Dubuyo pilihan peminat makanan Korea!

Ini kali ketiga makan di Dubuyo Kluang Mall. Sayangnya tak ada gambar makanan yang lain. Nasib baik ada satu di IG, itupun kawan yang share haha. Honestly jarang sangat nak makan di Dubuyo sebab rasa agak pricey, range RM20 seorang. Tapi fikir balik portion dia banyak! Makanan pun in good quality especially kimchi walaupun ada orang kata tak sama macam di Korea. Untuk taste bud aku, dah cukup crunchy, tak masam & masin sangat, refreshing untuk hilangkan muak. Jangan risau nak makan di Dubuyo sebab mereka dah dapat sijil Halal. Satu perkara yang best ialah mereka selalu kenalkan menu baru di restoran mereka. Baru-baru ni ada Syupeo HwaitingYo iaitu honey butter chicken wings dan kimchi fried rice. 

dubuyo

Dubuyo


Menu Dubuyo

SOONDUBU JIGAE ALA CARTE

HARGA (RM)

Seafood

21.70

Beef

20.50

Chicken

18.25

Seafood kimchi

22.85

Beef kimchi

21.70

Chicken kimchi

19.40

Seafood & Beef

22.85

Seafood & Chicken

21.70

Beef & Chicken

19.40

Vegetable

16.15

Seafood cheese

22.85

Beef cheese

21.70

Chicken cheese

19.40

Seafood toppokki

22.85

Beef toppokki

21.70

Chicken toppokki

19.40


KOREAN GOGI (MEAT)

HARGA (RM)

Beef kimchi gogi

21.70

Chicken kimchi gogi

19.40

Beef honey garlic bulgogi

23.55

Chicken honey garlic bulgogi

20.55

Korean spicy wings

21.40

Honey mustard wings

21.40

Dak Galbi

21.70

Ajumma K-dak

21.95

Buldak wings

21.40

Meyoyo wings

21.40


URBAN FAVOURITE

HARGA (RM)

Beef bibimbap

23.35

Chicken bimbimbap

21.70

Beef cheese bibimbap

24.50

Chicken cheese bibimbap

22.85

Vegetable bimbimbap

19.60

Spicy seafood ramyeon

22.00

Yukgaejang

22.00

Jajangmyeon

17.40

Cheese rabokki

19.90

Spicy toppokki

18.75

Cheese toppokki

19.90

Spicy tteokkochi

11.50

Cheesy milky tteokkochi

11.50

Japchae

19.70

Honey bulgogi chicken ramyeon

19.70

Chikin pabkon ramyeon

19.70

Chi-jeu dak topokki

21.45

Golden crispy beoseot

8.00

Dubuyo rice

3.70

Citron dubu

10.25


MINUMAN

HARGA (RM)

Pepsi black

6.55

Mineral water

3.80

Roasted barley tea

4.20

Green tea

4.20

Peach tea

8.50

Citron tea

8.50

Ginger tea

8.50

Aloe vera punch

8.50

Café matcha a la carte

14.90

So-berry matcha a la carte

14.90

Review Menu Dubuyo

Soondubu Jigae

Menu pertama yang aku cuba ialah Soondubu Jigae, hidangan seakan-akan sup tomyam dengan isi tauhu lembut, sayur, telur dan pilihan protin sama ada seafood, ayam atau daging. "Dubu" tu sendiri bermaksud tauhu. "Yo" pula hello dalam bahasa Korea. Tengok resipi mereka guna pes cili gochujang. Banyak yang halal di pasaran sekarang kalau nak masak sendiri nanti. Nak makan ala carte atau set pun boleh. Kalau pilih set nanti dapat nasi campuran pulut hitam, sup dan banchan seperti kimchi, tauge dan bayam. 

Bagi aku kepedasan makanan di Dubuyo ni sederhana je. Tak sepedas makan samyang, juga tak semasam tomyam kedai Kelantan. Cuma ada rasa unik masam hasil fermentasi pes cili gochujang tu. Nasi pulut Dubuyo senang buat perut penuh tapi tinggi nutrisi. Boleh potong muak dengan kimchi dan banchan yang lain. Kalau habis boleh minta free refill. Aku tengok menu ada kimchi soondubu jigae, aku rasa yang ni maybe lagi best sebab lebih masam. Memang sesuai jadi "soul food" kebanyakan orang. 

Sumber: Facebook Dubuyo


Bibimbap

Menu seterusnya ialah bibimbap a.k.a nasi campur Korea boleh pilih nak ayam atau daging. Kalau tengok Youtube cara mereka prepare bibimbap ialah dengan tumis segala bahan satu persatu dengan sedikit minyak dan garam. Susun atas nasi dan letak sedikit gochujang, minyak bijan, seaweed dan telur mata. Bila nak makan gaul semua sekali. First time makan sedap dan cepat kenyang. Sedikit muak sebab tak pedas. Kali kedua makan husband bagitahu sayuran semua termasin. Lepas dah gaul dengan nasi pun tak boleh nak enjoy makan. Untuk aku bibimbap sedap bila jagung dan seaweed banyak macam aku pernah makan di Dookki. Tambah extra spicy gochujang baru ngam. Belum sempat tulis review, Dookki Kluang dah tutup pula huhu. 

dubuyo


Korean Spicy Wings 

Terubat kerinduan pada ayam Kyochon bila makan korean spicy wings Dubuyo. Bagi aku ayam crispy, masih moist dan salutan sos memang pedas. Kalau nak kenyang ambil dengan set, tapi makan ayam je dah cukup. Tambah kimbap pun ok tak berat sangat. 



Citron Dubu

Husband's favourite! Tauhu lembut ala-ala taufufah makan dengan jem citron (limau yuju) refreshing betul. Air pula kebanyakan teh buah macam peach tea dan citron tea. Satu lagi tarikan Dubuyo ialah Bingsu tapi kami belum berkesempatan nak rasa sebab cepat sold out. 


Promosi terkini Dubuyo


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. MA pun suka dubuyo..leh la lepas rasa teringin nak makan korean food kan. kadang2 tu beli kimci buat stok kat rumah..dappp

    BalasPadam
  2. nampak sungguh menyelerakan...setakat ini saya belum ada masuk lagi restoran Korea...setakat mi Samyang tu adalah cuba sikit-sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah mi samyang tu pedas sangat tu. Nanti cuba di Family Mart dulu

      Padam
  3. bestnya, mama xde geng makan kfood huhu

    BalasPadam

Close Menu