Restoran Izaz Ali Makanan Pakistan

Dah lama tak maka kedai Pakistan lepas terkena makanan serba masin di Ayer Hitam. Nasi beriani dan kuah kari untuk cicah roti nan terlebih garam. Dah la bawa mak sekali, terkilan juga waktu tu. Bila husband ajak datang ke Restoran Izaz Ali ni memang berdoa supaya tak masin. Alhamdulillah rezeki kami dapat menikmati makanan yang sedap hari tu. 

Restoran Izaz Ali 

Lokasi: 69, Jln Paloh, Taman Sri Tengah, 86000 Kluang, Johor 

Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 12.00 malam Setiap hari.

https://goo.gl/maps/cjK6uKt8jebnopSd6

Kedai ni baru berusia 3 bulan bertapak di hadapan Masjid Taman Kasih. Husband tahu pun sebab rakan kerja berbangsa Pakistan yang maklumkan. Jadi memang pelanggan di sini ramai orang mereka sahaja la. Jangan tak percaya kalau mereka pesan roti nan bukan sekeping ye. Nan gebu lembut ni berharga RM2/keping. Aku larat makan setengah sebab besar. Manakala ayam tandoori tu pun bungkus bawa balik. Ayam masih juicy dengan perapan yang sederhana. Mungkin boleh improve lagi part ayam.

Husband makan nan dengan chapli kebab iaitu daging cincang yang dicampur rempah, bawang dan sedikit tomato lalu digoreng hingga sedikit garing. Masih terasa manis dan juicy daging, yang penting secukup rasa. Gabung pula dengan kari kacang kuda, memang padu. 

Dua minuman yang istimewa ialah lassi (yogurt) dan chai, teh yang dibancuh dengan susu lembu. Memandangkan cuaca panas, aku minum lassi sejuk yang dicampur sedikit garam. Refreshing! Husband pula macam biasa teh ais la apa lagi. 



Selain makanan Pakistan, menu kedai mamak biasa pun ada termasuk masakan panas, roti canai dan lauk-pauk bersama nasi putih. Beriani rasa ada tapi aku tak tanya pula. Bila nampak samosa ni aku terus grab sebab teringat masa makan di Manipal. Samosa di sana tak pakai kulit popia, mereka buat kulit sendiri. Samosa masih crispy dan isi kentang terasa bila dicicah mint chutney yang pedas. Kalau ada inti telur lagi sedap hehe... Sebelum ni ada kedai Pakistan juga di Batu 4 tapi tak dapat bertahan disebabkan PKP. Harapnya kedai Izaz Ali ni dapat survive keadaan ekonomi yang mencabar tahun ni dan masa akan datang. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Sedapnya, tengok. Saya dah lama tak makan roti nan dengan ayam tandoori.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ni nur.. rendah kalori, tak ada minyak hehe..

      Padam
  2. Lama juga tak pekena ayam tandoori dan roti nan. Sesekali layankan tekak teringin why not. Samosa makan panas panas memang syok, yang penting rangup. Dah sejuk liat terus boleh patah selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samosa rangup-rangup memang sedap.. ala-ala karipap ye. Tapi yg ni kurang oily. Pandai dia buat.

      Padam
  3. kalau kena yg sedap..memangs edap betul kan....

    BalasPadam

Close Menu