.
4 Ulasan
Alamak... bila sebut pecak teringat air tangan emak kita yang sangat sedap: pecak ikan pari.
BalasPadamUish sedap tu ikan pari. Selalu makan pari masak asam pedas je hehe
Padamtak pernah lagi makan pecak..saya pon tak reti makan ikan keli..lagikan pula klo nak goreng sendiri hahah..
BalasPadamIkan keli memang tak semua boleh terima. Kawan kolej saya dari Sabah Swak tak makan masa dekat mess kolej dulu. Lauk favourite saya tu hehe
Padam