Bila berbicara tentang ayam penyet, automatik memang akan teringat sambal asli dari Indonesia yang pedas gurih (savoury). Rahsia kesedapan ayam penyet bukan hanya terletak pada rasa sambal, malah perapan ayam goreng dan supnya juga. Juadah ayam penyet sangat popular di Malaysia sehingga franchise besar dari Indonesia turut membuka cawangan mereka di sini. Pemilik perniagaan warga Malaysia turut mengambil kesempatan mencipta jenama ayam penyet mereka sendiri.
Ayam Penyet
Asal usul ayam penyet
Mari kita selusuri sejarah ayam penyet. Ayam penyet adalah masakan dari Jawa Timur, lebih tepat lagi Surabaya. Penyet sendiri membawa maksud dihempuk atau dileperkan jadi hidangan ini mengandungi suku ayam yang telah dihempuk, tempe dan tauhu goreng, sambal dan ulam-ulaman segar seperti kubis dan timun.
Sambal ayam penyet pula terdapat beberapa resipi tersendiri tetapi kebanyakannya menggunakan cili, tomato, ikan bilis, bawang merah, belacan, air asam jawa dan jus limau nipis. Bahan-bahan sambal selalunya digoreng terlebih dahulu lalu digesek. Kalau nak lagi rasa "ori" Indonesia, wajib gesek pakai cobek dan ulek batu. Rasa sambal yang sedap adalah pedas, manis, masin dan masam yang seimbang. Ada juga yang gemar menikmati nasi ayam penyet bersama kicap ABC untuk kurangkan sedikit rasa pedas.
Baca juga:
Perbezaan ayam penyet, geprek dan gepuk?
Presentation ketiga-tiga hidangan ayam ini nampak sama tapi namanya berlainan. Perbezaannya terdapat pada penyediaan ayam dan jenis sambal yang digunakan.
Kredit gambar https://selongkar10.blogspot.com/ |
Ayam penyet
Ayam penyet disediakan dengan perapan "bumbu kuning" iaitu jintan manis, jintan putih, ketumbar, serbuk kunyit, lada putih serta halia dan bawang putih. Direbus sebentar lalu digoreng garing lalu dipenyekkan. Isi ayam perlu lembut dan masih "moist". Selalunya ditabur "kriuk" dari bancuhan tepung rangup.
Bahan sambal penyet perlu digoreng dua kali dan menggunakan elemen masam seperti tomato, air asam jawa atau limau nipis. Kadangkala ada juga yang meletakkan kulit limau yang dihiris halus ke dalam sambal.
Ayam geprek
Ayam geprek pula lebih kepada ayam goreng tepung yang dileperkan atau bahasa pasarnya lebih dikenali sebagai "ayam KFC". Ayam tanpa tulang untuk lagi tepat ala-ala chicken chop. Penyediaan ayam geprek lebih mudah berbanding ayam penyet.
Menariknya resipi ini dicipta secara tak sengaja oleh seorang peniaga kedai makan iaitu Puan Ruminah di Yogjakarta, Indonesia. Sambal geprek pula digesek mentah lalu dituangkan minyak panas ke atas sambal, kemudian digaul bersama ayam goreng.
Ayam gepuk
Sejarah ayam gepuk sedikit panjang kerana asal hidangan ini ialah daging lembu gepuk yang direbus dengan rempah istimewa dan santan lalu digoreng. Ia popular dalam masyarakat Sunda, Jawa Barat. Ayam Gepuk Pak Gembus adalah pioneer di Indonesia kerana menggantikan daging kepada ayam supaya ramai lagi dapat menikmati juadah ini.
Istimewa sambal gepuk menggunakan campuran cili dan kacang tanah/kacang gajus hancur untuk memberi rasa yang lebih berlemak. Sambal digesek mentah lalu dituang minyak panas. Kubis goreng adalah pelengkap popular nasi ayam gepuk.
Kedai ayam penyet di Kluang
Warung Pecel Lele
Pilihan menu seperti ayam penyet, keli, talapia, burung puyuh dan paru penyet dihidangkan dengan sambal penyet yang sangat pedas. Turut menyediakan soto, bakso dan rojak tauhu.
