Laketown Street Bandar Seri Impian

Hari Selasa lepas plan nak pergi makan CKT di hadapan kolam memancing udang galah di Yap Tau Sah, berhadapan Taman Semut tup-tup sampai tutup la pula. Aku ada terbaca kolam akan tutup bila stok udang habis. Jadi peniaga pun tak berniaga sebab tak ada potential customer. Nasib baik teringat ada capati di Laketown Street Bandar Seri Impian. Kalau tak, mamak je memanjang. Walaupun agak jauh husband gagahkan diri juga untuk drive ke sana. Jalan agak gelap juga di kawasan ni. Pernah ada isu gajah masuk ke kawasan taman. Baru-baru ni Perhilitan ada ambil tindakan di T6 untuk tangkap gajah liar dengan umpan gajah denak dari Pahang. 

Laketown Street Bandar Seri Impian 

Lokasi: Persiaran Seri Impian 1, Taman Seri Impian Jln Kluang-kota Tinggi, Kluang 
Masa operasi: 6.00 petang hingga 11.30 malam 

Sampai di Seri Impian, landmark yang kita boleh rujuk ialah KFC dan Kopketa. Kenderaan agak banyak dan parking mulai penuh di tepi jalan. Hari itu orang ramai dari kebiasaan hingga ais habis jadi lambat sikit tunggu air. Memandangkan gerai air ada satu je, servis agak lambat bila ramai order. Bagi aku kalau masuk satu lagi kedai kopi fresh brew pun dah cun. Ada pilihan coffee dan non-coffee macam biasalah. 


Review Capati Warisan Kelab Melayu

Untuk dinner aku order Capati Warisan Kelab Melayu 5 keping beserta kari kosong berjumlah RM6 untuk dikongsi bersama husband. Kari ayam, kambing dan kaki ayam dah habis awal tinggal tetel sahaja. Kami tak ambil sebab tak minat sangat. Husband kata ini capati legend sebab dah lama bertapak di Kluang. 

Betullah populariti yang dicanang, capati masih lembut, moist walaupun dah sejuk serta tak tawar. Resipi yang aku rujuk di website Mamak Haji ada menggunakan yogurt. Mungkin rasa lemak datang dari situ. Tepung atta (tepung wholemeal) yang digunakan rasa cukup istimewa. Mempunyai kalori yang rendah memang sesuai berbanding roti canai mamak. 

Habis 2 keping cicah kari yang cukup pekat dengan rempahnya. Memandangkan kari ayam habis, aku beli ayam goreng sebagai sumber protein hidangan makan malam. Memang nak repeat lagi lepas ni! Actually aku lebih suka kuah dal berbanding kari. Teringat di India, capati memang lawannya lauk pauk macam butter chicken masala dan sayur goreng. 

Kuetiau Goreng

Kuetiau goreng RM10 ada udang dan portion agak besar, secukup rasa dan paling penting tak masin atau dominan rasa kicap sahaja. 

Apam Balik Seri Menanti

Selain itu kami makan apam balik Seri Menanti RM4 untuk 5 keping. Surprisingly masih rangup walaupun dah sejuk, tak liat seperti kebiasaan beli di pasar malam. Adunannya memang nipis dan crunchy manakala topping gula, kacang dan jagung tak berlebihan. 


@aqilarinshamsi

Vlog 23 May 2023 | Makan malam di Laketown Street Bandar Seri Impian. Tempat makan luas, selesa dan banyak pilihan makanan yang sedap. #johorfoodie #kluangviral #foodreviewmalaysia

♬ original sound - Aqilarin Shamsi - Aqilarin Shamsi

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. menu2 semua sedap.. ayam muis tu fav kami.. harga pn murah juga

    BalasPadam

Close Menu