Woodfire Kluang Overhyped?

Woodfire baru sahaja melebarkan legasi mereka di Johor dengan pembukaan outlet di Kluang pada Jun 2022 di Taman Tasik Indah, Kluang. Woodfire bermula di Johor Bahru sejak 2017 dan mempunyai 18 outlet di Malaysia dan 6 outlet di Indonesia. 

Woodfire

Lokasi Woodfire

92, Jln Tasik Indah 1/4, Taman Tasik Indah, Kluang
No telefon: 0138986396

Waktu Operasi

Waktu operasi: 12.00 petang hingga 10.00 malam, cuti Isnin 

Status Halal Woodfire

Muslim-owned
 

Pengalaman makan di Woodfire

Menu Burger Woodfire 

  • stuffed cheese
  • gourmet burger
  • brisket burger
  • BBQ burger
  • smoked burger 
  • double patty
  • mushroom burger 
  • curly and coney fries
  • cheesesteak 
  • smoked lamb rib
  • smoked beef brisket 
  • smoked chicken platter 

Weekend hari tu aku dinner dekat Woodfire, datang lepas maghrib macam tu. Ada sitting dalam dan luar, agak luas. Order dekat depan kaunter dan terus bayar lepas tu mereka bagi nombor. Nanti pelayan akan hantar ke meja. Rasa pick up sendiri kalau take away. Masa aku tengah tunggu order orang makin ramai dan ada yang beratur sampai luar. 

Aku kalau pergi makan mana-mana kedai kena fikirkan hidangan mesra budak kecil dan orang tua. Kalau menu terhad agak sukar jugalah. Sepatutnya diorang ada waffle tapi dah sold out. First time datang sini aku order Mushroom Burger RM22.90. Harga standard untuk gourmet burger, paling murah RM19.90. Ala carte je, tak ada set. Kiranya air dan fries beli asing. Fries ada beberapa option bermula harga RM6.90 yang biasa atau curly. Ada topping cheese atau daging. 

Baca juga:

woodfire



woodfire


Minuman Woodfire

Milkshake:
  • Vanilla 
  • chocolate 
  • biscoff 
  • oreo 
  • nutella 

Soft drinks:
  • minute maid orange
  • butter beer
  • coke regular 
  • coke vanilla 
  • A&W 
  • A&W float 
  • ice lemon tea 
  • passion fruit 
  • mineral water

Air ada banyak juga option iaitu air gas, jus atau milkshake. Coke Zero tak ada. Oreo Milkshake RM16.90 agak overpriced dan tak sejuk sangat, macam minum susu adeh. Husband order Butter Beer, dia cakap sparkling tak cukup kuat. Butter tu clear, rasa macam caramel sikit. Pak mentua order white coffee panas, ok not bad. Kena improve lagi air. 

Review Mushroom Burger Woodfire 

Untuk burger, aku suka ada hash browns! Masih rangup dan kena sangat dengan cendawan shitake. Beef patty, bolehlah. Dry sikit dan beberapa kali tergigit ketulan keras. Bila husband cuba, dia kata rasa macam patty McDonald's. Cuma Woodfire tebal sedikit.

Portion ni memang mengenyangkan. Sos dia aku tak berapa minat sangat sebab manis. Sos cheese dia sama macam sos fries. Tak pedas langsung burger ni, muak sikit. Macam nak letak sos cili je haha. Husband cakap mushroom burger memang dia buat tak pedas. Aku tak dapat nak compare burger lain sebab aku seorang saja yang order burger.

Review Smoked Lamb Rib dan Chicken Woodfire

Husband order Smoked Lamb Rib. Starting harga RM60, yang paling ringan 230g++ sesuai makan seorang tapi aku rasa boleh share 2 orang. Ada senarai berat dan harga, boleh pilih ikut bajet. Surprisingly memang sedap! Daging lembut dan masih juicy. Tak ada rasa dan bau kambing yang pelik. Lemak dia melting dalam mulut. Perapan daging just nice, kena bila dip dalam sos BBQ. 

Aku rasa highlight dinner kami adalah lamb rib ni berbanding burger. Pak mentua makan Smoked Chicken RM23. So-so je rasa ayam dia, agak dry dan masin. Berbanding kambing, ayam bila dip dalam sos BBQ macam tak ngam sangat. Aku rasa kalau ada sos black pepper lagi sedap. 





Overall, pengalaman yang menarik sebab dapat makan lamb rib yang sedap. Next time aku ingat nak try Brisket Burger sebab aku rasa smoked dia lagi padu berbanding patty. Mostly orang memang suggest brisket. Actually ada satu kedai Melayu iaitu Bro Barbeque di Taman Idaman yang jual smoked brisket dan seangkatan dengan harga yang berpatutan tapi tak sempat nak pergi lagi. 

Senarai Menu dan Harga Woodfire






Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Nasib baik ada yang kena kat tekak. Tapi apa2 yg smoked ni mmg sedap terutamanya lamb hehe

    BalasPadam
  2. Petang ni asyik lalu orang review makanan je. Memang dugaan betul. Nampak sedap2 pulak tu semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang suka meracun orang makan hehe

      Padam

Close Menu