Rin berkesempatan untuk mencuba fast food chain baru dari Indonesia iaitu Richeese Factory di One Utama masa ke KL beberapa minggu lepas. Baru ada 2 outlet di Malaysia iaitu One Utama dan Berjaya Times Square.
Richeese Factory Malaysia
Pemilik Richeese Factory
Siapa familiar dengan biskut cheese Nabati memang tahulah company ni sebab PT Richeese Kuliner adalah anak perusahaan PT Kaldu Sari Nabati Indonesia.
Outlet pertama dibuka pada tahun 2011 di Indonesia dan kini mempunyai 162 outlet. Biskut cheese mereka memang rasa sedap dan rich dengan keju.
Masa pergi One Utama hampir tersesat masa nak cari Richeese Factory ni padahal dari tepi jalan dah nampak.
Status Halal
Sudah mendapat sijil Halal dari Majelis Ulama Indonesia (MUI).
Menu dan harga Richeese Factory
FRIED CHICKEN
|
ALA CARTE (RM)
+ cheese sauce
|
COMBO (RM)
+ medium drink + mashed potato + coleslaw + cheese sauce
|
1 pcs fire
flying chicken personal
|
-
|
13.49
|
2pcs fire
flying chicken personal
|
14.10
|
17.99
|
3pcs fire
flying chicken personal
|
-
|
22.49
|
5 pcs fire
flying chicken personal
|
33.49
|
42.99
|
1pcs Richiken
|
-
|
13.49
|
2pcs Richiken
|
14.10
|
17.99
|
3pcs Richiken
|
-
|
22.49
|
5 pcs
Richiken
|
33.49
|
42.99
|
1 pcs fire
chicken
|
-
|
15.49
|
2pcs fire chicken
|
17.10
|
22.99
|
3pcs fire
chicken
|
-
|
29.99
|
5pcs fire
chicken
|
33.79
|
46.99
|
Whole chicken
fire flying chicken
|
41.99
|
55.99-58.99
|
RICH BURGER
|
ALA CARTE
|
COMBO FRIES (RM)+ medium drink + French fries
|
COMBO BURCHIC (RM) +1 richiken/fire flying chicken+ 1 medium drink + mashed potato
|
Rich burger –
beef
|
16.99
|
20.49
|
21.99
|
Rich burger –
chicken
|
14.99
|
18.49
|
21.49
|
Fire burger –
beef
|
18.99
|
22.49
|
23.99
|
Fire burger –
chicken
|
16.99
|
20.99
|
23.99
|
SIDE DISH
|
HARGA (RM)
|
French fries
|
4.99
|
Fire French fries
|
6.00
|
Plain rice
|
2.19
|
Fire chicken
rice
|
5.49
|
Fire wedges
|
8.99
|
coleslaw
|
4.49
|
Mashed potato
|
3.99
|
Potato fritters
|
4.49
|
Cheesy cream
soup
|
3.99
|
Beverages
|
HARGA (RM)
|
Mineral water
|
3.80
|
Fruitarian drink
|
4.30
|
Fruitarian drink
1L
|
8.99
|
Pink lava
|
4.30
|
Pink lava 1L
|
8.99
|
Coca-cola
|
5.49
|
Sprite
|
5.49
|
Fanta
|
5.49
|
Review Fire Chicken Richeese Factory
Masa kami sampai barisan panjang memandangkan kiosk layan diri tak berfungsi tapi kejap je dah sampai turn. Sempatlah tengok menu dan bincang nak makan level berapa sebab ada 1 sampai 5 tahap kepedasan.
Ada 2 jenis ayam iaitu Fire Chicken dan Fire Flying Chicken. Tinggal Fire Chicken sahaja jadi kami ambil 2 set dan tambah aiskrim Mac & Cheese dan fries dengan total RM40+.
Satu perkara tak best ialah dining area dekat tingkat atas jadi aku kena angkut stroller Adam naik tangga. Tangga agak sempit jadi kena hati-hati kalau bawa makanan ke atas.
Ruang makan atas memang luas dan selesa. Aku ambil keputusan untuk cuba Level 3 manakala husband ambil Level 1 sahaja. Masa husband sampai ke atas, agak confused juga nak bezakan Level yang mana.
Dari segi warna Level 3 agak gelap dan aku cicip sedikit untuk bezakan rasa pedas. Actually aku agak menyesal sebab Level 3 adalah Extra Spicy dan aku dah lama tak makan pedas.
Richeese Factory untuk penggemar makanan pedas
First impression macam ayam Korea kan? Special sebab ada cheese sauce yang pekat berlemak. Ayam crispy, isi lembut dan masih juicy, saiz sederhana.
Mereka pakai sos BBQ, ada sedikit hint rasa smoky, manis dan pedas. Pedas dia makin lama makin naik dan pijar sangat.
Aku hampir menangis juga nak habiskan ayam kali ni. Surrender beb! Husband enjoy je makan Level 1 pedas-pedas manja sahaja macam makan ayam Korea. Tak boleh bayangkan pedas Level 5 meletup weh.
Malam tu balik ke Airbnb menangis nak hilangkan pijar kat tangan. Nasib baik bawa losyen dan ulang basuh sampai hilang.
Richeese Factory should provide plastic glove! Terus teringat Bon Cabe dan Indomie 100 cili, orang Indonesia memang tak main-main bila bab pedas ni.
Review side dishes dan minuman
Nasib baik ada cheese, aiskrim mac & cheese untuk hilangkan rasa pedas. Cheese pada aiskrim rasa light sahaja dan enjoyable.
Mashed potato sangat creamy dan tak masin, memang sedap dan boleh jadi rival KFC. Coleslaw pun ok not bad.
Air pula Pink Lava ala-ala sirap bandung (dikenali juga sebagai soda gembira) dan Mango Tea, tak terlalu manis just nice.
Improvement
Selain side dish yang aku makan ni boleh juga pair dengan nasi. Kenyang sikit kan. Selain ayam ada juga burger, wedges dan fries dengan topping.
Actually banyak yang Richeese Factory boleh improve especially dari segi servis dan dining area tapi part makanan memang sedap dan lain daripada yang lain.
0 Ulasan