Kalau dulu resepi ayam bakar sinonim dengan aktiviti BBQ di kawasan perkelahan atau majlis keramaian bersama keluarga. Penyediaannya juga leceh dengan bahan perap yang banyak dan penyediaan ruang bakar menggunakan arang.
Namun begitu, seiring dengan kemajuan teknologi resipi ayam bakar simple dan cepat disediakan menggunakan air fryer dapat memendekkan masa penyediaan hampir 50%!
Resepi ayam bakar sesuai untuk semua golongan terutamanya yang sedang diet kerana hidangan ini rendah kalori dan berkhasiat.
Resepi Ayam Bakar
Ayam bakar ialah hidangan yang lazat dan popular di kalangan masyarakat Malaysia. Prosesnya bermula dengan ayam yang disediakan dengan rempah khas seperti serai, halia, bawang merah, dan bawang putih. Ayam ini kemudian diperap dalam adunan rempah untuk memberikan rasa yang sedap.
Selepas itu, ayam tersebut dimasak di atas api arang atau api dapur yang membakar hingga menjadi keperangan dan kaya dengan aroma rempah yang harum. Selain kaedah ini, ayam bakar boleh dimasak menggunakan non-stick pan, magic pan, oven atau air fryer.
Baca juga:
Proses pemanggangan ini memberikan kepingan ayam luaran yang garing dan luar biasa manakala daging dalaman tetap lembut dan succulent.
Hidangan ayam bakar biasanya disajikan dengan pelbagai jenis sos, seperti sos cili kicap, sos thai atau sambal, untuk menambahkan rasa pedas dan nikmat.
Ia sering disajikan bersama nasi panas atau kentang putar, sayur-sayuran, dan kadang-kadang ulam-ulaman segar. Memang sedap dan menyelerakan.
Kalori ayam bakar vs ayam goreng
Kalori ayam bakar adalah rendah berbanding ayam goreng. 100g ayam bakar mengandungi kira-kira 150kcal berbanding ayam goreng yang boleh mencecah 250kcal.
Resepi ayam bakar diet boleh dipelbagaikan dengan perapan rempah dan sos, simple dan sedap untuk disediakan tanpa modal yang banyak. Jom cuba!
Resepi ayam bakar Khairul Aming
Resepi Ayam Bakar Kewpie
Bahan-bahan:
500gram ayam dipotong sederhana
3 sb Sos Kewpie Roasted Sesame
3 sb Sos Tiram
Serbuk lada hitam
Mixed Herb
2 sb Minyak masak
Cara-cara:
- Gaulkan ayam dengan sos kewpie dan sos tiram dalam anggaran 3 sudu besar
- Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan mixed herb
- Letak minyak dan gaul rata
- Bakar di dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 20 minit.
@khairulaming Ayam Kewpie campur Sambal Nyet. Combination yang sangat sedap dan kick. Korang boleh try, simple je guna air fryer 😁 #makanlokal #sambalnyet
♬ original sound - Khairulaming - Khairulaming
Resepi Ayam Bakar Black Pepper
Bahan-bahan:500g ayam
5 sb sos tiram
1 sb kicap manis pedas
1/3 cawan minyak masak
Cara-cara:
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
6 sb gula
2 1/2 sb garam
1/2 sb serbuk perasa
3 sb Kicap Manis Pedas Mahsuri
3 sb Sos Tiram Mahsuri
1/2 cawan air
Cara-cara:
500g ayam atau kepak ayam
1/2 paket Perencah Black Pepper Seri-Aji®️ 38g
1/4 cawan air
3 ulas bawang putih
1 sb madu
2 sb minyak masak
1/4 cawan air
3 ulas bawang putih
1 sb madu
2 sb minyak masak
Cara-cara:
- Bersihkan ayam dan potong sederhana
- Bancuh perencah black pepper bersama air dan tuang ke dalam ayam
- Campurkan bawang putih yang telah dicincang halus bersama madu dan minyak masak ke dalam ayam dan gaul sebati
- Bakar di dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 15 minit atau hingga sempurna masak.
