Bagi yang lahir pada tahun 90-an, kenangan beriadah di Gunung Lambak masih lagi segar dalam ingatan ketika zaman kanak-kanak. Selain mandi-manda di atas gunung, ada kolam besar yang dipenuhi air gunung keruh dan sejuk sebelum taman air dibina.
Selepas beberapa tahun di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kluang, pengurusan Gunung Lambak diberi kepada syarikat swasta Teras Living Sdn Bhd bagi proses menghidupkan semula mercun tanda Kluang ini sebagai pusat eko-pelancongan dikenali sebagai Te'mola Gunung Lambak.
Gunung Lambak
Lokasi Gunung Lambak
Gunung Lambak Recreational Forest, 86000 Kluang, Johor
Ketinggian: 510m
Cara ke Gunung Lambak
Gunung Lambak terletak 5 km dari Bandar Kluang dan jika anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, anda boleh keluar melalui Air Hitam/Batu Pahat dan terus menuju ke arah Bandar Kluang.
Terdapat dua jalan utama untuk ke sini iaitu melalui Jalan Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin atau Taman Sri Jaya. Dari bandar Kluang atau stesen KTM, ambil teksi atau Grab untuk ke Gunung Lambak.
Baca juga:
Peta Gunung Lambak
Aktiviti menarik di Gunung Lambak
Mendaki Gunung Lambak
Kredit https://gojohor.my/gunung-lambak/ |
Walaupun hanya berketinggian 510m, mendaki Gunung Lambak menuntut stamina yang kuat untuk mengharungi akar kayu dan tebing yang tinggi sepanjang trail.
Permulaan trek bermula dari jambatan gantung, laluan bersimen hingga ke kebun bunga dan herba. Lalu diteruskan dengan laluan mencabar ke puncak iaitu Puncak
Pemancar RTM kira-kira 1-2 jam pendakian. Bila dah tiba di puncak, kebanyakan pendaki akan ke Pokok Besar (Big Tree) dan menikmati keindahan air terjun. Misi juga boleh diteruskan ke puncak kedua iaitu Puncak Selatan.
Harga tiket: Masuk percuma dan tak perlu permit
Baca juga: Gunung Banang
Gunung Lambak Water Park
Kredit Facebook |
Water park menjadi pilihan ibu bapa untuk bawa anak-anak berseronok mandi di sini. Kolam sangat besar dengan pelbagai paras kedalaman yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
Terdapat juga slide untuk bergembira. Makanan tidak dibenarkan bawa masuk tetapi ada kemudahan kiosk jualan di dalam water park. Kemudahan tandas turut tersedia untuk mandi dan tukar pakaian.
Waktu operasi:
Jumaat, Sabtu dan Ahad
11.00 pagi hingga 6.00 petang
Dibuka waktu cuti sekolah dan cuti umum
10.00 pagi hingga 6.00 petang
Harga tiket:
Dewasa RM7
Kanak-kanak RM5
Kanak-kanak RM5
Warga Emas, OKU dan kanak-kanak bawah 3 tahun Percuma
RMZ Petting Land
Kredit Facebook RMZ Petting Land |
Selain flora dan fauna semulajadi di Gunung Lambak seperti monyet, lotong dan tupai, bawa keluarga untuk berinteraksi dengan haiwan eksotik seperti Burmese Albino Phyton dan Red Macaw di zoo mini RMZ Petting Land.
Lokasi baru adalah di sebelah tapak parking atas yang lebih luas, selesa dan lebih banyak binatang untuk dibelai dan diberi makan kuaci.
Facebook: https://www.facebook.com/RMZPettingLand
Baca juga: Kucing
9.30 pagi hingga 6.00 petang
Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad
Harga Tiket:
Dewasa RM9
Kanak-kanak, warga emas dan OKU RM6
Pondok Tujoh Cafe
Kredit Facebook Litll Aqn |
Cafe Gunung Lambak ini menjadi pilihan para pendaki dan penduduk Kluang untuk menikmati hidangan sarapan pagi ala kopitiam dengan suasana nyaman kaki bukit.
Seleksi sarapan selain roti bakar, ada juga roti canai dan hidangan berat seperti nasi ambeng, nasi ayam penyet dan lontong. Cafe ini diusahakan oleh tukang masak dan staff Dzul Catering.
Rabu hingga Isnin & cuti umum
Cuti Selasa
7:30 pagi hingga 4:30 petang
Cuti Selasa
7:30 pagi hingga 4:30 petang
Pasar PACAK
Penuhi hujung minggu dengan kunjungan ke pasar PACAK untuk menikmati pelbagai jenis hidangan dan snek seperti soto ayam, kuetiau goreng, buah-buahan potong dan kopi fresh brew.
Cuci mata dengan pelbagai barangan preloved dan baru seperti jaket hiking, kasut sukan, tudung dan blouse.
Selain itu, mereka turut menganjurkan aktiviti seni kreatif dan permainan untuk kanak-kanak. Tayangan filem dan perlawanan bola pasukan JDT turut disiarkan pada waktu malam.
Facebook: https://www.facebook.com/pacak.mana
Instagram: https://www.instagram.com/pacak.mana/
Waktu operasi:
Jumaat, Sabtu dan Ahad
3.00 petang hingga 12.00 malam
@pacak.mana Final Piala FA 2023 ✅ #jdt #pacak #tepigunung #sitsoccer #wayangpacak #bolasepak #finalpialafa2023
♬ original sound - Pacak - Pacak
Hill & Heal
Kredit Facebook Hill & Heal |
Aesthetic cafe berkonsepkan glass house ini memberi satu pengalaman unik kerana lokasinya di kaki bukit Gunung Lambak.
Menyajikan kopi fresh brew seperti latte dan americano serta hidangan ringkas seperti roti bakar, wrap dan nachos.
Instagram: https://www.instagram.com/Hill.n.Heal
Waktu operasi: Khamis, Jumaat Sabtu & Ahad
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Last order 4.30 petang
No Pork No Lard
Glass house ini juga boleh disewa untuk private gathering/event seperti wedding dan program melalui R.O Memories.
Facebook: https://www.facebook.com/ROMemories
Booking: +60197767637
Kemudahan lengkap di Gunung Lambak
- Surau untuk lelaki dan perempuan
- Tandas lelaki dan perempuan
- Taman permainan kanak-kanak
- Tapak perkhemahan
- Parking yang luas di bahagian bawah dan atas
1 Ulasan
mantap rin
BalasPadam