Husband ajak pergi Tealive lepas ambil aku balik kerja. Aku tanyalah ada air baru ke? Last time rasa Mango dan Tiramisu Teassert menyebabkan aku trauma dan menyampah sikit nak minum air baru haha. Rupanya husband nak beli Caramel Pudding Ramen Milk Tea. Dia kata comel nampak 'telur' dalam air.
Tealive Caramel Pudding Ramen Milk Tea
First impression aku minum air ni adalah macam feeling minum cendol. Tekstur pudding yang sederhana halus sedap bergandingan dengan teh susu yang refreshing dan sedikit pahit. Ada ketulan pudding yang sedikit besar terlepas ke dalam air. Aku fikir kenapa sedap sangat teh ni. Baru aku ingat ada caramel drizzle diletakkan di atas pudding walaupun awalnya tak kelihatan. Rasa manisnya tak keterlaluan dan rasa teh 'naik' berbanding rasa susu. Memandangkan kami share air ni, aku merelakan husband untuk makan egg gummy tu. Biarlah aku berkorban. Tiber. Untuk size large harganya RM11++. Tealive mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengenalkan menu yang menggunakan bahan yang sedia ada di dapur mereka. Mungkin tak nak rugi bila kenalkan menu yang pelik-pelik macam air onde-onde. But honestly aku tak sure profit diorang haha. Entah-entah famous juga.
Aku nak cerita satu benda ni. Outlet Bask Bear Coffee nak buka di Kluang! Surprisingly diorang buka sebelah ZUS Coffee. Aku ada baca dekat Facebook, halal ke Bask Bear ni sebab ada jual makanan macam sandwich juga selain coffee. Bila aku check dekat website halal Jakim, rupanya Bask Bear ni bawah Tealive juga jadi automatik halal. Sebab dulu operasi mereka online sahaja dan berkongsi dapur dengan Tealive. Aku tengok hot selling Bask Bear adalah Aren Signature Coffee. Ada bell berbunyi tak? Yes, Tealive pun pernah keluarkan series aren palm sugar sebelum ni. Mereka promote dulu di Tealive sebelum buka outlet fizikal Bask Bear di beberapa negeri.
4 Ulasan
Macam-macam ada di tealive. Anak-anak saya suka minuman tealive.
BalasPadamWaktu PKP dulu selalulah mereka order. Saya tumpang sedut sedikit. Sedap juga.
Kalau dekat mall, memang ramai budak-budak yang beratur haha
PadamDah mcm2 ada skrg kan. Bagus lah rancak industri f&b kat malaysia ni. Tak igt bila last sekali beli minuman kat Tealive sbb saya lebih suka kopi (tapi skrg kena slow down sikit).
BalasPadamMasing-masing nak bersaing kan tu yang inovatif lain macam
Padam