Mengenali Ciri Autism dalam K-Drama Extraordinary Attorney Woo

K-drama Extraordinary Attorney Woo mengisahkan tentang peguam autistik pertama yang diambil bekerja di firma guaman Hanbada di Korea. Sebagai seorang genius autistik, Woo Young-woo berdepan cabaran untuk bekerja dan berinteraksi dengan orang ramai. Drama ini juga memaparkan karakter Jeong-hun yang mempunyai spectrum autism severe yang jauh bertentangan dengan Young-woo. 



Maksud Autism 

Penghidap Autism Spectrum Disorder (ASD) secara ringkasnya lebih suka menyendiri di dalam dunia mereka sendiri kerana mereka mengalami kesukaran untuk memproses sensori yang banyak. Boleh jadi mereka hyperstimulate atau understimulate. Ini adalah 'red flag' yang pertama jika kita ingin mengenal ciri autism pada anak-anak. 

Aku akui sebagai ibu ada kerisauan jika anak pertama mempunyai tanda-tanda autism ataupun tidak. Aku bersyukur sebab dah banyak awareness untuk mengenal tanda awal supaya tindakan lanjut seperti terapi dan sekolah khas dapat diberi awal. Autism boleh dikategorikan mild, moderate dan severe, jadi intervensi yang betul dapat melatih skill sosial dan penjagaan diri mereka untuk survive di dunia luar. 

Baca juga: Cara untuk move on 

Satu usaha yang baik dilakukan oleh penggiat seni di Korea kerana mengangkat isu autisme untuk memberi kesedaran umum kepada masyarakat. Penulis skrip K-drama Extraordinary Attorney Woo telah membuat kajian yang teliti tentang karakter autistik yang dibawa oleh Young-woo dan Jeong-hun. 

Selain itu, pengkarya Malaysia juga berani keluar dari kebiasaan untuk membawa isu autism melalui filem Redha (2016) yang diinspirasikan oleh kisah sebenar. Pengarah filem ini ialah Tunku Mona Riza. Redha mengisahkan pasangan Alina dan Razlan yang dikurniakan anak autistik iaitu Danial. Razlan dalam fasa denial lalu membiarkan Alina keseorangan mencari solusi membantu Danial dengan terapi. Diburukkan dengan persepsi masyarakat yang jahil tentang autism, mereka sekeluarga teruji sekali lagi. 

Ciri-ciri pada anak autism 

Berbalik kepada Extraordinary Attorney Woo dalam Episod 1, kita dapat lihat kehidupan harian Young-woo dan hari pertama dia bekerja di firma guaman Hanbada. Antara ciri-ciri autistik pada Young-woo ialah: 

1. Komunikasi sosial lemah iaitu sukar untuk memberi eye-contact dan membaca/menunjukkan ekspresi wajah selari dengan emosi. Ayah Young-woo menampal gambar ekspresi wajah dengan penjelasan seperti gembira, sedih, marah. 

2. Rigid dengan susunan barang dan jadual harian. Bilik dan pejabat Young-woo sangat kemas dan susunan sentiasa sama. 

3. Sensitif dengan jenis fabrik dan tag pakaian. Ayah Young-woo memotong tag pakaian kerja yang dihadiahkannya. 

4. Picky eater dan setia dengan makanan kegemaran iaitu gimbap. Young-woo tak suka sesuatu yang unexpected/uncertain dalam makanannya.

5. Motor planning yang lemah dan perlu perancangan. Young-woo menggunakan tarian waltz untuk melepasi revolving door di pejabatnya. Dia juga mengira 1 hingga 5 sebelum melepasi mana-mana pintu. 

6. Echolalia iaitu mengulangi perkataan atau ayat yang didengar. Young-woo menegaskan namanya berulang kali dengan memberi contoh perkataan lain. 

"My name is Woo Young-woo, whether it’s read straight or flipped. Kayak, deed, rotator, noon, racecar, Woo Young-woo."

Young-woo seakan-akan mengejek bosnya dengan mengulang semula ayat tapi dia tak dapat mengawalnya. 

7. Memerlukan objek kegemaran untuk bertenang/self regulate atau dipanggil "stimming". Objek dan topik kegemaran Young-woo ialah ikan paus.  

8. Meltdown bila ada sesuatu yang trigger seperti over stimulation, risau atau stress hingga menyebabkan menangis, memukul diri sendiri atau orang lain tanpa sedar. 

9. Menggunakan headphone untuk mengurangkan gangguan sensori bunyi seperti di dalam tren dan crowd. 

10. Photographic memory yang kuat. Young-woo fasih laluan ke tempat kerja dan menghafal fakta penting dalam kerjayanya sebagai peguam.

Kenapa autism ialah spectrum disorder 

Apa yang membeza Young-woo dengan Danial ialah spektrum yang berbeza. Ramai yang mengharapkan anak mereka menjadi genius autistik seperti Young-woo. Tak semua kanak-kanak autistik mempunyai kelebihan yang sama. 

Danial pada awalnya mengalami speech delay, hyperaktif, sering memukul kepala berulang kali, tiada eye-contact dan tidak menyahut bila dipanggil. Namun setelah terapi intervensi, keadaan Danial lebih terkawal dan mudah menerima arahan. Akhirnya Danial menemui kelebihannya iaitu dalam sukan renang. 

Konklusi 

Kalau dulu yang kita tahu "bodoh atau pandai", itulah kata-kata diucapkan oleh rakan baik Alina dalam filem Redha. Awareness tentang neurodivergent seperti autism dan ADHD masih lagi baru dalam masyarakat kita. Justeru kita seharusnya bersikap lebih matang dan menyokong mereka tanpa prejudis. 

Rujukan: Puan Liyana Raya, Paediatric Occupational Therapist. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Saya setuju sebab belum pernah lagi saya tengok in real life golongan autism terlibat dalam bidang profesional seperti peguam, doktor dan seumpamanya. Kalau dalam sukan memang ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu kurang exposure. Dulu kawan kolej autistik ambil bidang medik. Kalau drama ada cerita Good Doctor.

      Padam
  2. bagus perkongsian melalui movie mcm tu sbb boleh buka mata semua pihak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.. cara garapan ala-ala komedi memang menarik..

      Padam
  3. tak layan lagi cerita ni, tapi tahulah sikit sikit anak autism sebab anak mengasuh pun ada autism

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye.. sekarang banyak awareness kan berbanding dulu

      Padam

Close Menu