Kluang Coffee Cap Televisyen Kopi Sultan

Sambutan hari ibu dan guru dekat-dekat kali ni jadi kami decide untuk celebrate di Kluang Coffee Cap Televisyen. Mana tidaknya seorang ibu merangkap guru juga bagi anak-anak yang dibesarkan dari dalam kandungan hingga dewasa. 

Bagi aku, ada beberapa sosok guru di sekolah yang menjaga kebajikan aku seolah-olah aku anak mereka. Kasih sayang mereka terasa ikhlas dan sesungguhnya mereka mahukan yang terbaik untuk kita. 

Kluang Coffee Cap Televisyen

Lokasi dan peta ke Kluang Coffee Cap Televisyen

76, Jalan Besar, Kampung Yap Tau Sah, 86000 Kluang, Johor 
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 4.30 petang


Sejarah Kluang Coffee Cap Televisyen

Belum boleh declare anak jati Kluang kalau tak pernah minum kopi cap TV. Dulu ibu siap hadiahkan kopi uncang untuk kawan dari kolej yang datang melawat di rumah. Jadi kali ni kena kasi jadi juga trip ke kilang kopi yang dibina pada tahun 1966

Waktu kami sampai ada bas penuh pelancong Cina buat lawatan di sini. Nasib baik ada meja kosong. Kedatangan kami disambut suasana kopitiam yang moden dan bersih. Aroma wangi dari kopi yang dibakar menusuk-nusuk ke hidung. 


Dekorasi TV lama merupakan inspirasi kepada nama Kopi Cap TV iaitu kekeluargaan dan kegembiraan. Wall of fame dihiasi gambar-gambar tokoh dan artis yang pernah datang ke kilang ini. Tambahan lagi, Kopi Cap TV juga dikenali sebagai "kopi sultan" kerana digemari oleh kerabat Diraja Johor.  

kluang coffee cap televisyen


kluang coffee cap televisyen

Produk Kluang Coffee Cap Televisyen

Sebelum pesan minuman dan makanan, boleh cuci mata tengok koleksi kopi premix dan biji kopi 100% pure bagi penggemar kopi fresh brew. Ada juga biskut, snek dan kerepek untuk kudapan. Selain kopi boleh dapatkan kordial buah-buahan di sini juga.

Merchandise seperti set cawan kopi dan tumblr juga ada. Kopi Cap TV dihasilkan menggunakan 3 biji kopi terbaik iaitu Robusta, Arabica dan Liberica. Robusta kebiasaanya di tanam di Vietnam dan Indonesia. Manakala Arabica origin Brazil dan Columbia yang menjadikan harganya lebih mahal. 

Kopi Liberica ialah biji kopi tempatan yang wangi dan pekat apabila dibancuh. Merupakan biji kopi terbesar sehingga digelar "kopi biji gajah". Kopi Liberica digunakan dalam pembuatan kopi di kebanyakan kopitiam di Kluang. Black coffee yang dihidang ialah hasil campuran biji kopi dengan 30% gula dan 70% marjerin. 





Review The Kopi Factory Cafe Kluang Coffee Cap Televisyen

Bila sampai dekat cafe boleh terus order di kaunter. Pilihan minuman ada kopi kampung dan kopi fresh brew macam espresso dan latte. Makanan pula ada pilihan kek, donut, muffin. Croissant dan waffle juga available. 

Selain itu ada kuih muih tradisional seperti talam dan serimuka. Sayangnya tak ada roti bakar atau nasi lemak. Menariknya di sini ada kopi panas dan biskut lemak free flow untuk dinikmati oleh pengunjung. Boleh ambil kopi di hujung kaunter hadapan. Memang nikmat dapat cicah biskut dalam kopi. 

Bagi hidangan di bawah, kopi ais memang ada sedikit rasa berbeza dengan kopi MyKluang yang lebih ke arah rasa pahit-pahit masam. Kopi Cap TV rasa pahit seimbang dan lebih wangi. Kek cheese oreo (RM12.90) surprisingly kurang manis, creamy dan tak muak pun. 

Donut oreo fluffy dan topping mewah. Yela harga pun RM5.90. Kopi pula dalam RM2+. Jangan lupa masukkan kilang kopi Cap TV ni dalam bucket list bila datang ke Kluang nanti ye!

kluang coffee cap televisyen




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Lamanya tak jejak Kluang... terakhir pergi tahun 1984!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun belum lahir tahun tu kak Amie haha

      Padam

Close Menu