Pizza Hut Melts resipi senang je nak buat dekat rumah

Pizza Hut Melts yang diperkenalkan Jun lalu mendapat macam-macam feedback daripada pelanggan setia Pizza Hut. Melts ialah gabungan "crunchy wrap crust" dengan 4 jenis pilihan isian dengan mozzarella cheese. 

Rin dan husband pun excited nak rasa lagi-lagi bila Pizza Hut berkolaborasi dengan Genshin Impact! Rin pernah main game mobile ni dulu, memang best sebab open world. 



Pizza Hut Melts 

Pizza Hut Kluang


Harga dan menu Pizza Hut Melts 

PIZZA HUT MELTS MYBOX (1 MELTS + 1 SIDE + 1 DRINK)

HARGA (RM)

Chicken Mania

16.90

Surfs Up

16.90

Aloha Lover

16.90

BBQ Chicken

16.90


PIZZA HUT MELTS MYBOX X GENSHIN IMPACT

STANDARD SET (STICKER+PHOTOCARD+IN GAME REWARD)

PREMIUM SET (STICKER+PHOTOCARD+IN GAME REWARD+NOTEBOOK)

Chicken Mania

27.90

47.90

Surfs Up

27.90

47.90

Aloha Lover

27.90

47.90

BBQ Chicken

27.90

47.90

 

Ningguang Set

5-18 Julai 2023

Yelan Set

19 Julai – 1 Ogos

Xiangling Set

2 – 15 Ogos

 

Review Pizza Hut Melts 

Set MyBox Pizza Hut Melts x Genshin Impact ni berharga RM27.90 (Standard Set) ada 2 keping melts, fries dan air. Selain itu, kami dapat box special edition, sticker, photocard dan in game reward. 

Kami dapat Pizza Hut Melts Chicken Mania yang sedap, "crunchy wrap crust" dibakar sempurna tapi tak sampai terlalu hangus. Isi ayam pula tak kurang, tak lebih dan masih moist. Cheese boleh tarik panjang juga masa makan. 

Memang enjoyable sebab rangup dan tak rasa masin pun. Melts ni mengingatkan Rin dengan "crunchy thin crust" dari Domino's Pizza. Rin kalau beli pizza memang tak suka crust tebal sebab cepat muak nanti. 




Resipi Pizza Hut Melts 

Husband kata dia nak repeat lagi Melts sebab sedap. Rin cakap dengan dia, tak apa Rin boleh recreate balik Melts, jimat sikit haha. 

Boleh adjust nak isi banyak, cheese banyak ke. Kita pakai bahan-bahan yang mudah je untuk hasilkan kira-kira 3-4 keping Melts.

Bahan-bahan:
  • Wraps Wholegrain atau perisa lain
  • Mozzarella cheese
  • Sos pasta Prego 
  • Isi ayam atau sosej 
  • Bawang merah 
Cara-caranya:
  • Tumis bawang hingga layu bersama potongan ayam atau sosej
  • Tuang sos pasta prego dan kacau hingga sebati, letak sikit air sahaja sebab nak biar sos pekat
  • Letakkan wrap di atas non-stick pan dan sapukan sos serta tabur cheese
  • Biar cheese cair dan wrap sedikit rangup sebelum lipat dan angkat 

pizza hut melts resipi




Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu