Tempat Menarik di Kuala Lumpur dan Selangor

Bulan 3 yang lalu aku ke Kuala Lumpur dan Selangor sempena wedding vacation pula. Jom aku kongsikan tempat menarik di Kuala Lumpur yang aku sempat pergi.

Tempat Menarik di Kuala Lumpur 


Empire Damansara 

 Anak saudara husband akan melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu 11 Mac, hari Khamis 9hb kami bertolak ke sana. Penempatan kami sepanjang 3 hari ialah di Airbnb studio apartment Empire Damansara. Airbnb kami kecil je, masuk-masuk nampak katil gitulah. Ada pantri dengan mesin air,  microwave, peti ais. Semua lengkap, selesa. 

Katil queen boleh baring sambil tengok TV, owner siap pasang wifi dan Netflix. Harga tak sure sebab sponsored by groom. Cuma parking charge by hour. Kemudahan dobi layan diri dan kedai serbaneka pun ada. Malah dekat bahagian atas banyak cafe dan butik. Husband beli air soya dan kek crepe gula melaka.

tempat menarik di kuala lumpur

Actually aku dah pernah jalan KL masa study dekat Banting dulu tapi tak pernah sampai ke KLCC. Aku rasa aku pernah sampai Pasar Seni naik LRT, talk Mufti Menk di PWTC dan dinner MPP di Atmosphere 360 KL Tower. Jadi trip kali ni aku request nak tengok Petronas Twin Tower sekali depan mata pun cukuplah haha. 

Beza trip kali ni sebab pakai kereta sendiri. Trafik dan toll adalah cabaran kami di KL. Expanses dan masa banyak habis di atas jalan. InshaAllah di masa akan datang akan plan trip lebih baik supaya dapat avoid lalu jalan yang sama 2-3 kali dan sesat di highway walaupun dah guna waze. Ada yang kata better pakai Google Map. Maybe naik LRT untuk elak traffic jem di beberapa lokasi sibuk.

Suria KLCC

Lokasi: 241, Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur City Centre https://goo.gl/maps/FL75wVRKKz7Kvyg88
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 petang

tempat menarik di Kuala lumpur


Dulu husband memang merantau kerja di KL sebelum balik ke Kluang pada tahun 2014. Sedikit sebanyak dia ingat jalan di area sini. Kami pergi ke parking berbayar di basement dan jalan-jalan di Suria KLCC. Baru nampak depan mata butik-butik mewah yang perlukan membership untuk masuk. Rasa kerdil betul di sini. 

Belek-belek lipstick di Sephora dan cuci mata tengok perfume. Snap 2-3 gambar depa twin tower dan duduk sebentar di fountain. Ambil gambar Adam juga, kecil-kecil da sampai KL. Dulu mak kau ni trip sekolah pun tak mampu haha. Kehadiran jurufoto di sekitar menara mengingatkan aku tentang Taj Mahal. Cuma di sana mereka agak memaksa untuk guna servis mereka. Nasib baik aku bawa DSLR sendiri, kukuh alasan nak tolak. 

Bukit Bintang 


Ada singgah Bukit Bintang ingat nak beli shawarma Damascus, line panjang betul! Lastly beli dekat kedai Arab biasa sahaja tapi still kena tunggu lama. Rasa boleh tahan, daging juicy dan garlic sauce sedap. Maaf tak ada gambar sebab malam tu chaotic gila kena tahan polis dan sesat haha. 

IKEA Damansara

Lokasi: 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor https://goo.gl/maps/8XDfm5D8TjYhofuNA
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam 

Inilah pertama kali menjejakkan kaki di IKEA walaupun di Tebrau dah buka. First time nak order of course ambil Swedish meatballs tapi tengoklah berapa banyak dia bagi! Haha. Nasib baik sedap habis juga kami makan berdua. 

Kurang muak sebab ada jem lingonberry. Kalau cicah mustard lagi sedap. Mashed potato lembut berlemak. Brown sauce sedap, rupanya tengok resipi tak ada blackpepper tapi ada djorn mustard yang bagi 'heat' sikit. Dekat sini ramai orang tapi mudah je nak dapat tempat duduk. 

Selain itu aku sempat grab plant based coklat 3 jenis sebab ada promosi. Dark chocolate memang pahit sampai driver kata tak ngantuk langsung bila makan. Lepas makan pusing-pusing tengok produk IKEA dan gudang. 