Lokasi: Jalan Wan Embon, Kampung Melayu, Kluang
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 8.00 malam, cuti Sabtu
Mak Ude Ayam Penyet
Bukan sekadar menghidangkan ayam penyet dan seafood penyet, malah ayam bakar taliwang, mie ayam, ayam sambal matah, gado-gado, bakso beranak dan gorengan asli Indonesia seperti bakwan.
Lokasi: 9, Jalan 1/3, Taman Sri Kluang, Kluang
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 8.00 malam, cuti Isnin
Penyet Express
Franchise yang mempunyai hampir 9 outlet di Malaysia. Menyajikan hidangan penyet yang pelbagai, bakso, indomie dan pelbagai side dish hidangan Indonesia.
Lokasi: Kluang Mall
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
The Sampir
Selain hidangan ayam, keli, talapia dan bakso penyet, mereka turut menghidangkan ayam bakar bersama sambal ulek. Mempunyai banyak review positif penggemar ayam penyet.
Lokasi: 1, Gerai MPK, Embong, Jalan Wan Embon, Kampung Melayu, Kluang,
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang, Cuti Sabtu
Restoran Pedas
Ada pelbagai plilihan seperti penyet, gepuk, lalap, shellout dan nasi tempayan. Mereka turut memperkenalkan menu western.
Lokasi: 12, Jalan Idaman 1, Kluang
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 10.00 malam, cuti Isnin
Restoran Penyec Kluang
Menghidangkan ayam, talapia dan keli penyet bersama hidangan bakso.
Lokasi: 36, Jalan Persiaran Idaman, Kluang
Waktu Operasi: Setiap hari 9.30 pagi hingga 6.00 petang
Kedai ayam penyet di Johor
Ayam Penyet De Binjai
Lokasi: Kampung Dato Bentara Dalam, 84000 Muar, Johor
Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam
Ayam Penyet Stadium
Lokasi: Jln Stadium, Kampung Baharu, 84000 Muar, Johor
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 9.30 malam, Cuti selasa
Restoran Ayam Penyet 3 Abdul
Lokasi: 84, Jln. Kenanga 29/11, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 petang
Ayam Penyet Best
Lokasi: Lot 31, Level 4 Paradigm Mall JB, Skudai Lbh, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 10.00 malam
Pondok Ceri Famous Ayam Penyet
Lokasi: 1272, Jalan Kangkar Tebrau, Kangkar Tebrau Baru, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 10.00 petang
Kedai ayam penyet di KL & Selangor
Ayam Penyet Wong Solo
Lokasi: Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
https://goo.gl/maps/HEXARghBQAsVUSww9
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 10.00 malam
Ayam Penyet AP
No 2, Jalan Ks2/ks5,Taman Klang Central,Jalan Meru, Meru, 41050 Klang, Selangor
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 8.00 malam
Waroeng Penyet
Alamat: NU Sentral, L4-08, Level 4 Lot 4.08, 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12.00 tengah hari hingga 8.30 malam
Ayam Penyet Mak Lampir
Alamat: Jln PJS 8/9, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam
Restoran Ayam Penyet D'Laman
Alamat: 43, Jalan Seri Setia, Gombak Setia, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 2.00 pagi
Resepi ayam penyet mudah guna Sambal Nyet Khairul Aming
Resipi asal: Che Nom
Bahan-bahan:
Tumbuk halus dan bahagi 2 bahagian:
6 ulas bawang putih
3 inci halia
Bahan rebus ayam:
Seekor ayam potong empat bahagian
Kiub ayam
3 keping daun salam
2 inci lengkuas
bahan tumbuk halus
Air secukupnya
Bahan perap ayam:
1 sk serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kunyit
3 sk serbuk ketumbar
1/2 sb serbuk kari daging
1/2 sk garam dan lada sulah
bahan tumbuk halus
Bahan goreng ayam:
1 cawan tepung beras
1 cawan air rebusan ayam
Lebihan rempah perapan ayam
1 biji telur
sedikit garam
sedikit air
Tauhu dan tempe
Sup:
Air rebusan ayam
Sup bunjut
Daun sup
Garam secukup rasa
1/2 sk lada sulah, jintan manis, jintan putih
1 sk serbuk ketumbar
Sambal ayam penyet:
10 biji cili padi
10 biji cili merah
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 biji tomato
5 cm belacan bakar
1/2 gengam ikan bilis
3 sudu besar gula melaka
1 cawan minyak
Limau nipis
Garam
10 biji cili merah
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 biji tomato
5 cm belacan bakar
1/2 gengam ikan bilis
3 sudu besar gula melaka
1 cawan minyak
Limau nipis
Garam
Cara-caranya:
- Rebus ayam dahulu kira-kira 15 minit sehingga empuk dan asingkan.
