Aku memang dah guna produk-produk Tasneem Naturel sejak Adam lahir pada tahun 2020 seperti CF-Rub dan T-Rub sebagai alternatif untuk legakan kembung perut dan selsema. Alhamdulillah dekat Kluang memang ada stokis yang aku sentiasa contact waktu "emergency" kalau anak tak sihat. Rupa-rupanya Neelofa pun pengguna Tasneem bila Bilal sakit. Neelofa guna Tasneem CF-Patch untuk legakan batuk dan selsema Bilal.
Tasneem Patchure
Tasneem Naturel baru keluarkan produk baru iaitu Tasneem Patchure, "wicis" terdiri daripada CF-Patch dan Sleep Tight Patch. Satu perkara yang buat aku percaya dengan Tasneem adalah kerana bahan yang digunakan adalah semulajadi serta mendapat kelulusan FDA. Jangan risau pelekat herba ni tak berbau kuat pun hingga buat bayi dan ahli keluarga lain tak selesa.
Tasneem CF-Patch
Tak ada ibu bapa yang tak risau bila anak selsema. Dah la bayi tak reti hembus hingus lagi. Selain guna sterimar dan nasal aspirator, boleh usahakan guna CF-Patch ni kerana kegunaan CF-patch adalah untuk mengurangkan batuk dan mengeringkan hingus. Selain itu, CF-patch juga membantu lancarkan pernafasan dan menurunkan suhu badan ketika demam.
Baca juga: legakan selsema dengan sterimar
Kebaikan CF-Patch
- Kandungan herba dalam CF-Patch dapat mengatasi batuk yang sering menyakitkan dada anak kecil dengan menurunkan suhu panas tekak yang menyebabkan batuk.
- CF-Patch dapat mengeringkan hingus yang sering terkumpul di dalam hidung lalu menyukarkan anak bernafas memandangkan mereka masih tidak pandai menghembus hingus dan perlukan bantuan.
- Patch herba ini juga dapat mencairkan kahak yang tersekat di kerongkong justeru tiada lagi batuk berkahak, sakit tekak dan kurang selera makan.
- CF-Patch melancarkan pernafasan kerana herba ini juga bertindak untuk menyingkirkan toksin dalam badan dan melegakan paru-paru.
- Jika anak demam, CF-Patch membantu menurunkan suhu badan dan mengeluarkan haba panas yang terperangkap di dalam badan dengan pantas.
Kandungan CF-Patch
- Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb
- Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root
- Heartlef Houttuynia Herb
- Pepperweed & Apricot Seed
Cara tampal CF-Patch
- Buka pelekat utama
- Buka pelekat berbentuk bulat
- Tampal pada bahagian depan dan belakang dada
Tasneem Sleep Tight Patch
Kebaikan Sleep Tight Patch
- Penggunaan patch ini dapat mengatur kitaran tidur yang lebih baik untuk anak kerana mereka memerlukan tidur yang cukup untuk membesar dengan sihat sekurangnya 11-14 jam sehari termasuk tidur siang.
- Tidur yang nyenyak dengan patch ini membantu anak menyimpan memori dengan lebih baik dan mudah untuk belajar.
- Anak juga dapat tidur yang nyenyak dan berkualiti kerana herba ini melancarkan peredaran darah, melegakan saraf dan mengurangkan keradangan. Anak dapat tidur dengan selesa dan mendapatkan mood yang baik ketika bangun.
- Sleep tight patch juga dapat mengurangkan keresahan yang menyukarkan anak untuk tidur. Herba yang digunakan dalam memberi ketenangan dan bersifat anti-depresi.
- Kalau anak sering terjaga di antara waktu tidur, penggunaan sleep tight patch dapat mengurangkan episod terbangun di tengah malam.
- Jika anak demam, tampalkan sleep tight patch kerana ia dapat meredakan sakit badan dan menurunkan suhu panas juga.
Kandungan Sleep Tight Patch
- Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark
- Amber & Raw Dragon Tooth
- Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori
- Angelica Dahurica & Lotus Plumule
Cara tampal Sleep Tight Patch
- Pastikan tangan kita dan badan anak dalam keadaaan kering
- Buka plastik pelekat
- Tampal pada titik akupuntur seperti di bahu, belakang dan pinggul
- Boleh pakai sehingga 6 hingga 8 jam sehari
Baca juga: Menu ringkas legakan selsema
Harga Tasneem Patchure
- CF-Patch RM25 untuk 6 keping
- Sleep Tight Patch RM25 untuk 36 keping
Latar Belakang syarikat Tasneem Naturel
Baca juga review balm CF-Rub
4 Ulasan
Senang je pakai, tinggal lekat. Baby guna pun selamat je
BalasPadamsenang sangat..
PadamUdah Paling Simple Pakai BUat Beby
BalasPadamBetul tu. nanti cuba ye
Padam