Asal usul coklat
Coklat adalah sejenis manisan yang terbuat daripada biji koko yang diproses dari pokok
Theobroma cacao. Biji koko dikeringkan lalu dipanggang. Proses penggilingan biji koko menghasilkan massa koko yang juga dikenali sebagai "cocoa liquor", lemak koko dan pepejal koko.
Pepejal koko diproses lalu menjadi serbuk koko. Massa koko dan lemak koko selalunya diproses menjadi bar coklat atau callets digunakan dalam masakan atau dimakan terus setelah dicampur gula, susu, lecithin, perisa vanilla ataupun kekacang.
Baca juga:
Asal usul coklat boleh dikesan kembali ke zaman purba di Amerika Tengah, di mana suku Maya dan Aztec telah menggunakan biji koko untuk membuat minuman khas mereka.
Apabila penjelajah Eropah tiba di Amerika, mereka membawa biji koko pulang ke Eropah pada abad ke-16.
Pada awalnya, coklat di Eropah hanya diminum sebagai minuman tetapi kemudian dengan penemuan cara untuk mengendalikan coklat sebagai pepejal, coklat mula digunakan dalam pelbagai bentuk seperti coklat batang dan coklat masakan.
Penjajah Eropah memperkenalkan koko ke Malaysia dan wujudnya banyak ladang koko di sini. Malaysia merupakan pengeluar utama koko di pasaran dunia.
Jenis-jenis coklat masakan
Terdapat beberapa jenis coklat masakan yang biasanya digunakan dalam penyediaan kek, biskut dan pelbagai jenis pencuci mulut. Berikut adalah beberapa jenis coklat masakan yang lazim dijumpai:
Jenis coklat
|
Kegunaan
|
Coklat tulen/Couverture
(Pepejal koko
dan lemak koko)
|
Lebih mahal, berkualiti tinggi dan rumit untuk dikendalikan. Dicairkan untuk menyaluti
biskut, buah, marshmallow. Digunakan untuk menghasilkan praline, truffle.
|
Coklat
masakan/Compound
(Serbuk koko,
gula, lemak sayuran)
|
Terdapat dalam bentuk bar atau coins. Lebih murah, keras
dan stabil. Sesuai untuk pembuatan kek, coklat ganache, biskut, gula-gula.
|
Cip Coklat
(Serbuk koko,
gula, lemak sayuran)
|
Lebih tinggi
gula daripada lemak sayuran untuk tidak mudah cair bila dibakar di dalam
biskut, kek.
|
Cocoa Nibs
(Biji koko
mentah yang dipanggang lalu ditumbuk kecil)
|
Rasa seakan
coklat kekacang yang lebih pahit dan tidak manis. Digunakan dalam kek dan
biskut.
|
Serbuk koko
(Hasil
perahan biji koko yang dikeringkan dan diproses menjadi serbuk)
|
Terdapat 2 jenis serbuk koko iaitu semulajadi (acidic) dan "dutched" (neutral). Digunakan dalam
pembuatan kek dan minuman coklat.
|
Setelah kita tahu perbezaan jenis coklat di pasaran, setiap jenis di atas terbahagi pula kepada beberapa perisa mengikut kandungan koko di dalamnya seperti coklat gelap dan coklat susu.
Perisa coklat dan kandungan koko
Peratusan koko dibawah mewakili komponen massa koko, lemak koko dan pepejal koko di dalam coklat. Semakin tinggi peratusan koko, semakin pahit dan deep rasa coklat dalam dessert kita.
Coklat yang lebih pahit digunakan jika adunan akan dicampur bahan lain yang lebih manis untuk menyeimbangkan rasa hidangan.
Perisa coklat di bawah tersedia untuk coklat masakan dan coklat yang sedia untuk dimakan yang biasa terdapat di pasaran.
Secara umumnya coklat gelap mempunyai sedikit tambahan gula, namun begitu terdapat juga pilihan "unsweetened" dark chocolate bagi yang mementingkan kesihatan. Yang penting baca isi kandungan sebelum pilih coklat.
Perisa coklat
|
Kandungan
|
Serbuk koko unsweetened
|
100% koko
|
Coklat gelap
|
70-90% koko,
gula
|
Coklat bittersweet
|
65% koko,
gula
|
Coklat semisweet
|
50-60% koko,
gula
|
Coklat susu
|
20-30% koko,
gula, susu
|
Coklat putih
|
Lemak koko,
gula, susu
|
Perbezaan serbuk koko dan serbuk coklat
Serbuk koko dan serbuk coklat adalah dua bahan yang sering digunakan dalam masakan dan pembuatan pencuci mulut. Walau pun mereka kedengaran serupa, terdapat perbezaan penting di antara mereka.
