Baru aku tahu rupa-rupanya chili pan mee dicipta di Malaysia. Chef luar negara seperti Marion Grasby yang recreate resipi ni pun cakap chili pan mee makanan popular di Kuala Lumpur. Legit la ni, wajib cuba. Lagi-lagi sekarang ni dah banyak restoran Chinese Muslim.
Chili Pan Mee
Sejarah chili pan mee
Ceritanya pada tahun 1985, pemilik Kin Kin Pan Mee di Chow Kit iaitu Tan Kok Hong terinspirasi untuk menghasilkan hidangan yang pedas ini sebab nampak pelanggannya meletakkan chili oil dalam hidangan mi sup. Jadi dia terus cipta hidangan pan mee yang seakan-akan saiz spaghetti digaul bersama kicap dan diletakkan sedikit chili oil (Sumber therakyatpost).
Akhirnya aku decide untuk rasa chili pan mee di My Chili Noodle, Kluang Mall. Chili pan mee dihidangkan bersama telur goyang (poached egg), ayam cincang, sayur pucuk manis, ikan bilis goreng, bawang goreng, fishcake, fishball, chili oil dan limau. Dari dulu aku memang suka homemade noodle di sini sebab springy dan smooth. Di dalam mangkuk diletakkan campuran kicap yang flavourful dan of course tak masin. Bila pecahkan kuning telur tu, lagi sedap dan berlemak hidangan chili pan mee.
Baca juga:
Walaupun chili oil tu nampak sikit, dah cukup pedas bagi semangkuk hidangan mi ni. Memang betul la chili pan mee dicipta untuk pencinta kepedasan. Ada kedai yang bagi ruang untuk meletakkan sebanyak mana chili oil dalam hidangan, tapi kedai ni dah letak siap-siap. Aku perah air limau di akhir hidangan sebab aku tak nak masam limau kacau rasa hidangan ni. Turned out lagi sedap perah limau sebab dia potong muak dari kuning telur. Rasa jadi lebih balanced dan tak heavy.
Apa rahsia kesedapan chili oil? Ada seorang rakan Facebook yang berbangsa Melayu masak chili oil sendiri. Campuran cili pula yang pedas-pedas iaitu gochugaru, chili flakes dan sichuan peppercorns. Makan dengan dumpling atau wantan memang ngam.
16 Ulasan
Oh... saya pun baru tahu ni.
BalasPadamNak rasa banggalah juga hihihiii.
Syurga makanan kan Malaysia ni hehe
PadamWahh..chef luar acknowledge Malaysian's recipe..tak pernah mkn, boleh try nanti..
BalasPadamBoleh cuba. Dia ala-ala mi tarik tapi sedikit tebal.
PadamTengok gambar, terus rasa teringin.
BalasPadamOn lepas lari..
PadamKalau pedas sangat takutlah
BalasPadamAgak pedas tapi boleh adjust sambalnya Wak..
Padamkita pun suka makan Chili Pan Mee, memang sedap
BalasPadamgeng chinese food ni!
PadamSedapnya.. dumpling pun sedap...Nona suka ni dengan Mee Wantan..hehe
BalasPadamdulu saya prefer mi wantan, tapi bila dah try pan mee rasa sedap juga lah
PadamOo baru tau jugak sejarah chili pan mee ni dari Malaysia. Kena patenkan takut nanti negara jiran claim asal-usul pulak hihi
BalasPadamhaha tu la.. selalunya isu la claim2 ni
Padamyum yum nampak sedap aaa
BalasPadamsedap mama sesekali tukar selera
Padam