- Perap ayam dengan bahan perapan kira-kira 2-3 jam.
- Sementara itu boleh masak nasi dan masak sup dengan campurkan semua bahan sehingga mendidih.
- Bancuh tepung goreng ayam dan goreng ayam sekejap sahaja. Guna bancuhan yang sama untuk goreng tauhu dan tempe.
- Untuk sambal ayam penyet, goreng garing ikan bilis dan asingkan. Goreng cili, bawang dan tomato lalu kisar bersama belacan bakar.
- Panaskan minyak dan masak sambal dan perasakan dengan gula melaka dan sedikit garam.
- Hempuk ayam dan hidang bersama sambal Che Nom atau jika nak mudah guna sahaja Sambal Nyet Khairul Aming. Makan bersama tauhu, tempe, kubis dan timun serta sup panas.
Resipi ayam gepuk Khairul Aming
Bahan-bahan:
3 ketul whole leg
Halia sebesar ibu jari
Lengkuas sebesar ibu jari
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun salam
Sambal gepuk:
2 genggam gajus
20 tangkai cili merah
5 ulas bawang putih
Minyak secukupnya
Tauhu
Tempe
Kubis
Cara-cara:
- Kisar halia, lengkuas, biji ketumbar, serbuk kunyit dan garam. Perap ayam bersama bahan kisar selama setengah jam
- Rebus ayam bersama bahan perap, sedikit air dan daun salam sehingga empuk lalu asingkan
- Goreng ayam sekejap sahaja
- Boleh goreng tauhu, tempe dan kubis sehingg garing
- Untuk sambal, gesek cili dan bawang putih lalu siram dengan minyak panas
- Gesek gajus dan tuang minyak panas
@khairulaming Puasa Ke-2 : Ayam Gepuk. Rasa sebijik macam beli kat kedai 😭 Makan dengan sambal tu memang terangkat. Mohon @teroqa @azfarheri @kemey try buat untuk berbuka nanti okeh haha. Korang jangan lupa buat video masak untuk puasa ni and guna hashtag #InspirasiRamadan #BukaPuasa 😁
♬ original sound - Khairulaming - Khairulaming
Resipi ayam geprek Khairul Aming
Bahan-bahan:1/2 ekor ayam
Garam
1 kotak kecil tepung Bestari
2 biji telur
Sambal geprek:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 cili merah
13 cili padi
Cara-cara:
- Salutkan ayam dengan bancuhan telur dan tepung lalu goreng dalam minyak panas
- untuk sambal, goreng semua bahan dan tumbuk hingga lumat. Perasakan mengikut selera
Kalori ayam penyet
Ayam penyet adalah satu hidangan lengkap dengan karbohidrat, protein dan fiber. Sumber protein ialah 35g daripada ayam, tempe dan tauhu. Kalori bagi satu hidangan ialah sebanyak 650kcal. Boleh kurangkan nasi kepada suku dan lebihkan sayur-sayur mentah seperti kubis dan timun. Ada restoran yang turut menyediakan ayam bakar penyet dan ia adalah pilihan yang lebih sihat.
6 Ulasan
tiap minggu makan ayam penyet hehe. sebab kat muo ni memang senang dapat..
BalasPadamkan.. mesti sedap-sedap yang kt muar tu
PadamSaya suka ayam penyet kat Wong Solo. Sambal tu pedas membara.
BalasPadammemang famous kan wong solo tu..
PadamMemang kadang-kadang keliru antara penyet, geprek dan gepuk.
BalasPadamTerima kasih penjelasannya.
sama-sama kak Amie... banyak istilah makanan Indonesia ni. kalau orang Jawa mudahlah nak faham kan hehe
Padam