Burger Korea K-Crunch Chicken Marrybrown Pedas!

Aku pernah baca dekat Facebook, dia hairan kenapa tak ramai orang dekat Marrybrown (MB) compare dekat McDonald's atau KFC. Aku macam, ceruk mana la dia hidup ni. Mentang-mentang MB made in Malaysia. MB dekat sini sampai kena tutup sebab makanan sold out lagi-lagi orang buka puasa Ramadan. Antara makanan yang famous mestilah bubur dengan mi kari MB. Kari pekat berlemak, cukup pedasnya. Kalau orang tanya, mi kari mana yang sedap aku macam blur nak suggest kedai Melayu. Kalau mi bandung atau mi rebus tu tahulah. Mi kari ni famous dekat kopitiam antaranya di Kluang Rail Coffee. Berbalik kepada MB, baru-baru ni mereka keluarkan siri K-Crunch Chicken. Dari segi pengenalan menu baru, aku rasa MB win berbanding fast food yang lain. Mostly flavour baru sedap kecuali Teriyaki Wasabi aku tak minat sangat. 

Marrybrown 


Review K-Crunch Chicken Burger Marrybrown 

Menu Korea kali ni tak ada chicken wings, sedihlah juga. Tapi lebih puas sebab dia bagi ayam goreng biasa tapi bersalut sos korea. Siapa yang familiar dengan sos korea mesti tahu rasa manis-manis pedas sos gochujang ni. Tambahan lagi, tak ada rasa masin yang keterlaluan. Secukup rasa. K-Crunch Chicken Burger kali ni memang sedap. Isi ayam goreng yang masih juicy di apit oleh 2 keping bun hitam yang lembut. Rasanya charcoal ni, tak ada rasa yang prominent hanya rasa roti. Ada sayur, cheese dan seaweed. Unik betul!

k-crunch chicken marrybrown

Review K-Crunch Chicken Marrybrown 

Rasa sos korea agak strong kali ni. Caution untuk yang tak tahan pedas. Sos Korea dia memang pekat so bila letak dekat ayam tak cepat soggy. Waktu makan masih crunchy. Siap tabur bijan memang ada effort untuk jadikan lebih authentic Korea! Memang puas hati makan ayam goreng Korea dekat Marrybrown ni. Ada orang buat sos korea agak cair ye, contohnya macam Muiz Hot Chicken sebab tu dia asing bila take away. Korang boleh pilih nak makan burger, ayam atau nasi. Side aku dah rasa dumplings tu ok sedap juga. 
Baca juga:
Aku rasakan makanan Korea ni memang menguntungkan la jarang flopped. Setiap beberapa bulan, mana-mana fast food memang akan keluarkan menu Korea mengikut kreativiti masing-masing. Selagi k-drama dan k-pop wujud business makanan Korea ni besar potensinya.

k-crunch chicken marrybrown

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Betul tu. MB kurang diminati ramai tapi saya selalu beli di situ. Di tempat saya, MB sudah lama tutup. Kalau nak makan, sewaktu transit Kota Kinabalu Airport, makanlah kami di situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul cara masakan MB lebih kena dengan palate orang Melayu bagi saya

      Padam
  2. fuhhh..warna merah pada sos pun sudah menyeramkan deria bibir hehe...pedas nampaknya

    BalasPadam

Close Menu