Dessert Viral Koktel Buah dan Buko Pandan

Cuaca kejap panas kejap sejuk menyebabkan aku selsema, batuk dan sakit tekak. Husband dan Adam pun sama kena. Jadi hari tu aku ada ternampak orang post dekat group fb Kluang Fan Club pasal koktel buah ni. Rupa-rupanya dekat Taman Sri Kluang (TSK) tempat husband kerja. Landmark sebelah kedai Mee Bandung Bonda. Singgah la kejap beli satu cup besar ni RM10.00. Biasa kalau open house raya orang buat koktel pakai mixed fruits dalam tin kan, yang ni dia jual semua buah segar. Ada dalam 10 bahan. Yang dalam tin hanya laici, ditambah cincau, nata de coco dan biji selasih. Bancuhan kuah koktel secukup rasa dan tak terlalu manis. 



Satu lagi dessert yang aku memang nak rasa adalah buko pandan. Aku dapatkan buko ni dari kedai dessert Aniq's Mart di TSK juga. Owner kedai ni mula-mula buat perniagaan kedai runcit lepas tu tukar kepada kedai makan yang mengumpulkan vendor untuk hantar makanan berat, kek, biskut, roti dan dessert viral macam buko ni. Konsep vendor ni memang ramai yang buat sekarang. Sebelum ni yang aku tahu ada di Taman Aman, Taman Makmur dan Taman Titiwangsa tapi konsep stall tepi jalan. Aniq's mart ni first la yang buat dalam kedai. Aku tengok ada juga yang dine-in dekat situ. 

Actually aku takut nak try benda viral sebab selalu orang recreate tak ikut resipi asal dan jadi asal boleh je. Surprisingly buko pandan ni memang sedap sebab guna whipped cream seperti mana yang aku baca dalam resipi. Rasa kelapa memang kuat dan tak lokek isi kelapa. Agar-agar pandan rasa asli pandan dan wangi. Ada juga biji sagu diletakkan bersama. Berbaloi untuk harga RM10.00. Ada perisa nutella dan durian juga kalau nak cuba.


Ramai yang berniaga sekarang tapi agak terkesan jugalah dengan kenaikan harga bahan mentah. Actually aku dah lama tak baking, baru nak start balik cari telur tak ada stok pula! Sebab nak PRU ke ni haha. Terpaksa beli telur Omega aiseh. Ayam pun orang kata tak ada tapi setakat ni dapat je stok kalau nak beli seekor macam tu. Peniaga kedai of course nak 'chop' berpuluh kilo tapi harga di pasar pun tak murah. Aku harap 2022 ni berakhir dengan baik lah. Macam-macam nak berlaku dalam satu masa. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. lately ramai btol org up cuba koktel buah kn. hehe tetiba teringin jgk tp time nk ni tak ada pulak muncul kedai sekitar yg jual. hehe. hi new follower hadir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi-lagi buah segar memang sedap! Thanks follow kita :)

      Padam
  2. Pertama kali saya merasa buko pandan sewaktu mesyuarat di Tawau. Sedap! Tapi rasanya 'kurang' pula apabila saya makan di LD. Mungkin kedekut whipped cream heheheee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena ada whipped cream bagi berlemak kan

      Padam

Close Menu