Serbuk koko diperoleh dari biji koko yang dipanggang, dikisar, dan diasingkan daripada lemaknya. Ia mempunyai cita rasa pahit dan pekat, serta warna gelap.
Serbuk koko digunakan untuk membuat minuman coklat panas, kek coklat, dan pelbagai jenis pencuci mulut. Ia juga boleh digunakan dalam adunan untuk memberi rasa coklat pada hidangan.
Di sisi lain, serbuk coklat merujuk kepada campuran serbuk koko bersama gula dan mungkin juga lemak. Serbuk coklat cenderung mempunyai cita rasa manis dan lebih ringan dari segi warna berbanding serbuk koko. Ia digunakan dalam produk seperti minuman coklat segera, pencuci mulut, dan adunan untuk kek atau biskut.
Jadi, perbezaan utama antara serbuk koko dan serbuk coklat terletak pada asal-usul, rasa, dan kegunaan mereka dalam masakan dan produk makanan.
Resipi Coklat ala Royce Khairul Aming
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan whipping cream
350g bitterweet chocolate
50g unsalted butter
Serbuk koko
Cara-cara:
- Panaskan whipping cream bersama unsalted butter hingga cair
- Tuang adunan whipping cream yang panas ke dalam coklat di dalam bekas dan kacau hingga semua coklat cair dan sebati.
- Alas loyang dengan baking paper dan tuang adunan coklat. Hentak sedikit untuk keluarkan gelembung udara
- Sejukkan di dalam peti ais selama 4-5 jam
- Potong kecil dan taburkan serbuk koko.
Kebaikan coklat dan kandungan kimia dalam coklat
Flavanol
Flavanol adalah sejenis antioksidan yang terdapat dalam coklat gelap. Ia membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidatif dan boleh meningkatkan fungsi pembuluh darah serta membantu menurunkan tekanan darah.
Teobromin
Teobromin adalah bahan kimia dalam coklat yang memberikan rasa rangsangan dan memberi manfaat kepada sistem kardiovaskular dengan membantu melonggarkan pembuluh darah dan meningkatkan aliran darah.
Serotonin
Coklat mengandungi serotonin, sejenis bahan kimia yang boleh meningkatkan perasaan gembira dan mengurangkan tekanan serta kegelisahan.
Feniletilamina
Bahan kimia ini dapat meningkatkan perasaan senang dan euforia dalam otak, memberikan sensasi positif.
Zink
Coklat mengandungi zink, sejenis mineral yang penting untuk sistem imun dan pemulihan tisu tubuh.
Magnesium
Coklat juga mengandungi magnesium, yang penting untuk fungsi otot, jantung, dan sistem saraf.
Zat besi
Kandungan zat besi dalam coklat membantu dalam pengangkutan oksigen dalam darah dan kesihatan sel darah merah.
Serat
Coklat hitam yang tinggi kandungan biji koko dapat menyumbangkan kepada pengambilan serat, yang penting untuk pencernaan yang sihat.
Walaupun terdapat manfaat-manfaat ini, penting untuk mengambil coklat dalam jumlah sederhana. Digalakkan ambil coklat gelap dengan kandungan koko yang lebih tinggi, untuk mendapatkan manfaat kesihatan tanpa mengabaikan pengambilan kalori dan gula yang berlebihan.
Jenama coklat terkenal
Jenis-jenis coklat komersial yang popular di pasaran sudah tentu coklat susu seperti coklat Cadbury, Hershey's dan Kit Kat. Namun begitu bagi yang mementingkan kesihatan, dark chocolate, semi-sweet atau bittersweet menjadi pilihan utama ketika membeli coklat.
Walaupun rasanya pahit, kebanyakan pengeluar telah menghasilkan resipi coklat yang sedap berlemak dan enjoy untuk dinikmati lagi-lagi bila dicampur dengan kekacang dan buah kering.
Tips memilih coklat yang Halal/Muslim-friendly
- Selain logo halal JAKIM, logo halal yang diperakui oleh JAKIM di luar negara juga boleh diterima. Ada lebih 80 badan pensijilan halal luar negara yang terlibat. Rujukan Portal Halal Malaysia
- Jika tiada logo halal, semak jika coklat dilabel sebagai sesuai untuk vegetarian/vegan. Dengan ini kita dapat tahu bahawa sumber bahan penstabil adalah daripada tumbuhan seperti soya.
- Baca senarai kandungan dan beri tumpuan kepada bahan tambahan seperti perisa/alkohol, gelatin, lecithin, gliserin/gliserol dan glyserides. Gunakan Google Translate jika ia ditulis dalam bahasa asing.
- Pilih coklat yang mengandungi senarai kandungan yang paling ringkas dan sedikit.
