Kalau nak cafe hunting dekat Kluang ni dah banyak tempat juga boleh pergi antaranya aesthetic cafe Waffle Catchy. Lagi-lagi di Taman Sri Impian, ada beberapa cafe yang dibuka berhadapan tasik tapi masih belum berkesempatan nak pergi iaitu me.tyme dan Madame Desserts.
Waffle Catchy
Lokasi:1, Jln 1/2, Taman Fajar Jaya
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 7.00 petang (Cuti Jumaat)
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 7.00 petang (Cuti Jumaat)
Muslim-owned
Review Menu Waffle Catchy
Presentation memang cantik dan rasa pun premium. Teringat makan waffle A&W crispy di luar gebu di dalam, memang sama rasa. Waffle berlemak dan topping manis untuk complement each other. Buah yang diguna segar dan whipped cream gebu. Boleh add on ice-cream kalau nak lagi fancy. Selain waffle perisa original, waffle perisa red velvet, matcha dan coklat juga nampak menarik untuk dicuba. Kalau just craving waffle classic, ada juga bermula harga RM3.50 dengan pilihan filling seperti coklat dan peanut butter. Ada pilihan menu savoury seperti set roti bakar bersama telur goyang, sosej dan kacang panggang. Makanan lain seperti lasagna dan pasta juga tersedia. Selain itu, biskut dan gift ada di jual di sini.
Review Minuman Waffle Catchy
Pilihan air sangat banyak bermula dari slushie, frappe dan ada juga minuman panas seperti teh dan kopi. Slushie RM5.00 sangat berbaloi sebab fizzy, tak manis sangat dan ada mini pearls dan jelly. Frappe pula ada coffee dan non coffee seperti nutella dan strawberry.
Menu Rahmah Waffle Catchy
Kalau dah boring celebrate birthday dengan kek, boleh tukar dengan waffle pula tinggal cucuk lilin je. Waffle Catchy juga menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan menu rahmah RM5.00. Selamat mencuba!
0 Ulasan