Cuba Baklava dan Kunafa Manisan Turkiye

Husband memang pantang nampak benda pelik/baru mesti dia nak cuba. Selalunya dessert la kan. Antaranya ialah baklava dan kunafa manisan dari Timur Tengah ni. Mana nak dapat? Setakat ni kami beli di kedai Arab. Tak pernah beli online lagi. 

Apa itu Baklava?

Baklava ialah manisan Turkiye yang diperbuat menggunakan fillo pastry (seakan-akan kulit popia), mentega, air gula dan kekacang. Ada macam-macam bentuk seperti kiub, jejari dan sarang burung dengan topping/filling seperti coklat dan kurma. Pastry yang digunakan memberi rasa crispy dan flaky.

Review Baklava

Pertama kali rasa kami beli dari Restoran Nur al-Islam di Taman Idaman. RM20 untuk 12 biji baklava pelbagai bentuk dan perisa. Rasanya memang rangup dan manis. Ada kacang badam, gajus dan pistachio. Baklava mereka banyak menggunakan coklat susu dan coklat putih sebagai inti. Istimewanya ada juga baklava sarang burung. 

Restoran Nur al-Islam
Lokasi: 6, Jln Idaman 1, Taman Idaman, 86000 Kluang, Johor 

baklava



Namun begitu, kami jumpa yang lagi sedap di Restoran Bandar Hadhramaut, Taman Universiti Parit Raja. RM20 untuk 16 biji, lebih berbaloi. Baklava di sini sedikit tebal, mewah dengan kacang dan kurang manis. Mula-mula ingat baklava kek batik, bila rasa lapisan kurma rupanya haha. Yang tu sedap, lain daripada yang lain. 

Baca juga:

Restoran Bandar Hadhramaut
Jalan Universiti 4, Taman Universiti, 86400 Parit Raja, Johor

baklava

Review Kunafa

Sebelum kami jumpa baklava, husband dah cuba kunafa di restoran Arab ni juga. Rasa pastri kunafa atau kataifi rangup dan berganding dengan cheese yang masih cair. Rasa lemak cheese sederhana saja. Kalau tak siram sirap, tawar. Jadi kena tuang sikit baru naik rasanya. Aku prefer kalau ada sedikit kacang pistachio ditabur di atas kunafa. 



Hidangan nasi Arab di sini memang menjadi pilihan kami. Portion banyak dengan harga yang berpatutan. Nasi Arab antara pilihan makanan yang sihat kerana daging dan ayam dipanggang atau dimasak sekali di dalam nasi. Lengkap dengan salad sayur sebagai sumber fiber. Sambal harrah juga tidak bertumis. Nasi selalu tak habis dan bungkus untuk dinner pula. Kalau ke Parit Raja mesti singgah sini dulu. Kalau tak nak makan berat, ada shawarma, roti dan kebab juga. Husband bila dapat rasa garlic sauce di sini, terus jadi favourite. 


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Feveret ni nasi arab...cantik deco kedai nur al-islam...baklava pernah try, kunafe x pernah..takut rasa manis sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang deko kedai dia extra haha. Ada mural unta semua. Kunafa yg saya dapat asing sirap jadi boleh adjust manis. Don't worry..

      Padam
  2. aduh....nikmatnya dunia jika dapat makan ini semua..setakat ini belum pernah lagi cuba

    BalasPadam
  3. wah nampak menarik lah.. teringin nak try

    BalasPadam
  4. Besar portion nasi arabnya. Saya belum pernah cuba baklava dan kunafa, sebab tak pernah jumpa di sini. Nasi arab saja ada.

    BalasPadam
  5. kunafa dan baklava tak berani makan byk.. manis kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. manis mama, tapi yang ni dia buat kurang manis

      Padam

Close Menu