Review Dookki Topokki Pot dan Kimchi Fried Rice

Belum sempat nak review dah tutup pula Dookki Kluang ni. Tak sure relocated atau tutup terus. Aku nak kongsi pengalaman makan di Dookki pada Ogos tahun lepas untuk sambut birthday adik bongsu aku. Kebetulan pada 22hb Dookki ada buat promosi Buy 1 Free 1. Untung kami bayar untuk 2 orang sahaja dengan syarat ambil gambar dan post di Facebook. Alaa kacang je. 

Dookki 

Dookki bermaksud 2 hidangan iaitu:

  • Topokki pot 
  • Kimchi fried rice 

Harga Dookki 

Bayar RM39.80/pax untuk unlimited buffet (90 minit) merangkumi bermacam jenis rice cake bentuk dan rasa. Ada original, cheese, keladi dan jagung. Topping macam kedai steamboat biasa ada seafood, ayam, sosej, frozen fishball, sayuran, cendawan dan telur. Mi pun ada macam-macam macam ramen, yee me dan glass noodle. Untuk hidangan kedua iaitu kimchi fried rice boleh letak jagung, ham, seaweed. Kalau tak kenyang lagi, hidangan ketiga boleh makan instant ramen. Tapi percayalah memang tak mampu nak sumbat haha...

Waktu kami datang around 8pm+ dah ada 2-3 meja occupied. Staff sangat friendly dan terangkan cara makan dekat situ untuk first timer macam kami. Untuk Adam, mereka bagi pinggan plastik dan gorengkan kentang baru untuk dia. Side dish mostly dah sejuk dan dia tak topup banyak unless customer request nak makan lagi. Ada korean spicy wings, wings goreng, dumplings, wanton, sushi dan fish cakes. 

Dookki Topokki Pot

Untuk buat kuah topokki, staff akan tanya nak kepedasan tahap macam mana. Kami pilih yang sederhana sahaja dan dia bancuhkan. Special Dookki ni sebab banyak sos seperti flame, cream, jjang, gunjung, topokki dan dookki sauce. Ada formula disediakan kalau nak bancuh sendiri. 

Masukkan semua bahan dan tunggu masak. Kami add on cheese ring RM18.80 sebab nak buat ala-ala KFry balut ayam. Masing-masing tersandar lepas makan topokki pot. Topokki ni kan rice cake (kuih tepung beras), memang rasa full sangat. Tambah lagi kami ambil kuah yang tak pedas, muak sikit nak habiskan. Nasib baik ambil air coke zero, boleh buat hilangkan muak. 

dookki

Dooki Kimchi Fried Rice

Hidangan kedua kimchi fried rice. Aku tengok adik dan husband, masing-masing macam dah tak larat nak makan. Aku kata ambil sikit je la nasi, nak bagi berbaloi bayar mahal-mahal huhu. Kuah topokki tadi ada lagi jadi staff keluarkan sikit tak nak bagi nasi lembik sangat. Ambil nasi, kimchi, seaweed, chicken ham dan jagung. Dia masakkan dalam periuk yang sama. Yang ni sedap sebab ada masam-masam kimchi dan manis dari jagung. Ada seaweed tambah lagi flavour dan tekstur yang sedap. 


Dookki Side dish 

Untuk side dish ni, ayam kurang segar dan dah kering. Pilihan tak meriah macam awal-awal opening yang aku perasan. Sides lain macam sushi dan fish cake (eomuk) oke sedap. Repeat 2-3 kali juga. Hilang craving bila tengok mukbang Korean street food kan. Overall sangat mengenyangkan makan dekat sini. Tapi untuk harga yang sama, ada tempat BBQ dan steamboat yang offer lagi banyak makanan especially daging, ayam dan seafood. Kalau dekat Dookki tak ada grill, hanya steamboat. Mungkin tu punca Dookki tak dapat nak survive dekat Kluang. Harga pula makin naik setiap tahun.


Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu