Sabtu lepas berkesempatan ke rumah terbuka Kak Ena di Muar dan lawat tempat menarik di Muar, Johor. Ini merupakan pertemuan pertama aku dengan ahli JDT Blogger. Turut hadir ke rumah terbuka ialah Ain dan Huda. Jika sebelum ni hanya berkenalan di alam maya akhirnya dapat juga bersemuka dan bersilaturrahim. Nasib baik sempat jumpa walaupun aku sampai hampir pukul 5.00 petang kerana husband kerja half day hari tersebut. Jadi aku kongsikan tempat menarik Muar.
Kredit gambar Huda |
Perjalanan jauh dari Kluang ke Muar terubat dengan hidangan enak dari tuan rumah. Habis semangkuk lontong yang dihidang bersama kuah kacang, aku cedok pula makaroni carbonara. Husband turut makan mi goreng dan makaroni. Aku rasa ni untuk budak-budak memandangkan tetamu kak Ena terdiri daripada anak muridnya tapi yang dewasa pula makan banyak haha. Adam pula baru bangun tidur, moody sikit. Penutup hidangan aku ambil beberapa biji kuih talam, kuih ketayap dan potongan tembikai. Usai mengisi perut, aku minta izin untuk meneruskan perjalanan. Semoga dapat berjumpa lagi Kak Ena, Ain dan Huda... Thanks for having us!
Tempat Menarik di Muar
Uptown Maharani Muar
Lokasi: Jalan Majidi, Pekan Muar https://goo.gl/maps/XDdJBi4CHSv5kLFy5
Waktu operasi: Jumaat & Sabtu 5.00 petang hingga 12.30 malam
Alang-alang dah sampai Muar, jalan-jalan di sekitar Pekan Muar. Lokasi yang dituju ialah uptown. Masa kami sampai ramai peniaga baru nak set up gerai, kebanyakannya menjual pakaian, beg dan kasut. Ada beberapa gerai menjual minuman dan snek. Memandangkan dah petang, kami sempat pergi beberapa lokasi yang berdekatan uptown (walking distance).
Muar Soup House
Lokasi: Jalan Sisi, Pekan Muar https://goo.gl/maps/66Hgqdo5V38VWrnVA
Waktu operasi: Setiap hari 1.00 petang hingga 2.00 pagi
Muar Soup House merangkumi 3 lot kedai, memang luas. Macam-macam ada dekat sini terutamanya sup tulang, sup kambing, rojak, mi bandung dan mi rebus. Kami tak singgah makan sebab masih kenyang. Ambil bau je...
Cendol Kampung Hulu
Lokasi: Jalan Sisi, Pekan Muar https://goo.gl/maps/Bw9cGfFcteyuLt1q8
Waktu operasi: Setiap hari 11.00 pagi hingga 11.00 malam
Aku actually tak tahu kedai cendol ni dekat je dengan uptown, ternampak signboard dari jalan utama dan terus ajak husband makan. Kami kongsi makan cendol regular RM6.50 dan surprisingly refreshing! Konsep cendol ni lebih kepada shaved ice, jadi tak cepat cair dan lambat sebu. Santan dihidang dalam bentuk aiskrim. Manakala gula merah wangi dan lemak manisnya secukup rasa. Cendol kenyal dan tak ada rasa kapur. Banyak pilihan topping yang boleh dipilih di sini seperti jagung, durian dan kelapa laut. Makan berdua lebih daripada cukup.
Tanjung Emas dan Tanjung Ketapang
Singgah Tanjung Ketapang nak tengok sunset dan ambil angin. Ramai orang waktu ni, kebanyakan jogging dan riadah bersama keluarga. Parking agak sempit dan ada kenderaan yang laju. Di Tanjung Emas cuma pusing-pusing dalam kereta. Ada perkhidmatan cruise berbayar kalau nak meneroka tanjung. Selain itu ada taman permainan dan food court.
Muar Collector Space
Lokasi: 44, Jalan Abdullah, Pekan Muar https://goo.gl/maps/VqXg3MYxPQBofNFC9
Waktu operasi: 2.00 petang hingga 11.00 malam, cuti Selasa dan Rabu
Lokasi terakhir ialah di Muar collector space. Berada di Pekan Muar berhadapan Mee bandung Abu Bakar Hanipah. Adam paling excited bila nampak figura Superman. Setiap sudut dihiasi koleksi vintage permainan video game, CD, piring hitam, kaset dan collectibles lain. Bulan 8 ni genap setahun mereka beroperasi.
Lokasi betul-betul berhadapan dengan Muar Collector Space. Sayangnya, kedai mi bandung tutup awal. Waktu operasi 7.00 pagi hingga 4.00 petang cuti Jumaat. https://goo.gl/maps/e9rurjtPZLSC153f6
Kami teruskan perjalanan ke Kluang. Banyak lagi destinasi yang ingin dituju di Muar tapi apakan daya masa amat mencemburui. Muar memberikan vibe yang nostalgik memandangkan kampung aku di Sungai Kelat. Husband pula pernah belajar di Cosmopoint dulu. Kaya dengan sejarah dan monumen lama yang masih terjaga. Banyak lagi makanan nak cuba lagi-lagi mi bandung, durian isi oren dan sate. Harap dapat ke Muar lagi.
Sampai di Parit Raja kami singgah makan di kedai nasi arab favourite kami. Shawarma dah habis, ganti lamb kebab sandwich. Dibalut dengan wrap juga. Husband makan Beef Akdah with rice. Dessert pula kami cuba Kunafa. Crispy dan creamy dengan cheese. Kena siram air gula baru rasanya naik. Kurang lengkap tanpa kacang pistachio, kalau tak lagi sedap.
2 Ulasan
barulah betul betul JDT blogger ya Rin. Lepas beraya dan bertemu geng JDTB, jalan jalan pula di bandar maharani
BalasPadamHaha sempat kak Azian walaupun dah petang. Nasib baik dekat-dekat..
Padam