Resepi Ayam Bakar Tiram Thai
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Sedikit garam 5 sb sos tiram
1 sb kicap manis pedas
1/3 cawan minyak masak
Cara-cara:
- Bersihkan ayam dan potong kecil lalu tabur sedikit garam
- Campurkan ayam dengan sos tiram, kicap manis pedas dan minyak
- Bakar di dalam air fryer selama 20 minit pada suhu 200℃
Sos Thai
Bahan-bahan:
6 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 sb sos tiram
2 sb sos ikan
3 sb gula
3-4 biji limau nipis
Daun ketumbar
6 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 sb sos tiram
2 sb sos ikan
3 sb gula
3-4 biji limau nipis
Daun ketumbar
Cara-cara:
- Tumbuk cili dan bawang putih hingga separa lumat dan campurkan sos dan gula
- Perah air limau tanpa biji dan kacau bersama daun ketumbar yang telah dihiris
Pelbagai peralatan dapur yang boleh digunakan untuk memasak ayam bakar. |
Resepi Ayam Bakar BBQ
Bahan-bahan:2 ekor ayam
3 biji bawang holland
2 biji bawang merah besar
10 ulas bawang putih
6 batang serai
3 biji bawang holland
2 biji bawang merah besar
10 ulas bawang putih
6 batang serai
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
6 sb gula
2 1/2 sb garam
1/2 sb serbuk perasa
3 sb Kicap Manis Pedas Mahsuri
3 sb Sos Tiram Mahsuri
1/2 cawan air
Cara-cara:
- Bersihkan ayam dan potong sederhana
- Kisar semua bahan menggunakan blender dengan sedikit air
- Gaul bahan kisar dengan ayam dan perap semalaman dalam peti ais
- Boleh bakar ayam menggunakan arang tapi jangan terlalu panas untuk elak hangus atau guna sahaja kaedah air fryer seperti di atas
Baca juga: Ayam masak halia
Resepi Ayam Bakar Madu
Bahan-bahan:500g ayam atau kepak ayam
1 inci halia
1 batang serai
5 ulas bawang putih
2 sudu serbuk cili
2 sudu madu
1 sudu sos tiram
Pewarna merah
1 batang serai
5 ulas bawang putih
2 sudu serbuk cili
2 sudu madu
1 sudu sos tiram
Pewarna merah
Sedikit garam
Air
Cara-cara:
Air
Cara-cara:
- Bersihkan ayam atau kepak ayam
- Kisar semua bahan di dalam blender dengan sedikit air
- Tuang ke dalam ayam, gaul rata dan perap untuk beberapa jam
- Boleh bakar di atas non stick pan atau air fryer selama 20 minit pada suhu 200℃
Perapan resepi ayam bakar diet
Resepi asal: https://www.instagram.com/diaryizzxh/
Cara-caranya:
- Kelar dada ayam dan perap menggunakan resepi di bawah
- Jika mahu buat "meal prep" selama seminggu, simpan di dalam peti sejuk beku dan keluarkan malam sebelum nak masak lalu defrost di peti ais bawah.
- Spray sedikit minyak dan boleh bakar guna non-stick pan atau air fryer suhu 180℃ selama 15 minit.
Ayam kari yogurt
- yogurt original
- serbuk kari
- serbuk jintan putih
- serbuk cili
- bawang putih yang cincang
- garam
Ayam fajita
- madu
- serbuk cili
- serbuk jintan putih
- serbuk paprika
- serbuk bawang
- serbuk bawang putih
- jus limau nipis
- garam
Ayam teriyaki
- Kicap cair atau kicap pekat
- Madu
- Bawang putih cincang
- Halia cincang
- Serbuk lada hitam
- Bawang holland
- Garam
Ayam berempah
- serbuk kari
- serbuk cili
- serai, bawang putih, bawang merah dikisar
- Garam
Serbuk perapan ayam bakar diet dan pantang
Mudah nak perap ayam bakar sekarang sebab dah ada banyak serbuk perap ready-made yang dijual di pasaran. Serbuk perap ini pilihan yang lebih sihat kerana kandungannya ialah serbuk rempah ratus dan italian herbs serta rendah garam, bebas gula atau MSG. Berikut ialah jenama serbuk perap yang laris di Shopee.
Kredit gambar: Rafzanfazren |
Paparoger Seasoning
Bahan: serbuk paprika, lada hitam, bawang putih, rosmery, oregano
Rencahmudah Cajun Seasoning
Bahan: rosemary, thyme, oregano, black pepper, paprika, lemon, garlic, salt
Dr Spice Hot Chick Seasoning
Bahan: garlic, onion, salt, cayenne, chili, paprika, black pepper, mustard seed, basil
Skinnyyums Tandoori Spice
Bahan: serbuk paprika, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk bawang, serbuk halia, garam masala
1 Ulasan
Banyak sebenarnya yang berminat dengan resipi Khairul Aming.
BalasPadam