Aku pernah up posting tempat minum petang yang menarik di Kluang dan ada seorang sahabat ni tanya kenapa cendol selalu dijual bersama laksa? Aku cakaplah satu manis, satu lagi masam-masam complement each other kan. Tapi lepas makan laksa yang ni terus aku terfikir, cendol ni penyelamat kalau termakan laksa pedas!
Cendol D'Cherry
Lokasi: Laman Sungai Mengkibol, Jalan Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan, Kluang
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Nampak betapa banyaknya cili padi dekat sudu tu aku terus masukkan dalam laksa. Tengah lapar kan, memang tak terfikir nak letak tempat lain. Sekali berasap mulut nak hirup kuah. Nasib baik dapat habiskan mi laksa, telur dan sayur yang ada. Jarang dapat nanas dalam laksa macam di sini mengingatkan aku waktu ke Kelantan. Tuan rumah potongkan nanas manis sebagai "garnish", bertambah-tambah aku makan. Memang kena dengan kuah yang masam dan manis isi ikan.
Untuk semangkuk laksa berharga RM6.00. Hidangan lain yang ada ialah rojak tauhu bakar dan lempeng. Masa kami sampai dah sold out. Ada beberapa meja dan kerusi untuk duduk santai makan di bawah pokok.
Cendol D'Cherry ni pula memang dah lama bertapak di Kluang. Asal usul nama adalah daripada lokasi kedai ini iaitu di bawah pokok ceri. Tempat sekarang masih sama iaitu di sebelah Ngepot Kabin. Untuk cendol campur berharga RM4.00 ada kacang, jagung dan pulut. Bagi aku kemanisan dan lemak santan balance dengan topping yang diberi. Aku tak gemar kalau kacang tak hancur tu, tawar rasanya. Yang dekat sini guna pes kacang merah lembut berlemak dan jagung manis tak kedekut. Jarang order cendol pulut, sesekali tu sedap juga. Pulut cukup empuk dan mengenyangkan.
14 Ulasan
Saya setuju. Laksa pedas, jadi dapat cendol, lega dapat kurangkan pedas sikit. Meriah cendolnya, ada banyak bahan dalam.
BalasPadamHaha kan.. kadang terbanyak pula cili. Padahal kuah pun dah pedas. Yang ni meriah sebab campur, yg basic pun ada. Tapi nak kata peniaga ni tak kedekut topping..
PadamAntara menu yang saya nak elakkan sekarang cendul...memang rasa rugi sedikit tetapi ini dinamakan pengorbanan hehehe
BalasPadamSesekali ok ni Hanafi.. Saya pun skg review makanan/minuman berkongsi dengan husband. Beza masa awal-awal dulu hehe..
PadamWow dapnya! Dah lama tak pekena laksa penang dengan cendol. Terliur pulak kita tengok ni 😄
BalasPadamBalik camping boleh cari sis..
Padamkalau di sini, cendol selalu digandingkan dgn rojak mamak....kalau di Kuala Kangsar, cendol ganding dgn laksa jg..
BalasPadamRojak pun sedapppp..
PadamPanas panas makan cendol sedapnya. Cendol sentiasa bergandingan dengan laksa. Baru kick letak cili api banyak tu. pedas letak tepi dulu. hihi...Cendol dia meriah dengan topping. baru best macam tu kan.
BalasPadamUish pedas sampai nak nangis saya makan haha.. tahan ye sis.
PadamSedap tuu.my favourite lerrr Laksa Penang ❤️❤️
BalasPadamRamai suka laksa penang ye. Laksa johor tak ramai orang buat pula.. mungkin kos tinggi..
Padamdapnya tgk cendol..tambah2 musim panas ni..nikmat
BalasPadamMemang nikmat dessert time musim panas ni hehe
Padam