Bask Bear Coffee Korean Street Toast

Cerita Bask Bear Coffee ni adalah draft dari hujung tahun lepas. Memandangkan hari ni ada cuba menu baru dari Bask Bear Coffee iaitu La French Toasties, kita up sekali menu yang dah lama aku cuba ni lebih kepada savoury toasties. Sejak outlet Kluang dibuka pada November 2022, dah beberapa kali juga makan di kafe BBC.

Bask Bear Coffee

Lokasi

NO. 13 (Ground Floor, Jalan Duku, Kampung Masjid Lama, Kluang https://goo.gl/maps/9QLU917wfxJtNF6w8

Waktu operasi

 7.30 pagi hingga 10.30 malam Setiap hari 

Lokasi Outlet Bask Bear Coffee

Kenali Bask Bear Coffee (BBC)

Pengasas BBC ialah Bryan Loo, Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings iaitu pemilik jenama terkenal Tealive. Semasa PKP, BBC diwujudkan secara maya sahaja dan hanya beroperasi menggunakan servis penghantaran seperti Foodpanda dan Grabfood. Pada awalnya BBC berkongsi dapur dengan Tealive tetapi kini BBC mempunyai hampir 20 buah outlet fizikal antaranya di Kluang. Namun begitu, hampir 200 outlet masih dijalankan secara maya kerana kos lebih rendah dan memberi keuntungan yang lebih kepada syarikat. 

Logo beruang matahari yang digunakan BBC adalah simbolik kempen untuk melindungi haiwan yang hampir pupus ini. BBC bekerjasama dengan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo di Sandakan, Sabah. Bukan itu sahaja, gula aren yang digunakan dalam minuman terkenal BBC diambil daripada pembekal di Sarawak. 

Status Halal Bask Bear Coffee

Bask Bear Coffee berkongsi status halal bersama jenama Tealive, Culture dan Soul Brew di bawah syarikat Loob Integrated Sdn Bhd.

Menu Bask Bear Coffee

bask bear coffee


Harga Terkini Bask Bear Coffee

MENU

HARGA (RM)

Essential

Americano

6.90

Caffe latte

8.50

Matcha latte

10.90

Chocolate latte

9.50

Café mocha

10.90

Double espresso shot

6.00

Aren palm sugar specials

Aren signature coffee

10.90

Aren chocolate cheese foam

12.90

Aren cheese foam latte

13.90

Aren japanesse nishio matcha

11.90

Sparkling aren americano

10.90

Must try

Double shot ice shaken vanilla espresso

11.90

Salted caramel hazelnut macchiato

12.90

Sea salt chocolate chip

11.90

Mocha cheese foam

13.90

Dirty matcha cheese foam

13.90

Sparkling lychee americano

11.90

Sparkling lemon americano

11.90

Frappes

Aren frappe latte

14.90

Caramel frappe latte

15.90

Mocha choca frappe

15.90

Summer strawberry frappe

14.90

Japanese nisho matcha frappe

15.90


Toastie

HARGA (RM)

Signature toast

Cheese & egg

10.90

Chicken slice & egg

12.90

Korean spicy chicken

15.90

Cheezy crispy chicken

15.90

Korean Spicy beef

15.90

Cheezy beef

15.90

Chicken sausage stack

14.90

Egg omelette

9.90

Sunny side up chicken slice

9.90

Cheesy chicken luncheon

11.90

Krispy beefy eggsy

13.90

Hash brown toasts

Double down

15.90

Hash brown chicken slice

14.90

Hash brown egg

14.90

Single hash brown

5.50

Sunny side up hash brown

10.90


Mac & cheese

HARGA (RM)

Creamy chicken mac & cheese

15.95

Tom yam prawn mac & cheese

16.90

Meletup aussie beef mac & cheese

16.90


Nasi Bask Bear

HARGA (RM)

Ayam goreng berempah

18.10

Ayam rendang

17.85

Ayam masak merah

17.85


Pastries

HARGA (RM)

Nutty butterscotch

7.50

Double choco chip

7.50

Banan choco chip

7.50

Review Bask Bear Coffee

Review Toasties 

Paling basic adalah Cheese and Egg Toasties RM8.90 (harga 2022). Kalau korang biasa layan korean mukbang atau food blogger dari sana mesti tahu menu roti bakar ni memang famous dengan filling yang banyak dan sangat mengenyangkan. Istimewanya roti yang digunakan sedikit tebal dan lembut dari roti putih gardenia. Untuk cheese and egg ni, boleh layan la sempoi-sempoi. 

Fancy sandwich ni dipelbagaikan dengan filling isi ayam dan daging harga pun lebih dari RM10 dah. Sos pun ada yang spicy kalau pilih korean spicy chicken. Aku cuba burger toasties iaitu Aren Glaze of Glory. Patty yang digunakan juicy dan meaty sebab BBC bekerjasama dengan MyBurgerLab. Cuma ada drizzle gula aren yang mendap di bawah roti, jadi bagi yang tak minat manis akan cut selera sikit la. Double down hashbrown toast ni dia tukar roti kepada hashbrown dan ada filling telur dan chicken slice. Bagi aku yang ni agak heavy dan muak sikit sebab hashbrown tu digoreng kan. 

bask bear coffee




Review Aren Coffee

Pilihan air agak banyak yang paling famous adalah kopi Aren dia. Which is aku pernah tulis sebelum ni sebab Tealive ada keluarkan siri Aren juga. Masa aku minum aren coffee, rasa kopi agak light dan lebih ke arah manis. Patutnya boleh appreciate rasa lemak gula aren macam kita nikmati cendol. Next time,  mungkin boleh minta less sugar. Caffe latte ok not bad, just nice. 
Baca juga:

bask bear coffee




Review French Toasties 

Ok sebelum keluarnya La French Toasties ni aku perasan diorang dah keluarkan AM French Toasties (roti celup telur) iaitu breakfast siries dengan chicken slice, kaya. Untuk penggemar dessert boleh cuba Choco caramel biscuit ni (biscoff). Roti memang tebal dan lembut. Cuma kena makan cepat sebab whipped cream dia cepat cair sebab dia serve atas roti yang masih panas. 

Overall komen dari aku, sesekali nak makan toasties dekat sini bolehlah untuk snacking/moreh sebab tak kenyang sangat pun dan harga agak pricey unless ambil filling yang tinggi protein. Nak dating dan meet up dengan kawan-kawan pun ok sebab ruang makan luas dan selesa. Dari segi minuman, kopi masih belum jadi strong suit Bask Bear dan ironinya mereka buka sebelah ZUS Coffee yang jauh lebih hebat. 



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. x pernah lagi try bask bear ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try Mummy Ayu.. sandwich dia not bad kalau makan panas-panas

      Padam

Close Menu