Family Mart akhirnya decide untuk tambah cawangan ketiga di Taman Tasik Indah selepas pusat bandar dan Simpang Renggam. Sambutan sangat meriah bila kami pergi semalam. Majoriti orang Cina yang ramai. Aku singgah 7-Eleven di sebelah dulu sementara tunggu crowd surut baru beli sofuto dark chocolate ni. Dapatlah diskaun 25% bila kita tunjuk membership.
Family Mart Taman Tasik Indah Kluang
Alamat: 126, Jln Tasik Indah 1/4, Taman Tasik Indah, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: 7.00 pagi hingga 1.00 pagi
Senang je nak daftar member. Download apps FM dari Playstore dan register guna nombor telefon macam biasa. Banyak kelebihan member FM ni salah satunya cash back dalam bentuk poin yang boleh ditebus untuk makanan atau merchandise. Nak order delivery terus dari apps pun boleh. Birthday reward pula dapat sofuto percuma. Promosi sempena opening ni berlangsung selama sebulan dan setiap minggu produk yang berbeza. Boleh refer banner dekat bawah ni.
ALamat: 114, Jln Tasik Indah 1/4, Taman Tasik Indah, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 2.00 pagi
Lepas beli sofuto, kami singgah Warisan Selera Haniffa yang bersebelahan je dengan FM. Memandangkan kebelakangan ni kami asyik 'terkena' dengan masakan mamak yang kurang memuaskan, tiada high expectation diletakkan pada kedai ini. Mi goreng mamak yang pak mertua order datang dalam porsi yang besar. Bau bawang putih semerbak dan rasanya cukup sedap, tak masin dan tiada rasa kapur. Sedikit pedas kerana warna ke arah merah, kurang caramel dari kicap. Cuma tak cukup authentic tanpa cucur/kuih rojak dan kentang. Telur pula sepatutnya perlu menyaluti setiap helaian mi, tapi yang ini dah cukup bagus.
2 Ulasan
wah, kita tak sempat lagi nak singgah FM baru
BalasPadamHappening juga dekat sini.. nanti singgah taw
Padam