Jenama coklat terkenal
|
Negara Pengeluar
|
Cadbury
|
UK
|
Kit Kat
|
Switzerland
|
Ferrero
Rocher
|
Itali
|
Toblerone
|
Switzerland
|
Hershey's
|
US
|
Lindt
|
Switzerland
|
Ritter Sport
|
Jerman
|
Milka
|
Switzerland
|
Mars
|
US
|
Nestlé
|
Switzerland
|
Kinder
|
Itali
|
Beryl's
|
Malaysia
|
Choki-Choki
|
Indonesia
|
Royce
|
Jepun
|
Daim
|
Sweden
|
Destinasi Menarik Penggemar Coklat
Coklat Langkawi Haji Ismail Group (HIG) Chocolate Outlet
Alamat: No. 23, 25 & 27, Jalan Pandak Mayah 6, Pusat Bandar Kuah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6.30 petang, Cuti Jumaat
HIG Chocolate Outlet menawarkan pelbagai jenama coklat dan produk-produk kraf tangan tempatan dengan harga yang lebih berpatutan. Anda juga boleh menjumpai pelbagai jenis barangan coklat di sini.
Billion Duty Free Supermarket
Alamat: Kuah, Persiaran Putera, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Berada di Langkawi Fair Shopping Mall, Billion merupakan tempat membeli-belah yang popular di Malaysia menawarkan bermacam jenis coklat sedap dengan harga yang berpatutan.
Coco Valley
Alamat: Underwater World, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Terletak di Pantai Cenang, Coco Valley adalah sebuah butik coklat yang menawarkan pelbagai jenis coklat dan produk berasaskan coklat, seperti biskut coklat dan hiasan coklat, dengan harga yang berpatutan.
|
Kredit Lemon8 elaineys |
Aktiviti cuti sekolah di Muzium Coklat
Muzium Coklat di Malaysia adalah destinasi menarik yang memberikan maklumat dan pengalaman interaktif tentang sejarah, proses pengeluaran, dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan coklat.
Selain lawatan sambil belajar, ada juga kelas pembuatan coklat dan lebih 100 jenis coklat untuk dibeli. Boleh walk-in jika tidak lebih dari 10 orang.
Alamat: 2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 4.30 petang
No telefon: 03-7490 4260
Harga Tiket Muzium 1 : Percuma
Harga Tiket Muzium 2:
- Dewasa RM5
- Kanak-kanak RM3
- Tadika RM2
- Kanak-kanak bawah 3 tahun dan OKU Percuma
Lawatan Sambil Belajar Kilang Coklat Beryl's
Coklat Beryl's adalah jenama coklat yang terkenal di Malaysia, dan ia memiliki sejarah yang menarik dalam industri coklat di negara ini. Beryl's Chocolate & Confectionery Sdn Bhd, yang lebih dikenali sebagai Beryl's, ditubuhkan pada tahun 1995 di Malaysia. Ia bermula sebagai sebuah perusahaan kecil yang menghasilkan coklat dengan tenaga kerja yang terhad.
Sejak penubuhannya, Beryl's telah berkembang dengan pesat dan mendapat tempat di pasaran coklat tempatan dan antarabangsa. Jenama ini terkenal dengan pelbagai jenis produk coklat berkualiti tinggi dan kreatif yang diproses di Malaysia.
Lawatan sambil belajar ke kilang Beryl's dibuka untuk orang awam untuk belajar tentang sejarah dan proses pembuatan coklat di galeri.
Alamat: 2, 1, Jalan Raya 7, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Waktu lawatan: Isnin hingga Sabtu
- Sesi Pagi: 8.30am – 11.15am
- Lunch Break: 12.00noon – 1.00pm
- Sesi petang : 1.30pm – 3.30pm
Tiket Masuk: Percuma
Borong Coklat di Beryl's Wonderland Seri Kembangan
Bersebelahan dengan kilang, jangan lupa singgah Wonderland untuk membeli-belah di factory outlet dan nikmati aiskrim dan minuman coklat di kafe mereka. Boleh OOTD dengan replika menarik dan hiasan coklat. Wonderland dibuka untuk orang ramai berkunjung ke sini tanpa sebarang bayaran masuk.
Alamat: 10, Jalan 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
No telefon: 012-310 3563
2 Ulasan
menariks...mcm2 tentang choc ni.. MA memang hantu choc jugak dulu.. now pun cuma dah slow down skt la since umur dah makin meningkat ni kannn
BalasPadamPeminat coklat hadir! Nona paling suka dark choc berbanding yang lain..Choc Royce pun sedap, tak terlalu Manis...Teringin pulak Memalam baca pasal coklat ni...
BalasPadam