Banyak kali juga aku datang ke Ngepot Kabin tahun lepas. Ni antara menu yang family aku pernah order. Tak silap banyak dah menu baru di Ngepot antara nasi goreng seafood malah sekarang mereka sedang mencari peniaga baru. Memandangkan bazar Ramadan bersebelahan sahaja dengan Ngepot ramai yang datang untuk moreh dekat sini.
Koleksi Menu di Ngepot Kabin
Alamat:37, Jalan Mad Lazim Saim, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi:3.30 petang hingga 12.00 pagi
Kakigori
Ice shaved yang aku beli ni adalah yogurt jadi ada rasa masam-masam sikit. Memang healthy sebab banyak nuts dan buah. Cuma sebagai dessert ia kurang manis.
Bakso Beranak KL
My favourite bakso lagi-lagi bila makan suun yang kenyal-kenyal tu. Daging memang rasa lebih berbanding tepung. Hati-hati bila minta sambal sebab memang pedas.
Tauhu lembut yang distim memang sedap ganding dengan kuah petis dan sengkuang rangup.
Simple seafood ramen dari Seoul Bunsik
Yang ni makan dengan kuah merah dan sup. Sup refreshing dan sambal cukup rasa.
0 Ulasan