Farm Fresh Info Terkini dan 5 sebab barista guna susu Farm Fresh

Farm Fresh tidak asing lagi bagi penggemar susu segar asli kerana kualitinya yang bagus. Susu Farm Fresh sedap diminum begitu sahaja apatah lagi bila ditambah ke dalam minuman kegemaran. Bila berbicara tentang kopi pasti tak lari daripada membincangkan perihal susu yang digunakan untuk menghasilkan secangkir latte yang sedap. Wujud persoalan kenapa susu Farm Fresh digemari oleh majoriti barista kedai kopi terkenal. 

Farm fresh



5 sebab susu Farm Fresh menjadi pilihan barista 

Susu Farm Fresh 100% segar 

Susu Farm Fresh dijamin 100% segar dari ladang lembu ke pengguna dalam masa 48 jam selepas diperah. Jaminan ini diberikan oleh Farm Fresh kerana ladang mereka berpengkalan di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Susu segar memberi rasa yang lebih lazat berkrim, "rich" dan tinggi nutrisi pada minuman yang dibancuh.

Kandungan sihat semulajadi 

Kandungan susu segar Farm Fresh adalah semulajadi tanpa bahan pengawet, pewarna tiruan, tambahan gula dan perisa. Ia menjadikan susu Farm Fresh pilihan terbaik untuk diolah bersama espresso dan sirap berperisa seperti karamel dan vanilla. 

Susu tidak mudah rosak 

Kepelbagaian jenis dan kandungan isipadu susu Farm Fresh menjadikannya mudah untuk penyimpanan dan kegunaan harian ataupun perniagaan. Jika tidak mempunyai peti ais, susu UHT menjadi pilihan barista kerana mudah diuruskan dalam suhu bilik. 

Pilihan susu "non-diary"

Farm Fresh turut menghasilkan susu berasaskan tumbuhan iaitu susu oat, susu soya dan susu badam yang menjadi pilihan pelanggan vegetarian, lactose intolerance dan mereka yang sedang berdiet untuk menikmati kopi. 

Farm Fresh kenalkan susu khas Barista

Master Barista adalah rangkaian produk susu yang Farm Fresh hasilkan khas untuk kedai kopi dan pengguna yang inginkan pengalaman menikmati kopi seperti di Starbucks. Susu ini lebih stabil ketika "frothing" dan mudah untuk menghasilkan karya latte art di atas kopi. 
Baca juga:

Jenis-jenis susu Farm Fresh di pasaran dan perbezaannya

Jom kenali jenis susu Farm Fresh yang dijual di pasaran kerana terdapat perbezaan dari segi rasa, ketahanan dan nutrisi. Selain produk susu lembu dan tumbuhan, Farm Fresh turut mengeluarkan susu kambing, yogurt dan minuman yogurt yang sedap dan berkhasiat tinggi. Baru-baru ini mereka turut menghasilkan santan kotak dan whipped cream. 

Farm fresh



Susu Segar 

Susu segar atau dikenali sebagai Fresh Milk boleh dijumpai di dalam peti sejuk pasaraya kerana susu ini mempunyai tarikh luput yang lebih cepat 1-3 minggu dari tarikh pengeluaran di kilang. Susu segar dipasteur pada suhu lebih 72 darjah celcius sekurang-kurangnya 15 saat bagi membunuh kuman. Nutrisinya lebih baik berbanding susu UHT.

Susu UHT (Ultra High Temperature)

Susu UHT adalah susu segar yang mengalami proses pemanasan pada suhu yang lebih tinggi iaitu 135 darjah celcius selama 4-5 saat untuk disteril. Proses ini justeru membolehkan susu UHT disimpan pada suhu bilik dengan jangka hayat hampir 6 hingga 9 bulan kecuali selepas dibuka. Selepas dibuka, haruslah dihabiskan dalam tempoh 3 hari. 

Susu Penuh Krim (full cream)

Susu ini mengandungi peratusan lemak yang paling banyak iaitu sekitar 3.8% dan menjadikannya rasa berkrim. Berbanding susu segar, susu full cream lebih bermanfaat untuk anak kecil setahun ke atas kerana diperkaya dengan Vitamin A dan Vitamin D3.

