Rollie Cafe ni bukan calang-calang rupanya. Ditubuhkan oleh usahawan bumiputera sejak 2016 di Terengganu, Rollie Cafe adalah pencetus kopi cold brew yang pertama dikomersialkan. Sekarang ni dah ada 28 outlet di seluruh Malaysia.
Rollie Cafe Cold Brew
Lokasi: No G15, Laman Niaga Railway Kluang, Kluang
Waktu operasi: 5.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari kecuali Selasa
Maksud kopi cold brew
Actually first time aku minum cold brew ni. First impression, kurang 'kick'. Seakan-akan rasa tak puas minum kopi tapi masih berupaya memberi instant energy. Rupa-rupanya memang itu identiti cold brew. Selama ni aku minum hot brew/fresh brew.
Ciri-ciri cold brew adalah 60% kurang acidic, lebih halus dan manis tapi kurang pahit. Cara penyediaan cold brew adalah dengan merendam serbuk kopi dengan air sejuk dan diperam sehingga 12-24 jam. Hasil tapisan air kopi boleh digunakan sehingga 2 minggu. Tiada bau kopi yang kuat kerana kaedah cold brew preserve bau kopi dan beberapa bahan yang lain. Sepatutnya dapat appreciate beberapa flavour yang unik seperti nutty, fruity dan floral daripada biji kopi yang digunakan.
Review Menu Rollie Cafe Cold Brew
Rollie Iced Coffee RM7.00 adalah campuran cold brew, fresh milk dan sweet milk (susu pekat). Husband komen rasa dia lain daripada yang lain. Memang naik flavour cold brew tu bila ada campuran bahan lain. Aku pula beli pure cold brew RM7.00, macam aku cakap awal-awal memang kurang pahit. Tapi kalau slowly minum maybe boleh appreciate rasa cold brew ni. Aku still prefer latte, belum sampai tahap nak layan cold brew atau americano lagi la haha.
Last time makan croffle dekat Batu Pahat. Bila tahu sini ada jual terus beli. RM3+ siap topping nutella, but saiz comel je la hehe. Ada pilihan topping lain seperti biscoff. Iced Chocolate RM8.50 sedap macam biasa pekat berlemak. Banyak lagi pilihan minuman non coffee macam teh dan soda. Ada juga pastri dan roti untuk kudapan. Aku tengok ada kiosk Rollie Cafe cawangan lain yang jual kek dan makanan berat. Ikut kawasan jugalah.
Menu dan harga Rollie Cafe Cold Brew
Sotong Kangkung
Beberapa bulan sebelum tu aku ada cuba Sotong Kangkung RM8.00 dekat kedai sebelah ni. Aku suka rasa kuah petis memang pekat dan pedas. Portion banyak dengan potongan sotong lembut dan kangkung fresh. Cuma aku tak puas makan sebab rasa lack of texture sebab dua-dua lembut. Maybe next time aku nak campur dengan tauhu bakar baru ngam. Buas betul selera.
8 Ulasan
Sedap tu sotong kangkung.
BalasPadamMemang sedap..
Padamtak pernah jumpa Rollie Cafe ni...sotong kangkung dah lama x makan...
BalasPadamJangan lupa cari nanti
Padamwahh cafe kluang pun dh smpi ganu kite erk., ;p
BalasPadamCafe ganu yg sampai sini wak haha
Padamwaa nampak sedap
BalasPadamBoleh cuba nt mama
Padam