Tempat menarik di Port Dickson Negeri Sembilan dan Melaka

Februari lalu berkesempatan ke tempat menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan atas urusan kerja husband dan bos dia belanja penginapan di Glory Beach Resort ala-ala family day. Tapi kami tak buat aktiviti bersama-sama pun kecuali dinner hari pertama itupun di kedai siam sahaja. 

Perancangan memang nak jalan-jalan di sekitar PD tapi masa agak terhad memandangkan kerja memasang signage di kem tentera berlanjutan hingga ke petang. 

Jadi aku dan Adam jalan-jalan di pantai tepi resort, main pasir dan celup air. Pantai tempat kami ni tak bersih sangat, takut gatal-gatal tapi ramai juga yang terjun. Di resort ada kolam renang tapi ramai yakmat. 

Adam pula tak ada swimsuit dan pelampung lengan jadi tak berani nak bawa mandi. Kami ada tunggu untuk aktiviti bagi turtle makan tapi tak ada apa-apa update dari pihak resort. Boleh jalan-jalan sekitar resort ada ikan arapaima dan mini zoo. 

Tempat Menarik di Port Dickson


Glory Beach Resort 

Lokasi: Jalan Seremban, Taman Tanjung, PD https://goo.gl/maps/4XKPZs8DhR2ZNVmNA

Glory Beach Resort ni bangunan tinggi dan banyak tingkat macam apartment. Bilik agak selesa dan bersih ada ruang tamu dengan tv, sofa, meja makan, aircond. Dapur pula ada sinki dan peti ais. Bilik tidur katil queen dan bersambung dengan toilet. Satu lagi bilik tidur katil single dan kecil. 

Breakfast buffet agak terhad dan not worth the price bak kat bos. Sebab dia yang bayar kan haha... Ada nasi lemak, mi goreng tapi ayam goreng tak ada. Buah tembikai, kuih dan sedikit salad. Ada cereal dan omelette. Better sarapan di luar. 

tempat menarik di port dickson


Tapak King Ikan Bakar

Lokasi: Lot 224, Jalan Pantai Batu 4, Kampung Si Rusa, PD https://goo.gl/maps/Lyh98SQErEsfatCb6
Waktu operasi: Setiap hari 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam 

Husband penat dan sunburn lepas seharian pasang signage tepi pantai jadi kami decide untuk makan di Tapak King. Ruang makan sangat luas dan ada ruang makan tertutup sejuk. Parking pun banyak. Konsep dekat sini ada restoran utama dan gerai-gerai vendor di bahagian tepi. Live busking pun ada. 

Aku decide untuk makan siakap bakar dan sepiring ulam. Rasa ok not bad tapi sedikit kecewa ikan dah sejuk sebab mereka prepare awal/display. Harga agak pricey juga hampir RM40 tambah air 2 gelas. Husband makan nasi kandar dan beli udang goreng tepung dari vendor di luar. Udang fresh dan rangup, tak silap ni dalam RM12. 

tempat menarik di port dickson


Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Lokasi: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, PD https://goo.gl/maps/ej1K5fmdvwMCVwCu9
Waktu operasi: Setiap hari 9.00 pagi hingga 4.30 petang 

Hari esoknya terus check out dari resort dan kami singgah sebentar di pantai untuk sarapan nasi lemak. Ramai penjaja dan pengunjung waktu ni memang happening. Ada yang tengah camping dan ada yang hanya hampar tikar untuk berkelah. 

Katanya ada isu dekat PD ni nak hampar tikar pun kena caj sebab ada beberapa kawasan pantai hak milik persendirian. Cuaca agak terik waktu tu jadi kami teruskan agenda yang seterusnya iaitu ke Pusat Ikan Hiasan di Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, PD. Awal kami sampai rasa macam sesat sebab kena lalu sebelah rumah-rumah kampung tapi akhirnya sampai juga di tempat ni. Masuk percuma tapi ada bayaran untuk parking tak berbumbung RM5.  

Aku paling excited nampak penyu! Besar betul. Siap ada telur untuk penetasan. Adam memang suka tengok ikan dalam aquarium. Banyak spesis yang dibela di sini antaranya jerung dan clown fish. Infografik pun lengkap cuma tak ada tour guide untuk terangkan itu ini. 

Ada udang dan ketam tapi tak banyak. Kalau nak tengok batu karang kena masuk bilik yang agak sempit dan silau. Masa kami datang cuti sekolah jadi ramai student dan agak crowded. Sebelum balik kami bayar RM30 untuk 2 keping gambar family yang diambil oleh pihak pusat ikan sebagai souvenir. Kalau tak nak pun tak apa hehe. 

Ini untuk membantu penyelenggaraan aquarium dan operasi. Macam tak jumpa jualan keychain, kalau tak mesti lagi best. Kami plan ke Ostrich Farm tapi cuaca terlalu panas dan decide untuk teruskan perjalanan.

tempat menarik di port dickson





Singgah Batu Berendam, Melaka 

Lokasi: No. 7-1, No.5, Tingkat Bawah, 7-2, Jalan Kanan 1, Taman Ria, 75350 Batu Berendam, Melaka https://goo.gl/maps/pHSxrWgYLUudgUVd6
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 10.30 malam 

Aku cuba cari makanan tradisional Negeri Sembilan tapi tak jumpa di PD. Nampak apam johol tapi macam belum buka. Bila lalu di area Rembau dan Pedas berderet kedai makan daging salai masak lemak cili api dan kudap kudapan. 

Memandangkan kami berada di laluan bertentangan kami tak singgah mana-mana lalu terus ke Melaka. Singgah beli coconut shake Batu Berendam, kena beratur tapi line bergerak pantas. Not bad coconut shake mereka tapi kalau nak add on aiskrim ke memang kena bayar lebih. Aku ambil yang biasa sahaja. Sebelum ni aku pernah rasa yang di Klebang. Rasanya kualiti vanilla ice-cream juga memainkan peranan. 

Baca juga: Kafe Markisa

Selain itu aku beli kuih keria gula melaka. Ada 2 kedai so aku tak tahu mana yang best. Kedai yang aku beli ni tak ada orang beratur. Aku akui memang sedap, lembut dan tak manis sangat. Terasa isi keledek. Pernah beli di Kluang tapi liat/tepung lebih, padahal penjual claim dari Melaka huhu. Aku sempat grab dodol untuk pak mertua. 

Aku rasa pemandangan di Melaka lebih cantik dan terjaga berbanding di PD. Di PD banyak bangunan/resort yang terbiar atau terbengkalai dek kerana PKP. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, akhirnya aku lebih menghargai keindahan duduk di Kluang. Kami teruskan perjalanan dan sampai ke rumah pada waktu malam. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Seronoknya!
    Saya pernah menginap di Glory Beach Resort beberapa tahun lepas. Rindu hendak jalan-jalan dan makan-makan di N9.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa tak puas round N9.. nanti nak study tempat makan menarik dulu

      Padam

Close Menu