Baca juga: Review IKEA Tebrau 

ikea damansara

ikea damansara

One Utama Petaling Jaya 

Lokasi: 1 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor https://goo.gl/maps/TEAF85onpMo6dQFf6
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam 

Kedai kopi dan boba milktea yang aku pergi mostly guna susu Farm Fresh sebab cukup segar, rich dan creamy. So takkan owner sendiri tak nak buka kedai boba kan. Jadi mereka decide untuk wujudkan Jom Cha yang menjual hampir 20 jenis minuman berasaskan produk-produk terkenal Farm Fresh iaitu susu segar, susu pisang, kurma, kopi latte dan yoghurt. 

Tambahan lagi mereka turut jual soft serve perisa asli dan yogurt dengan pelbagai topping fruit sauce dan boba. Aku beli Brown Sugar Boba with Fresh Milk, surprisingly memang sedap sebab tak manis sangat dan rasa lemak susu lebih dominan. Boba cukup masak dan chewy. Sayangnya mereka belum buka outlet di Kluang. Dekat JB banyak! 

tempat menarik KL


Untuk dinner kami try Richeese Factory yang datang dari Indonesia. Excited dalam masa yang sama menyesal cuba! Boleh baca full review di sini.

Baca juga: Review Richeese Factory


Gombak


Kami ke Gombak untuk melawat rumah sahabat baik husband. Sepanjang perjalanan aku sedar banyak warung nasi padang. Rupanya dekat sini memang ramai orang Indonesia, orang minang yang bermastautin. Kawan husband pun turut mengusahakan perniagaan bakso dan nasi ayam penyet, sekarang ni sedang menaikkan brand Gombakso yang menjual daging bakso sejuk beku bakal dipasarkan ke sekitar Malaysia. 



Majestic Hotel 

Lokasi: 5 Jalan Sultan Hishamuddin 50000 Kuala Lumpur 

Sebelum balik ke Johor, anak saudara husband belanja lunch di Majestic Hotel. Buffet yang dihidang banyak pilihan, ada masakan Melayu, Chinese, Indian, Western, sushi dan seafood. Sempat grab desserts dan kopi sebelum mereka kemas dapur sebab kami mula makan nak dekat pukul 2. Harga actually lebih dari RM150. 

Aku try rasa sebanyak mana protein yang boleh, less carbs. Ambil daging, kambing dan ayam bakar. Fillet ikan pun sedap. Kebab aku repeat few times. Jumpa gobi manchurian, iaitu kubis bunga goreng favourite masa di India. Husband pula lebih suka cuba dessert. Bread pudding memang sedap, yang lain either too sweet or 'ni sponge cake je'. First time makan sticky date pudding, marvellous! Aku jumpa madeleine, excited nak try sekali rasa macam bahulu daa.. dah makan manis-manis tutup dengan kopi panas. Adam macam biasa layan aiskrim. 

Cerita punya panjang, mana wedding? Tak ada gambar satu pun sebab kalut abang ipar kena strok tiba-tiba sebab cuaca agak panas dan crowded. Adik-beradik husband sempat jumpa kejap je. Adam pula time wedding nak buang air besar sampai tembus seluar huhu. Toilet ramai orang, habis masa dekat situ je la. Tengah tunggu anak saudara hantar gambar. 







Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. oo..diet high protein...akk tak pernah mkn meatball ikea..huhu..buffet di Hotel Majestic mmg best, byk sgt pilihan mknan..berbaloi dgn harganya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila orang belanja kita makan puas-puas la ye hehe

      Padam
  2. salam kenal. since dah pindah Shah Alam, ke KL hanya atas urusan penting2 je. tak sanggup dgn traffic dia. suka guna google maps. sebab merasanya waze selalu buat kita sesat barat. sendiri rasanya lan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan Puan Azian... Memang pening bila tersesat tu. Nak uturn jauh pula.

      Padam
  3. Kalau pergi KL, kena ambil cuti banyak hari. Saya last sekali pergi, sempat ke KLCC je. Tak sempat nak ke Ikea.
    Puding dan kopi nampak sedap. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahah memang kena cuti lama baru puas jalan kan. Kopi sedap barista buat..

      Padam

Close Menu