Susu Rendah Lemak (low fat)

Peratusan lemak dalam susu ini adalah sekitar 1.5% sahaja dan menjadi pilihan mereka yang sedang diet untuk mengurangkan kadar lemak tepu di dalam badan. Susu Skinny Farm Fresh mempunyai kalori 44.3kcal bagi 100ml dan tiada tambahan gula. 

Susu berperisa

Susu ini dicampur bahan tambahan seperti serbuk coklat dan pes kurma. Susu kurma merupakan hot selling terutamanya pada bulan Ramadan kerana mengandungi pes kurma tanpa tambahan gula. Produk Farm Fresh yang lain adalah seperti cafe latte, susu pisang, susu strawberi dan yang terbaru cafe latte tongkat ali. Susu berperisa selain kurma ada tambahan gula, pewarna dan perisa natural. 

Susu Tanpa Lactose (Lactose free)

Lactose intolerence adalah keadaan di mana perut kekurangan enzim lactase untuk menghadam gula lactose yang terdapat dalam susu. Simptom yang boleh berlaku adalah cirit-birit, kembung dan memulas. Susu lactose free kandungannya masih susu lembu tapi ditambah enzim lactase bagi memudahkan mereka yang mempunyai masalah lactose intolerance mendapatkan khasiat susu. 

Susu Berasaskan Tumbuhan 

Susu ini diperoleh daripada ekstrak kekacang dan bijirin seperti soya, badam dan oat. Bagi vegetarian, susu badam adalah alternatif yang popular walaupun harganya agak mahal. Susu ini turut menjadi pilihan mereka yang mempunyai lactose intolerance. 

Farm Fresh Harga Terkini  

SIZE 125ML

HARGA (RM)

Fresh Milk

1.70

Kurma Milk

1.80

Banana Milk

1.80

Chocolate Milk

1.70

Soy Milk

1.70

Yogurt Strawberry

1.70

Yogurt mixed

1.70

Yogurt mango

1.70

Grow up

1.80

Yarra strawberry

1.50

Yarra full cream

1.50

Yarra chocolate

1.50


SIZE 200ML

HARGA (RM)

Fresh Milk

2.60

Kurma Milk

2.80

Café Latte

3.00

Café Latte Tongkat Ali

4.00

Chocolate Milk

2.60

Milk Lactose Free

2.70

Soy Milk

1.90

Chocolate Milk with Soy

1.90

Yogurt Strawberry

2.60

Yogurt mixed

2.60

Yogurt mango

2.60

Henry Jones  & Co OrganicA2 Protein Milk

3.10

Almond Milk

3.70

Almond Unsweetened

3.70

Oat Milk

3.70

Lactose free

2.80

Almond barista

3.40

Oat barista

3.40

Grow Up

2.80

Yarra Chocolate

2.00

Yarra Full Cream

2.00

Yarra Strawberry

2.00


SIZE 1L

HARGA (RM)

Fresh Milk

7.90

Kurma Milk

10.00

Yarra Full Cream

6.00

Master Barista

6.50

Chocolate Milk

7.90

Soy Milk

6.50

Chocolate Milk with Soy

6.50

Henry Jones  & Co OrganicA2 Protein Milk

9.40

Almond Milk

13.50

Almond unsweetened

13.50

Oat Milk

13.50

Latar belakang syarikat Farm Fresh 

Syarikat Farm Fresh Sdn Bhd dimilki oleh The Holstein Milk Company Sdn Bhd yang diterajui oleh Loi Tuan Ee sejak 2010. Beliau dibantu Encik Azmi Zainal, COO yang lebih dikenali sebagai Boss Susu. Terkini Farm Fresh mempunyai 5 ladang di Malaysia dan 2 ladang di Australia. Produk Farm Fresh bukan sahaja terkenal di Malaysia malah dieksport ke Singapura, Brunei, Filipina dan Indonesia. Produk-produk keluaran Farm Fresh seperti susu dan tenusu telah mendapat sijil Halal daripada JAKIM. 

Ladang Farm Fresh UPM 

Farm Fresh bekerjasama dengan UPM untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Ladang Tenusu bagi memberi pendedahan tentang industri tenusu dan ladang haiwan ternakan. Banyak aktiviti keluarga dapat dilakukan di sini seperti melawat ternakan, petting zoo, belajar tentang kitar semula dan membeli produk Farm Fresh. 

