Masakan Leftover Raya Soto Ayam dan Lontong Goreng

Selamat hari raya guys! Alhamdulillah dah seminggu lebih kita beraya tapi bahangnya masih terasa. Tambah lagi musim panas kali ini sangat merisaukan kerana ada potensi heat stroke dan dehidrasi. Situasi di Kluang panas terik dari pagi, petang akan hujan sekejap. Hari ni pula dikhabarkan ada mangsa terbaru heat stroke iaitu Allayarham Airiel Syahren berusia 12 tahun dari Kluang. Salam takziah untuk keluarga arwah. Memang cuti Labour Day kali ni tak ke mana, malam baru keluar.

Aku bersyukur sangat Adam dah mula suka minum air masak. Kalau dulu dia lebih prefer susu kurma dan full cream. Memandangkan aku dah install mesin air ala-ala Coway di rumah, mudah untuk semua akses air sejuk. Husband pun dah minum air masak lebih, kalau tak dulu air teh o ais je memanjang hehe. 

Setiap tahun aku memang beraya di Johor. Rumah ibu ayah dekat je jadi tengah hari tu baru ke sana. Hari raya kedua baru ke Muar untuk ziarah atuk dan nenek. MashaAllah jem teruk memang tak boleh nak kata apa dari Ayer Hitam ke Batu Pahat. Walaupun waze bagi jalan kampung iaitu Parit Yaani masih banyak kenderaan diburukkan lagi dengan jalan kampung yang sempit. Kami sekejap je di kampung, malam tu gerak balik tapi lalu jalan Yong Peng lagi seram sebab dalam ladang pokok getah Allah! Nasib baik ada 2-3 kenderaan yang follow. 

Juadah raya leftover soto ayam dan bergedel


Memandangkan pak mertua rebus nasi himpit terlebih, aku cari idea macam mana nak habiskan nasi tanpa juadah raya yang berat. Jadi aku buat soto ayam bersama bergedel dan sambal kicap guna bahan yang ada di dapur. Resipi asal aku refer dari Mat Gebu tapi ada beberapa bahan yang tak ada di dapur jadi aku skip. Kalau diberi kesempatan aku nak buat lagi soto dengan bahan yang lebih lengkap sebab yang koboi pun dah sedap hehe.

Tips goreng bergedel untuk elak pecah dan kurang minyak ialah simpan sekejap dalam peti ais dalam setengah jam macam tu. Baru gaulkan dengan telur dan masak guna api yang cukup panas. 

Lontong goreng bukan lontong darat

Esoknya pula aku buat lontong goreng. Mudah sahaja sebab base dia sama dengan nasi goreng yang penting telur 2-3 biji sebab ia akan menyaluti ketulan nasi jadi lebih sedap. Memandangkan ada lebihan sambal tumis bilis, aku gunakan itu sahaja. Sayur pula apa-apa yang tinggal dalam peti ais. Aku guna lobak dan kubis. Ni antara masakan yang aku ingat dari kecil la, memang menggamit memori.

Beza ye lontong goreng dengan lontong darat. Lontong darat lauknya lagi kompleks ada rendang, serunding, sambal kacang dan sayur goreng jawa. Husband pun tak biasa dengan masakan ni, jadi aku je la yang habiskan. Regu pula dengan sambal kering kentang dan ikan bilis, terangkat! 

Baca juga: Rendang hitam

Dari segi bahasa, lontong asalnya nasi yang dibalut daun pisang dan dipotong bulat. Tapi di sini lontong lebih mudah disediakan dalam plastik atau loyang dan dikenali sebagai nasi himpit. Selalunya jarang orang refer lontong sebagai nasi sahaja, tapi menu lontong berkuah. Nak buat lagi confuse, kuah lontong ni seakan-akan lodeh iaitu satu lagi masakan yang famous di pagi raya. 

Lodeh masakan nenek di Muar tak sekuning kuah lontong, isinya lebih meriah bersama suun, fucuk, tauhu, tempe, sayur dan ada kacang soya. Dimakan dengan nasi himpit bersama rendang dan kuah kacang sebagai side dish. Kuah lontong pula kuning dan isinya lebih kepada sayuran keras seperti lobak, sengkuang dan kubis dihidang bersama nasi himpit, telur dan sambal tumis sebagai sarapan pagi. 


Raya tahun ni sederhana tapi masih meriah. Jiran-jiran pun ada yang munjung juadah raya dan sempat juga bertandang ke rumah mereka. Syukur dikurniakan jiran yang baik. Pagi raya masak nasi tomato, ayam masak merah, acar dan roti jala. Pak mertua pula dah masak kari dan lodeh semalam. Dalam ghairah beraya, jaga kesihatan ye. Anak-anak yang masih kecil jangan biar dicium/digomol, walaupun bukan COVID jangkitan lain masih ada. Pakai topi dan bawa air masak lebih. Salam Syawal! Maaf zahir batin...





Catat Ulasan

6 Ulasan

Close Menu