Hari ni lunch di Kluang Mall saja. Nampak D'Laksa tapi penuh pula. Dari dulu memang seat terhad. Nasib baik husband perasan OldTown White Coffee ada asam laksa. Actually aku teringin nak lunch nasi keli penyet Mak Ude di Taman Sri Kluang. Keluar rumah drive pun dah tahan teriknya mentari. Lagilah nak makan di warung. Kedai Mak Ude ni sewa office lama husband, jadi dia fahamlah betapa panasnya waktu tengah hari.
OldTown White Coffee
Review Asam Laksa OldTown White Coffee
Asam Laksa di OldTown White Coffee berharga RM14, hidangan yang diberi agak besar bersama sedikit hirisan bawang, salad dan nanas. Timun macam ada tak ada je aku tengok. Kalau letak banyak sayur lagi best. Kuah laksa pekat dengan isi ikan yang sedikit kasar. Rasanya manis, masam dan pedas yang sederhana. Tak ada limau sebab dia dah prepare cukup masamnya. Kuah ikan rasa segar, manis dan tak ada rasa hanyir. Sampai habis aku hirup kuah.
Husband yang kononnya dah kenyang order BBQ Chicken Fried Wanton Dry berharga RM16.40. Rasa mi wantan springy dan kicapnya secukup rasa, tak masin. Side dish ayam, wanton, fishcake dan pakchoy menyempurnakan hidangan ni.
Teh tarik float RM9.50 agak pricey tapi tehnya rasa kuat dan sedikit pahit. Husband suka rasa yang macam ni. Refreshing katanya. Untuk Adam aku belikan Mac and Cheese small RM4.50. Simple dan sedikit cair.
Sejarah OldTown White Coffee
OldTown White Coffee diasaskan pada tahun 1999 di Ipoh, Perak. Menggunakan campuran 3 biji kopi iaitu Arabica, Liberica dan Robusta mereka banyak menghasilkan produk minuman seperti White Coffee Hazelnut. Waktu belajar dulu rajin betul minum kopi 3 in 1 perisa yang ni, memang wangi, nutty dan sedap. Kopitiam pula dibuka pada tahun 2005 dan mereka mempunyai 180 outlet di seluruh Malaysia. Cawangan di luar negara pula ada di Singapura, Hong Kong dan Indonesia.
Menu Rahmah OldTown White Coffee
Mereka turut menyediakan hidangan Rahmah bagi menyahut seruan kerajaan iaitu nasi lemak kosong, sosej dan ayam cincang bersama air limau ais. Senang nak tengok menu di OldTown sebab mereka include sekali bacaan kalori bagi air kopi dan makanan mereka. Antara menu yang aku nak cuba lain kali ialah butter kaya toast yang viral tu dan mi kari mereka, itu pun sedap orang review.
12 Ulasan
Betul, mee kari oldtown sedap, saya pernah try. Pekat kuah dia. Nampak sedap, asam laksanya. 😋
BalasPadamOke next food hunting!
PadamMenu Rahmah tu nampak berbaloi. Kalau masuk OldTown, wajib order mi kari dia. Sedap.
BalasPadamKalau BK yg recommend wajib try hehe
PadamBelum pernah cuba lagi asam laksa Oldtown White Coffee. Agak lama jugak tak menjamu selera di sini. Last bulan March haritu. Tapi agak terkejut juga sebab mangkuk dia dah mengecil dan porsi tak banyak macam dulu. Harga pun dah macam mahal sikit. Tapi tak dinafikan lah makanan disini jarang tak sedap.
BalasPadamBanyak kedai surviving kan zaman sekarang. Kita sebagai pengguna pun terasa kesannya. Memang jarang nak makan chain restaurant, tapi dari segi kualiti dia masih jaga tu bagus kan.
Padampernah makan laksa di sini..not bad jugak la
BalasPadamBetul tu Mummy.. alhamdulillah craving satisfied hehe
PadamLama tak makan Old Town...dah tutup cawangan terdekat area sini dulu .. Mi Kari sedap..boleh try ler... Huhu...
BalasPadambaik sis nona nanti saya cuba hehe
Padamsedapnya asalm laksa tu mmg feveret mama tu
BalasPadammasam-masam pedas memang ngam mama
Padam