Gunung Belumut tidak asing lagi bagi penduduk Johor merupakan taman eko rimba (dulu dikenali sebagai Hutan Lipur) dan gunung ke-4 tertinggi di Johor, Malaysia. Gunung Belumut sering menjadi tempat menarik di Johor, lokasi percutian atau healing sambil menikmati keindahan alam dan sejuknya air gunung di sini.
- Gunung Ledang 1276 meter
- Gunung Besar 1035 meter
- Gunung Tiong 1014 meter
- Gunung Belumut 1010 meter
Asal perkataan "belumut" adalah kerana batang-batang pokok di gunung ini dilitupi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau. Batu-batu gunung yang licin dan berlumut juga menjadi asbab nama "belumut".
Gunung Belumut Felda Ulu Dengar, Johor
Cara ke Gunung Belumut
Lokasi: Gunung Belumut Recreational Forest, JohorPeta Gunung Belumut
Waktu operasi di Gunung Belumut
Harga tiket masuk Gunung Belumut
Waktu kami sampai orang dah ramai, waktu tu pukul 1.00 petang. Parking percuma dan luas. Ada 3 jenis kelompok yang akan datang ke gunung iaitu campers, hikers dan berkelah/mandi-manda macam kami. Masa masuk kami perlu bayar RM5 yuran kebersihan.
Campsite Gunung Belumut
Bagi yang nak camping, 1 campsite RM10 (2 orang) boleh pacak mana-mana sahaja di kawasan yang selamat. Baca review campsite sini paling sempoi sebab boleh walk in tanpa booking dan check out lewat petang. Kereta boleh masuk untuk loading barang. Wagon pun mudah lalu sebab jalan bersimen. Ada kemudahan tandas dan sinki berlampu pada waktu malam.
Hiking Gunung Belumut
Gunung Belumut merupakan gunung ketiga tertinggi di Johor iaitu 1010 meter dan air terjun Lata Tengkorak merupakan tumpuan para hikers. Kalau nak hiking, kena ada permit dan pemandu arah yang mahir untuk mendaki mengambil masa 4-5jam. Boleh hubungi SAS Adventure di Facebook untuk trip hiking seterusnya.
Laluan Hiking:
- Pintu gerbang trek pendakian
- Tapak perkhemahan Lata Tengkorak
- Air Terjun Lata Tengkorak
- Hentian Batu Kerang
- Hentian Lara
- Tapak Perkhemahan Kabus
- Puncak Gunung Belumut
Sumber Facebook |
Aktiviti Menarik di Gunung Belumut
- Berkelah dan mandi-manda
- Camping
- Hiking
Kawasan untuk berkelah dan mandi-manda sangat luas walaupun crowd agak ramai. Boleh pilih nak air dalam atau cetek. Sekadar pengenalan untuk Adam kami pilih kawasan air tenang dan cetek untuk earthing/grounding. Janji boleh main pasir, batu sambil berendam air sejuk. Banyak kebaikan kepada kesihatan fizikal dan mental bila kita kembali kepada alam. Pastikan berkaki ayam untuk biarkan electron mengalir ke badan. Kami ada bawa khemah kecil dan kerusi healing untuk berehat dan makan selepas mandi.
Kemudahan dan infrastruktur di Gunung Belumut
- Kemudahan tandas di luar pintu masuk dan di dalam kawasan gunung
- Taman permainan kanak-kanak
- Ruang parking
- Surau
- Sinki
- Laluan berpapan dan bersimen
- Banyak gazebo kalau tak nak bentang tikar di atas tanah
- Tempat untuk masak/BBQ
- Tong sampah
- Ada gerai yang menjual makanan, minuman, pakaian dan pelampung
- Ada juga bhai aiskrim berniaga di sini
Baca juga: Tempat menarik di Maran
2 Ulasan
wah..sambung kat sungai plak yer...
BalasPadamDekat sangat Mummy rugi tak pergi main air kejap..
BalasPadam