Lokasi: Farm Fresh @ UPM, Seri Kembangan, Selangor 

Waktu operasi: Hari Bekerja 10 pagi - 7 petang (masuk terakhir: 5 petang) 
Hujung Minggu 10 pagi - 8 malam (masuk terakhir: 6 petang) 
Tutup pada hari Isnin

Harga Tiket:
Dewasa RM15
Kanak-kanak 4-12 tahun (4 tahun ke bawah free) RM10
Warga Emas (60 tahun ke atas) RM10

Jom Cha by Farm Fresh 

Farm Fresh turut mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka kiosk minuman yang diberi nama Jom Cha by Farm Fresh, menawarkan 19 jenis minuman berasaskan susu segar dan yogurt. Dah ada lebih 25 cawangan Jom Cha di Malaysia dan mereka turut memperkenalkan soft serve ice-cream berperisa yogurt. 

Farm Fresh Grow

Susu Formula UHT adalah produk terbaru Farm Fresh yang mensasarkan pengguna dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar dengan kelebihan bebas daripada maltodextrin, sucrose dan minyak sayuran sepertimana yang terdapat pada kebanyakan susu formula di pasaran. Farm Fresh Grow merupakan produk susu yang diperbuat daripada susu lembu semulajadi. Ia diformulasikan khas untuk menyokong pertumbuhan yang optimum. Produk ini mengandungi DHA (Alga) yang membantu perkembangan otak, Serat Inulin untuk kesihatan pencernaan, serta sumber semulajadi Kalsium dan Vitamin D untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat. 

Tambahan pula, produk ini juga mengandungi protein yang penting untuk pembangunan badan dan ia diperkaya dengan 22 vitamin dan mineral tambahan untuk memastikan kecukupan nutrisi dalam pemakanan harian. Farm Fresh Grow adalah pilihan yang baik bagi mereka yang ingin memberikan nutrisi terbaik kepada anak-anak untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Farm Fresh Yogurt 

Yogurt melalui proses fermentasi di mana bakteria baik seperti Bifidobacterium, L.Acidophilus, L.Bulgaricus, S.Rhamnosus & S.Thermophilus ditambahkan ke dalam susu untuk mengubah laktosa (gula susu) menjadi asid laktik. Proses ini memberikan tekstur dan rasa khas yogurt. Farm Fresh probiotic count lebih daripada 50 billion menjadikannya tertinggi di pasaran.

Yogurt dikenali sebagai sumber protein berkualiti tinggi yang penting untuk pembentukan tisu dan pemulihan badan. Selain itu, yogurt juga kaya dengan kalsium untuk sokongan pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat. Kebanyakan varieti yogurt juga mengandungi probiotik, mikroorganisma hidup yang dapat memberi faedah kepada sistem pencernaan dan usus. 

Farm Fresh Yogurt

Ingredient

Kalori per 100ml (kcal)

Natural Yogurt 400g/1.5kg

Susu lembu, live cultures

65.0

Skinny natural yogurt 400g/1.5kg

Susu lembu, live cultures

46.3

Yarra Natural Yogurt 470g/1.4kg

Pepejal susu, live cultures

57

Natural Farm Yogurt 120g

Susu lembu, live cultures, stabiliser

115.2 

Mixberries Farm Yogurt 120g

Susu lembu, mix fruits, sugar, live culture, stabiliser

110.4

Strawberry Farm Yogurt 120g

Susu lembu, strawberry, sugar, live culture, stabiliser

99.6

Mango Farm Yogurt 120g

Susu lembu, mango, sugar, live culture, stabiliser

116.4

Natural Greek Yogurt 120g/470g

Susu lembu, live cultures, stabiliser

126.8

Apricot seed Greek yogurt

Susu lembu, apricot, chia seed, flax seed, pumpkin seed, quinoa. Sunflower seed, sugar, live culture, stabilizer

147.0

Mulberries & Strawberries Greek yogurt

Susu lembu, mulberry, strawberry, sugar, live cultures, stabiliser

140.2

Kebaikan susu Farm Fresh untuk kesihatan 

Menguatkan jisim tulang 

Kalsium dan Vitamin D di dalam susu membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Selain itu, susu juga perlu diambil oleh golongan wanita yang hampir menopaus bagi mencegah risiko osteoporosis. Bayi di atas umur 1 tahun turut digalakkan pemberian susu full cream bagi menyokong tumbesaran tulang disamping susu ibu dan makanan pejal. 

