Tempat Menarik di Mersing, Johor: Tanjung Penyabong dan Satar Kunita Sri Mersing

Perjalanan mencari tempat menarik di Mersing, Johor dari Teluk Buih diteruskan ke Tanjung Penyabong yang terletak kira-kira setengah jam dari Air Papan. Nak cari Ikan Celup Tepung (ICT) di gerai Nombor 1 la apa lagi. Datang Mersing memang kena cari makanan berasaskan makanan laut. Aku perasan makanan Mersing banyak dipengaruhi Pantai Timur seperti: 

  • Ikan celup telung
  • keropok lekor
  • nasi dagang 
  • satar

Tempat Menarik di Mersing, Johor 

ICT Tanjung Penyabong

Peta ke Tanjung Penyabong

   

Adam dah terlena jadi aku sahaja yang keluar untuk beli ICT. Waktu aku sampai pada pukul 2.00 petang kedai baru nak buka. Kira-kira 15 minit macam tu orang dah beratur panjang, nasib baik tak perlu tunggu lama. 

Aku dapat beli udang, ikan, pulut panggang dan pisang goreng. Sayangnya sotong dan ketam tak ada lagi waktu tu. Tak sure tak ada stock atau belum goreng lagi huhu. 
Baca juga:
Ada makanan lain seperti jelly kelapa, kuih denderam, bubur nasi, nasi lemak, mi goreng dan bubur som-som. Nak order ABC, cendol dan minuman panas/sejuk pun ada. Dari segi harga, aku tengok list harga dah tak update. Udang RM10 untuk 4 keping dan ICT seekor RM3.50. Nasib baik tanya sebab cash cukup-cukup je dekat tangan. Aku perasan sini semua pakai cash tak ada QR pay. 

tempat menarik mersing



ICT ni bagi aku memuaskan dengan kualiti yang baik. Udang dan ikan segar, isi pejal dan manis. Salutan tepung crunchy dan kurang berminyak. Sos cicah pula manis-manis pedas. Memang terkenang memori di Terengganu. Cuma ikan masih sedikit basah-basah, kalau garing sikit lagi sedap. Pisang goreng pula manis dan tak kelat. 

Unik pulut panggang (RM1.00 sebatang) di sini iaitu menggunakan isi ikan berbanding kebiasaan iaitu serunding kelapa warna jingga. Sedikit kecewa kerana guna stapler. Pulut lembut sempurna masaknya, tapi isi ikan agak sedikit masin. 

Mana nak cari yang lagi sedap ye? Satu lagi aku nak cari kuih paung goreng. Tanjung Penyabong memang menjadi destinasi konvoi bermotor dan kaki pancing. Kurang sesuai untuk mandi-manda. Pemandangan sangat cantik dan boleh nampak pulau dengan jelas. 


Pantai Teluk Gorek 

Kami saja pusing-pusing cari mana lagi pantai yang kami boleh mandi di masa akan datang. Jumpa Pantai Teluk Gorek tapi tak dapat turun sebab hujan. Ada beberapa orang pengunjung yang baru sampai kecewa kerana tak dapat turun mandi. 



Gerbang Laut Pulau Mawar

Kami sampai juga di Gerbang Laut Pulau Mawar dan ada bayaran RM5 untuk pengunjung. Kami tak masuk sebab fikirkan Adam masih tidur. Plan kami nak Adam enjoy juga, rugi pula kalau nak pergi Adam tantrum tak cukup rehat. Next time sajalah, janji dah tahu dekat-dekat je semua tempat ni.

Kredit: Akhmal Asyraf

Satar Kunita Sri Mersing, Jalan Makam 

Sebelum balik ke Kluang jangan lupa singgah beli keropok lekor dan satar di Jalan Makam,  Kampung Mersing Kanan. Sepanjang jalan ni memang ramai peniaga yang menjual ole-ole untuk dibawa pulang. Kedai makanan seafood pun ada. 


Ada juga satu kedai cendol yang agak popular di jalan tepi pantai iaitu Cendol Padu Mersing. Nasib baik sempat beli satar sebab aku customer terakhir yang dapat 6 biji untuk RM5.00. Bila makan panas-panas memang sedap. Terasa isi ikan dan kelapa parut yang balance. Rasa manis lebih dominan. Walaupun tergigit cili waktu makan kali pertama, aku tak serik untuk makan kali kedua. 

Di sepanjang jalan ni ada Pasar Tani dan Pasar Malam. Ada beberapa kedai yang menjual makanan dan minuman. Aku belikan apam balik crispy untuk Adam dan air coklat di kedai Air Basah Tekak yang sedap dan pekat untuk husband. 

Kami teruskan perjalanan balik ke Kluang pada pukul 6.00 petang. Husband kalau boleh nak elak memandu pada waktu malam kerana jalan agak mencabar bila gelap. Seronok betul dapat jalan-jalan di Mersing. Kalau ada cadangan makanan dan lokasi menarik, share di komen ye! 


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Baca tentang satar teringat masa balik Malaya minggu lepas, beli otak-otak, pepes dan satar bawa balik homestay.
    Sampai homestay semua berebut nak makan. Akhirnya kita dapat seketul jew satar.... ahaks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduii.. kesian kak Amie nasib baik dapat rasa sikit hehe. Kalau tak semua jadi batu belah batu bertangkup

      Padam
  2. Teringin nak ke Mersing melihat keindahan pantainya. Seafood celup tepung kalau yang fresh tu memang sedap dan menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput datang Mersing ye. Boleh explore sendiri tanpa kos yang tinggi tu saya suka.. jalan healing.

      Padam
  3. seronoknya..dpt jenjalan & makan sedap2....alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki Mummy.. husband saya tu pun kena galakkan invest untuk aktiviti macam ni hehe

      Padam
  4. sebenarnya dari tahun lepas mama terigin nak ke mersing.. atau pergi pulau area situ.. cantik la tempat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya suggest mama ambil pakej pulau hopping Rm150/pax skg ni lagi puas berjalan

      Padam
  5. Indah Betul Malaysia ,saya dari indonesia kagum

    BalasPadam

Close Menu