Cafe hunting Cinnamon Pastry House

Orang Kluang mesti dah familiar dengan Cinnamon Pastry House sebab mereka selalu join event di Kluang Mall. Kalau teringin dessert viral seperti donut red velvet bersama cheese cream, boleh ke bakeri mereka terus. Tambahan lagi, mereka menerima tempahan kek custom untuk majlis. Biskut raya juga dijual di sini. 

Baru-baru ni mereka baru launch Kafe Kebun iaitu tempat makan berkonsepkan open space yang menyajikan hidangan minum petang. Kalau nak healing tenang ribut jiwa boleh ke sini hehe. Operasi mereka tergendala seketika berikutan bencana banjir yang berlaku bulan lepas. Namun begitu mereka dah mula buka semula sempena Ramadan. Nanti aku review sana ok, maybe lepas Raya.  

Cinnamon Pastry House 

Lokasi: No 4, Jalan Idaman 1, Taman Idaman 
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam

Review Cinnamon Pastry House



Masuk ke dalam kafe aku disajikan aroma kopi segar yang dibrew di situ. Apa lagi terus pilih burnt cheesecake untuk digandingkan bersama iced latte. Bagi aku cheesecake di sini antara yang terbaik. Soft, creamy, citrusy dan tak muak! Kemanisan just nice. Banyak pilihan roti dan kek antaranya korean garlic cheese bun, my favourite juga. Twisted donut dapat free. Gebu! 

Husband pula suka sangat brownies. Bila nampak brownies fancy ni terus dia beli. Brownies fudgy dan tak terlalu manis. Harga berpatutan dan mereka selalu buat promosi pada hari Jumaat. Ruang makan luas, selesa dan sesuai kalau nak sambut birthday. 





Istimewa Ramadan mereka bawakan Nasi Arab Mandy Lamb Shank. Aku berkesempatan untuk cuba Ramadan tahun lepas set lamb shank, ayam bakar dan telur rebus. Free flow air, kuih dan buah. Memang puas hati makan dulang bersama husband dan bapa mertua. Nasi mandy banyak, flavorful dan akhirnya dapat juga meratah lamb shank yang viral dek Chef Amar. Dihidang bersama sos harrah dan salad. Tahun ni mereka buat di dua-dua lokasi perniagaan mereka. Boleh booking di nombor ini 0189424946. 

Menu dan Harga Set Iftar Ramadan 



Kafe Kebun

Sedikit info berkenaan Kafe Kebun mereka beroperasi di Jalan Dahlia, Kampung Melayu dari pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam. Boleh booking untuk buka puasa di nombor ini 01156441140. Kemudahan surau disediakan. 



Sumber Facebook

Sumber Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu