Bila datang ke Kluang, selain kopitiam Hainan anda boleh juga hunting nasi beriani. Boleh jadi sarapan, makan tengah hari atau malam. Walaupun beriani lebih terkenal di Batu Pahat, Kluang tak lari juga terkena tempias popularitinya.
Sepanjang pemerhatian aku memang banyak restoran nasi beriani di Kluang. Kedai India Muslim, mamak atau Pakistan ada beriani juga, tapi masakan orang Melayu ada identiti tersendiri.
Ejaan betul mengikut DBP ialah BERIANI tapi banyak pekedai guna ejaan yang berbeza-beza. Rin ikut ejaan asal kedai ye kang tak jumpa pula.
Nasi Beriani
Sejarah Nasi Beriani
Nasi Beriani adalah hidangan nasi berempah yang kaya dan lazat, terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India. Asal usulnya berkaitan dengan sejarah perdagangan dan penjelajahan di rantau ini. Nasi Beriani berasal dari wilayah Persia dan telah diperkenalkan ke India oleh pedagang Muslim pada zaman purba.
Melalui hubungan perdagangan dan budaya yang panjang, hidangan ini kemudiannya menyebar ke Asia Tenggara, termasuk ke tanah Melayu. Pengaruh Arab dan India pada resepi nasi beriani memberikan kesan yang mencirikan hidangan ini.
Nasi Beriani biasanya dimasak dengan menggunakan daging, seperti ayam, kambing, atau daging lembu, yang dimasak dalam rempah-rempah, seperti serbuk kari, jintan, kayu manis. Nasi dan daging kemudiannya dimasak bersama-sama, sehingga rempah-rempah menyerap ke dalam nasi, memberikan rasa dan aroma yang wangi.
Baca juga:
Beriani ni orang kata makan kambing baru power. Tapi Rin jarang pilih kambing, ikut mood dan cuaca. Bagi aku yang penting kena lembut dan rempah cukup untuk bagi sedikit pedas. Lebihkan isi dan kurang lemak atau tulang.
Acar pula kena segar, sedikit masam dan pedas. Sebagai penyelamat nak potong muak. Jarang orang hidang dengan pajeri nanas, tapi kalau ada memang special. Waktu di India dulu, wajib ada raita iaitu salad yogurt/curd kalau makan beriani.
Lokasi kedai nasi beriani di Kluang
Nasi Beriani Mak Teh
Ayam masak merah yang dihidang bersama nasi beriani lebih ke arah manis, mungkin tidak kena selera bagi sesetengah orang. Rin sendiri prefer masakan yang sedikit pedas berempah dan balanced.
Lokasi: 40 & 42, Jalan Berlian 2, Taman Berlian, Kluang
Waktu operasi: Setiap hari 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Nasi Beriyani Haji Mokmin
Di sini ada pilihan lauk ayam beriani dan juga masak merah. Walaupun ayam agak kecil tapi rasa lauk balanced. Kuah dal pun agak pekat. Beriani kambing dagingnya lembut. Papadom yang digunakan adalah papadom petak.
Baca juga: Resepi asam pedas daging
Lokasi: 5, Jln Idaman 1, Taman Idaman
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 6.30 petang (Isnin cuti)
Nasi Briyani Mael 69
Jual di warung, antara yang paling sedap sebab lauk ada pedas sedikit jadi tak senang muak makan dengan nasi gebu yang sedikit berempah. Sekarang ni dah buka kedai di bangunan hadapan, lebih luas dan selesa.
Lokasi: Jln 1/2, Taman Sri Tengah, Kluang
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 3.30 petang (Selasa cuti)
Nasi Baryani Hj Dollah
Style Batu Pahat sarapan nasi beriani sebab buka awal pagi dengan hidangan nasi beriani ayam merah dan daging. Tempat makan yang luas dan selesa.
Lokasi: No 20, Jalan Pesona 2, Taman Pesona, 86000 Kluang, Johor https://goo.gl/maps/39zcpNQV4Qt7GC1m7
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 3.00 petang (Tutup Isnin)
Restoran Baryani Warisan
Ada beberapa jenis beriani di kedai ini iaitu beriani gam ayam dan kambing (masak sekali dalam nasi). Ni style yang Rin selalu jumpa di India. Nasi beriani dengan lauk biasa pun ada.
Lokasi: 30, Jalan, Persiaran Idaman, Taman Idaman
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Sumber Google Review |
Restoran Bariani Desa
Antara "legend" di Kluang dan menjadi kegemaran orang Melayu dan kebanyakan orang Cina. Ramai yang prefer bungkus dan jangan lewat kerana nasi beriani cepat habis dan tutup awal di sini.
Lokasi: 11, Jln Desa 1, Taman Desa, Kluang
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Firestone Cafe
Restoran baru yang menhidangkan nasi beriani bersama coleslaw. Suprisingly sedap.
Lokasi: 28, Jalan Lambak, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 10.30 malam
Nasi Beriani Tok'ki
Antara kedai yang menjadi pilihan orang Kluang. Turut menawarkan khidmat catering nasi beriani bagi majlis perkahwinan atau jamuan.
Lokasi: Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 3.30 petang (Cuti Jumaat)
Baca juga: Nasi Kandar
Lokasi kedai nasi beriani di Batu Pahat
Nasi Beriani Mohd Shah
Menjadi pilihan Rin sekeluarga untuk menikmati beriani di Benteng sebelum meneruskan perjalanan ke kampung di Muar. Nasi beriani di sini antara yang popular dalam kalangan orang luar negeri Johor sampai orang beratur panjang. Jangan lupa cuba acar buah bersama nasi beriani di sini.
Lokasi: 13 & 14, Selera Benteng @ Peserai, Kompleks Niaga Benteng, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Restoran BP Bariani Power
Nasi beriani di sini mempunyai kuah yang pekat dan nasi yang lembut. Turut dihidangkan telur pindang untuk dinikmati bersama beriani.
Lokasi:18, Jalan Tukas 2, Taman Soga, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat
Viral di Tiktok, kedai ini menyediakan hidangan istimewa nasi beriani bersama lambshank kuah merah.
Lokasi: 29, Jalan Soga, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Cuti Khamis)
Baryani Pokok Sena
Lokasi: Jalan Cengal, Taman Makmur, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 11.00 malam, cuti Isnin
Lokasi kedai nasi beriani di Johor Bahru
Abah Beriani House
Lokasi: 12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi:11.00 pagi hingga 9.00 malam
Tok Wan Catering
Lokasi: No 21, Jalan Bunga Mawar, Kampung Maju Jaya, 81300 Skudai, Johor
Waktu operasi: 7.00 pagi hingga 5.00 petang (Cuti Selasa)
4 Ulasan
ya allahhh. kita org johor gak you. tgk beriani sure tergiur lah.. esp kambing wei.
BalasPadamRamai suka kambing ye heheh.. special tu
Padambyk pilihan nasi beriani...belum pernah sampai Kluang...kalau nasi beriani Johor, pernah makan nasi beriani gam..
BalasPadamAhah banyak pilihan lauk, ada kedai buat fusion lauk chicken chop haha
Padam