KFC K-Cheese Crunch ayam goreng cheese ala Korea

Husband tiba-tiba ajak makan ayam KFC untuk dinner sebab alang-alang dah ada di Kluang Parade. Outlet di sini antara yang menjadi pilihan peminat KFC kerana penyediaan ayam mereka lebih sedap berbanding outlet di bandar. Apa lagi aku order la KFC K-Cheese Crunch yang baru tu. 

KFC K-Cheese Crunch


KFC Kluang Parade

Review KFC K-Cheese Crunch

Aku beli K-Cheese Crunch Box Meal yang datang dengan Zinger Burger sekali. Husband order Box Meal ayam goreng biasa. Kita tak akan ulas isu saiz ayam kali ni sebab semua dah maklum saiz agak kecil memandangkan dedak mahal dan sebagainya. Orang kata ayam Texas pun dah kecil tapi bagi aku masih sedikit besar daripada KFC. Satu perkara yang aku suka mestilah bau rempah ayam KFC yang tak berubah dari dulu sampai sekarang, memang wangi dan menyelerakan. Bukan setakat wangi, coating pun rangup dan tak terlalu berminyak. Coating rangup ayam KFC ini dipanggil "kerinting" yang menjadi idaman surirumah/tukang masak untuk menghasilkan ayam goreng ala KFC. 

Sos Korea yang digunakan untuk K-Cheese Crunch adalah gabungan pes cili Korea, pes bijan dan pes kacang soya memberikan rasa yang cukup pedas. Walaupun agak pekat, amount yang diletakkan di atas ayam sikit dan tak menyeluruh. Kalau salut penuh lagi puas makan. Ayam goreng Korea ni Marrybrown, A&W dan Texas dah lama buat dan mereka boleh bagi sos Korea yang banyak, kenapa KFC tak ikut cara mereka? Untuk sos jalapeno cheese yang diletakkan di atas ayam adalah sos yang sama untuk cheezy wedges KFC yang hot selling tu. Gabungan sos Korea dan cheese bukanlah suatu perkara yang asing lagi dan rasanya memang sedap. 

Zinger Burger KFC adalah pioneer kepada burger ayam goreng crispy yang menjadi menu tambahan di kebanyakan kedai burger tepi jalan. Untuk Zinger Burger ayam crispy, masih juicy dan diletakkan sedikit mayo serta cheese. Makan panas-panas memang syiok! Apa yang aku tahu, KFC menggunakan "brine technique" dan "pressure frier" untuk mengekalkan kelembapan ayam dan elak terlalu berminyak.


@syahirnordin_

Replying to @iqaaaaaaa_ Menu KFC baru guys, K-Cheese Crunch. Rating 7.5/10 #KFC #KoreanCheese #FoodFestOnTiktok

♬ 3:03 PM - しゃろう

Menu dan Harga KFC K-Cheese Crunch

MENU

ITEM

HARGA (RM)

2-pc K-Cheese Crunch Combo

2 K-Cheese Crunch

1 Whipped Potato

1 Coleslaw

1 Coca-cola

20.99

3-pc K-Cheese Crunch Combo

3 K-Cheese Crunch

1 Whipped Potato

1 Coleslaw

1 Coca-cola

26.49

K-Cheese Crunch Box Meal

1 K-Cheese Crunch

1 Crispier Fries

1 Zinger Classic

1 Coleslaw

1 Coca-cola

25.49


Resipi mudah ayam goreng cheese ala Korea 

Ayam goreng "KFC"

Bahan-bahan:
Seekor ayam 
3 biji telur 
1/2 cawan tepung Bestari
1 sk lada sulah atau serbuk cili 

Bahan salutan tepung:
1 cawan tepung Bestari pedas 
3 sb tepung beras

Cara-cara:
  • Campurkan tepung Bestari dengan lada sulah atau serbuk cili dan letak sedikit air, adunan ini sedikit cair
  • Kocak telur dan salut ayam dengan telur satu persatu lalu perap di dalam bancuhan tepung tadi selama sejam di dalam peti ais
  • Campurkan tepung Bestari pedas bersama tepung beras. Salut ayam dengan tepung kering dan celup semula dalam bancuhan basah tadi. Lalu gaul semula di dalam tepung kering, tekan-tekan sedikit tepung pada ayam
  • Goreng di dalam minyak yang penuh dalam periuk, api sederhana sahaja. Tunggu ayam perang baru terbalikkan
  • Angkat dan tos minyak ayam atas jaring dan bukan tisu untuk elak bawah ayam menjadi lembap 

Sos Korea

Bahan-bahan 

2 biji bawang putih
1 sudu besar kicap manis
3-4 sudu besar sos gochujang
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar madu

Cara-cara:
  • Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga keperangan
  • Campurkan semua bahan lain dan masak sehingga pekat dan gaul dengan ayam goreng tadi

Sos Cheese

½ ketul butter
½ tin susu cair
1 sudu besar tepung gandum
4 keping cheese
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Mushroom seasoning

Cara-cara:
  • Cairkan butter bersama susu cair. Campurkan dengan tepung gandum yang telah dibancuh dengan air
  • Masukkan cheese, lada hitam, garam dan mushroom seasoning
  • Masak hingga pekat, jika mahu sedikit cair boleh letak sedikit air

Kalori ayam goreng KFC 


Bahagian ayam (1 ketul)

Original (kcal)

Hot & Spicy (kcal)

Drumstick

160

179

Thigh

287

313

Rib

275

328

Breast

342

353

Wing

188

204

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. pergi KFC jarang nak cuba resipi baru. tekak dah terbiasa dengan original / spicy je

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya jarang ke KFC, alang-alang cuba yang terbaru hehe

      Padam
  2. hari tu ada try gak, tapi sos nya kurang so kurang la rasanya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa KFC kedekut sos, kita baru nak support dia

      Padam

Close Menu