Cheese U Express Petron Taman Makmur

Banyak kali repeat beli kek dekat Cheese U Express yang bertempat di Petron Taman Makmur. Waktu operasi dari pukul 11.30 pagi hingga 8.30 malam. 

Cheese U Express 

Review kek Cheese U Express

Salah satu faktor sebab dekat dengan rumah, satu lagi memang sedap! Of course kena rasa pelbagai jenis cheesecake mereka seperti New York, burnt cheesecake, oreo dan red velvet cheesecake. Kek coklat dan kek pandan pun ada. Memandangkan Cheese U dah dapat sijil Halal, tak perlu was-was nak makan dekat sini. Dah beli kek, mesti nak minum kan. Ada juga kopi fresh brew seperti latte atau caramel macchiato. Milk tea pun ada kalau tak minum kopi. Tambahan lagi Rotiboy pun buka kiosk dalam Petron juga. Lagilah tergoda nak beli roti kopi yang famous tu. 

Review Rotiboy Petron Taman Makmur






Selain kek, ada juga makanan berat yang sedia untuk take away seperti burger, chicken chop dan chicken grill. Tak ada ruang nak dine-in, nama pun express kan. Tambahan lagi, mereka menyahut seruan kerajaan untuk menjual menu rahmah. Nampak sedap la ramen tu!  



Cheese U Bistro & Dessert Bar

Aku rasa Cheese U ni da ala-ala Secret Recipe sebab kalau di restoran utama mereka dah jual makanan Western, Japanese dan makanan tempatan disamping pelbagai jenis kek. What do guys think? 

Kalau di Kluang ada 2 outlet iaitu:
  • Bandar Kluang
  • Kluang Indah
Cheese U Express ada di:
  • Petron Taman Makmur
  • Petron Taman Saujana.
Bolehlah singgah bila isi minyak nanti. Pengalaman aku, banyak kali juga makan di Cheese U waktu kerja di 7-Eleven dulu. Jamuan iftar selalu buat di sana sebab mereka ada buat mini buffet. Pilih satu main dish dan ada sides macam sup, kuih, nasi goreng atau spaghetti. Chicken grill masih juicy dan sos blackpepper cukup rasa. Chicken chop pula besar dan garing. 

Outlet yang lain: 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Menariknya, dalam Petron ada kedai macam ni. Kat sini, takde. Huhu.. sedap tengok pelbagai jenis cheese cake.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak grab cake senang jeeee... emergency craving, nak sambut birthday ke hehe

      Padam
  2. wah menariknya.. byk dh kedai macam ni kan.. ala2 kafe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang sebab dekat tempat isi minyak. Memang strategik..

      Padam

Close Menu