Review Tealive Aren Palm Sugar

Ramai salah faham tentang gula aren yang digunakan oleh Tealive Aren Palm Sugar yang terbaru ni. Jadi aku buat sedikit bacaan tentang perbezaan gula palma yang popular digunakan dalam pembuatan kuih-muih tradisional dan kini banyak dicampur di dalam minuman seperti kopi dan teh.

tealive aren

Jenis-Jenis Gula Palma

Merujuk kepada poster Tealive, gula aren yang disebut berasal dari Borneo. Seperti yang kita ketahui Borneo merangkumi 3 negara iaitu Malaysia (Sabah Sarawak), Brunei dan Indonesia (Kalimantan). Sebelum ni pernah viral aiskrim gula apong di Sarawak. Jadi adakah gula aren sebenarnya dikenali sebagai gula apong? Hakikatnya, ia adalah nira dari pokok yang berbeza. 

Gula melaka/nisan 

  • pokok kelapa (Cocos nucifera)

Gula apong 

  • pokok nipah (Nypa fruticans)

Gula aren 

  • pokok kabung (Arenga pinnata)

Gula aren yang dimaksudkan di Borneo adalah lebih tepat merujuk kepada perusahaan penduduk tempatan di Kalimantan, Indonesia. Namun begitu, merujuk kepada website Bask Bear Coffee, gula aren yang digunakan di dalam minuman mereka diperoleh daripada pembekal di Sarawak. Nira yang dikumpulkan akan dimasak hingga pekat lalu dibotolkan. Tambahan lagi, gula kabung turut diproses di Pahang dan dikenali juga sebagai gula enau. 
Baca juga:

Review Tealive

Aren Black Diamond Milk

Walaupun gula aren kelihatan pekat, ia tak semanis yang disangka! Bila aku hirup susu ni, seakan-akan rasa cendol. Terasa wangi gula aren dan manis caramel refreshing sebab light. Lagi-lagi bila sedut dengan black diamond yang sedikit kenyal. Memang beza guna gula putih/perang berbanding gula palma seperti gula melaka dan gula aren. Rasanya lebih 'deep' dan banyak khasiat kerana kurang mengalami proses refining atau bleaching. Indeks glisemik (GI) gula aren juga rendah berbanding madu.

tealive aren

Aren Coco with Pudding 

Kalau biasa minum Strawberry Pudding, pudding yang sama digunakan dalam air ni. Rasa coklat lebih menonjol bila gabung dengan gula aren yang tak manis sangat. Wajib kena flip dan godak air sebelum minum ok! Ada 2 pilihan air yang lain iaitu Signature Coffee dan Original Pearl Milk Tea. Actually aku teringin nak rasa kopi sebab kedai kopi fresh brew dah lama introduce gula aren dengan espresso. Maybe lagi sedap? 

Peminat brown sugar boba milk, boleh switch kepada Aren Original Pearl Milk Tea for healthier option sebab rendah GI dan lebih berkhasiat. Rasanya lebih kurang sama tapi tak terlalu manis. Bubble tea yang selalu kita minum guna brown sugar atau gula perang asalnya adalah gula putih yang ditambah molasses dan jika diambil berlebihan bahaya untuk kesihatan. Gula merah (pure cane sugar) juga termasuk dalam kategori yang sama. 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. baru tahu perbezaan gula ni semua..ingt sama je semua..hihi...boleh lah cuba bila ke tealive atau ada promo...

    BalasPadam

Close Menu