Kalau Kopi Pior bermula dengan street coffee, FUD'S Burger pula bermula dengan street burger berevolusi jadi ala-ala fast food/western restaurant. Ada dua branch iaitu di Taman Makmur dan Taman Seri Impian.
FUD'S Burger
Alamat: 30, Jln Cengkih, Taman Makmur, Kluang
Waktu operasi: 3.00 petang-11.00 malam setiap hari
Facebook: https://www.facebook.com/FUDSBURGER
Instagram: https://www.instagram.com/fudsburger/
Lokasi kedua: Impiana Square, 198 & 199, Jalan 8/1D, Jln Seri Impian 8/1D, Bandar seri impian, 86000 Kluang, Johor
Review FUD'S Burger
Awal dulu agak skeptikal nak cuba makan dekat sini. Yela bila da buka restoran, of course harga pun jadi lebih mahal. Jadi aku tak cuba set burger dia yang bermula harga RM11.90, aku order korean chicken wings yang aku craving lately. Menu yang lain macam biasa ada pasta (bermula harga RM12.90) dan chicken, lamb grills. Satu trend kedai western sekarang yang aku suka ialah mix and match. Boleh makan nasi, pasta atau ramen korea berganding dengan chicken chop/grill sebagai contoh. Confirm kenyang!
Untuk harga RM19.90, aku sangat berpuas hati dengan 8 pieces wingette dan drumette ni. Coating ayam rangup bersalut sos korea yang pedas-pedas manis. Untuk side aku order loaded fries RM9.90. Ok not bad, bagi aku janji tak masin. Cuma roti john tak available nak order pula time ni. Pelik juga sebab roti john special RM10.00 yang naikkan nama FUD'S Burger masa bazar Ramadan yang lalu. Maybe dah sold out sebab aku datang malam. Selain burger 'ramly' yang datang dengan set, diorang ada buat burger patty sendiri juga. Memandangkan Woodfire baru buka dekat Kluang, mereka ambil kesempatan untuk jual gourmet burger juga style tersendiri. Nama menu ialah burger Laksamana Doremi.
Sumber Facebook
2 Ulasan
terima kasih berkongsi, bestnyaa
BalasPadamSama-sama!
Padam