Memulihkan otot selepas bersenam 

Jumlah protein yang tinggi di dalam segelas susu (250ml) iaitu sebanyak 8gram menjadikannya hidangan yang paling sesuai diambil selepas bersenam. Bukan sahaja memberi tenaga, susu turut membina dan memulihkan otot. 

Mengurangkan risiko penyakit kronik 

Kandungan vitamin dan mineral seperti potassium, kalsium dan magnesium dalam susu membantu dalam pengawalan tekanan darah dan melindungi kesihatan jantung. Selain itu, zat besi yang tinggi membantu pengeluaran sel darah merah dan mengelakkan risiko anemia terutamanya pada ibu mengandung. 

Berapa kalori susu Farm Fresh?

JENIS SUSU

KALORI 100ML (kcal)

Fresh milk

65

Skinny milk (low fat)

44.3

Full cream

65

Chocolate milk

90

Kurma milk

80.2

Café latte

73

Yogurt drink

59.6

Soy milk

58

Oat milk

71

Almond milk

53


Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan pengambilan 2 gelas susu iaitu 250ml segelas sehari bagi semua peringkat umur kerana banyak kebaikan dalam produk susu dan tenusu ini. Kalori bagi 250ml susu segar ialah 160kcal sahaja. Bagi yang ingin menyediakan minuman kegemaran kopi sebagai sarapan pagi, penggunaan susu segar atau full cream adalah lebih baik daripada krimer pekat manis. Tambahan lagi, serbuk kopi segera pula carilah yang 100% coffee beans tanpa tambahan gula atau marjerin kerana hampir tiada kalori. Contoh jenama serbuk kopi "freeze dried" di pasaran ialah:
  • Essenso 
  • Nescafe Gold 
  • Moccona 
  • Davidoff 

Resipi Sihat Berasaskan Susu Farm Fresh 

Iced Latte 

Bahan-bahan 
1 sudu makan serbuk kopi segera
250ml susu segar 

Cara-caranya 
Bancuh serbuk kopi dengan sedikit air panas 
Froth susu guna milk frother 
Campurkan dengan bancuhan kopi dan letakkan ais. 

Overnight Oat 

Bahan-bahan 
3 sudu makan rolled oat
250ml susu segar 
Buah-buahan pilihan seperti pisang atau epal
Kacang badam atau gajus 10 biji (boleh juga diganti dengan 1 sudu besar mentega kacang Yogood)

Cara-caranya 
Campurkan semua bahan dan simpan di dalam peti sejuk semalaman
Sedia dimakan sebagai sarapan

Puding mangga 

Bahan-bahan 
Sebiji mangga ranum 
1 sudu besar serbuk agar-agar asli 
250ml susu segar 

Cara-caranya 
Panaskan susu bersama serbuk agar-agar sehingga larut 
Masukkan ke dalam bekas dan susun mangga yang telah dipotong kiub 
Sejukkan di dalam peti ais 

Kesimpulan 

Mungkin ada segelintir kita yang tak "lalu" untuk minum susu putih, mungkin kerana bau atau rasa. Alternatif lain adalah dengan menyelitkan susu dalam diet harian seperti olah dengan minuman atau makanan. Produk tenusu seperti yogurt dan keju juga boleh diambil. Namun begitu, ramai yang memilih produk tenusu Farm Fresh kerana rasanya sedap dan boleh dinikmati seisi keluarga. Jangan lupa cuba.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Saya suka susu pisang farm fresh. Tapi harga susu farm fresh ni mahal sikit, banding brand lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya perasan harga makin naik.. jadi saya switch UHT full cream je. fresh milk ada mahal sikit

      Padam
  2. Padanlah selalu nampak kedai kopi guna susu farm fresh. Ada sebab lain rupanya. Ingatkan sebab murah ke apa ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul rasanya lebih creamy.. harga tak murah sangat unless borong

      Padam

Close Menu