Cattle Queen Park First Ruminant Park in Malaysia

Cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga ke taman agropelancongan Cattle Queen Park di Batu 14, Jalan Mersing, Kluang. Cattle Queen Park dibuka pada tahun 2020 dan merupakan ladang haiwan ruminan pertama di Malaysia dan telah diiktiraf Malaysia Book of Records. Ruminan ialah haiwan herbivor yang meragut rumput lalu dicerna di dalam 4 ruangan perut. Contoh haiwan ialah lembu, rusa, kerbau dan kambing. Terdapat kira-kira 20 jenis haiwan di kawasan seluas 10 ekar ini.

Cattle Queen Park 

Cara ke Cattle Queen Park 

Lokasi: Batu 14, Jalan Mersing, Kluang 
No telefon: 0127486080/012 757 6080

Dari bandar Kluang ke Cattle Queen Park ialah sejauh 20 km iaitu kira-kira 20 minit melalui Jalan Mersing hingga ke Kem PLKN Padang Hijau. Cattle Queen Park berhadapan dengan lokasi ini. 

Peta Cattle Queen Park

   

Waktu operasi

Waktu: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (beroperasi juga waktu cuti sekolah & cuti umum)
Tutup Isnin 

Bayaran tiket masuk

Walk-in:
RM20 dewasa (percuma pellet)
RM15 kanak-kanak (percuma pellet)
RM5 untuk rumput (optional)
Horse Riding RM20 seorang

Website booking tiket:

Aktiviti menarik di Cattle Queen Park

  • Berinteraksi dengan haiwan seperti arnab
  • Beri makan haiwan dan ikan di kolam 
  • Aktiviti menunggang kuda 
  • Belajar tanaman herba 
Baca juga: Info Prasekolah

Pakej Menarik di Cattle Queen Park

  • Pakej glamping bermula harga RM45 seorang 
  • Lawatan sambil belajar untuk pelajar sekolah
  • Program teambuilding 
  • Internship dan volunteer 
  • Pakej akikah 
  • Pakej korban
  • Kursus penyembelihan patuh syariah 

Pengalaman di Cattle Queen Park 

Alhamdulillah cuaca cantik untuk kami mulakan aktiviti sekitar 11.00 pagi. Masing-masing pakai topi dan bawa bekal air masak secukupnya. Keadaan ladang bersih dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Kami mula dengan bagi makan kambing biri-biri. 

Kambing dengan sini memang friendly dan boleh dikatakan gelojoh la juga haha. Aku ajar Adam untuk berani bagi makan atas tapak tangan. Walaupun sedikit geli, aku pastikan RM60 yang dibayar worth every penny. Ni salah satu investment untuk sensory play dan pendidikan Adam. Adam memang suka haiwan dan harap dapat spark minat dia lagi. 

Baca juga: Zoo Negara

Ada 3 bekas pellet berlabel iaitu untuk kambing biri-biri, kambing dan ikan. Kolam ikan sangat luas dan banyak ikan yang muncul saat kami tabur pellet. Tiada arahan makanan untuk rusa. Lagipun rusa dah ada daun hancur yang disediakan pihak pengurusan ladang. Kerbau pula seronok berkubang dalam lumpur dan tak menghiraukan kami. 

Rumput RM5 yang dibeli khas untuk kuda dan lembu. Satu family cukup beli seikat. Kuda sangat pandai dan gentle. Lagi-lagi ada anak kuda yang baru lahir di sini. Comel! Untuk horse riding, actually ada bayaran tambahan RM20 seorang dan rehat dari pukul 12.00 hingga 2.00 petang. Kami tak ambil sebab timing tak kena. Satu lagi sebab info tak jelas di FB. Tahu pun lepas chat personal di page rasmi mereka. 






Banyak info boleh dibaca tentang haiwan ternakan di sini. Beberapa pokok herba turut dilabel. Selain haiwan ruminan ada angsa, ayam belanda, landak seekor dan arnab. Tapi tak ada interaksi sebab tak sure boleh pegang sendiri ke tak. Tak ada staff yang guide waktu tu. Agak kecewa sikit part ni. Kalau jenis proaktif boleh terus panggil staff, tapi tengok mereka pun kekurangan kakitangan. Jauh juga kami pusing-pusing dalam taman pukul 12 lebih baru siap.

Kemudahan dan infrastruktur 

  • Tempat parking yang luas
  • Tandas 
  • Surau 
  • Tempat BBQ 
  • Tempat berbasikal 
  • Restoran Kandang Kitchen
  • The Barn iaitu kedai cenderamata 

Produk Cattle Queen Park 

  • Susu kambing 
  • Aiskrim susu kambing 
  • Milkshake susu kambing
  • Lambchop dan patty burger 
  • Sabun susu kambing 
  • Pisau profesional 
Untuk hilangkan dahaga kami beli susu kambing original, coklat dan strawberry berharga RM5 setiap satu. Yang paling sedap of course strawberry. Yang original bau dan rasa agak kuat, not for faint of heart orang kata. Aiskrim coklat susu kambing pun RM5 dan rasa boleh tahan. Kalau nak makan atau minum mereka ada sediakan beberapa menu seperti milkshake, burger dan meatball. 



Antara cenderamata yang boleh dibawa pulang seperti Tshirt, plushies dan fridge magnet. Memandangkan Kluang menjadi pusat pertanian moden dan ada MARDI, seronok bila banyak ladang haiwan yang kami boleh pergi seperti CQP dan UK Farm. 
 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Seronok pergi tempat macam ni, dapat tengok binatang. Comel je kambing. Boleh bagi makan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maknya pun kena tunjuk berani bagi makan dekat tangan haha..

      Padam
  2. comelnya.. seronok dpt gi jenjalan mcm ni.. bukan yg kecik je, yg besar pun seronoks

    BalasPadam

Close Menu