Resepi ayam bakar air fryer cara Khairul Aming simple dan sesuai untuk diet

Kalau dulu resepi ayam bakar sinonim dengan aktiviti BBQ di kawasan perkelahan atau majlis keramaian bersama keluarga. Penyediaannya juga leceh dengan bahan perap yang banyak dan penyediaan ruang bakar menggunakan arang. 

Namun begitu, seiring dengan kemajuan teknologi resipi ayam bakar simple dan cepat disediakan menggunakan air fryer dapat memendekkan masa penyediaan hampir 50%! 

Resepi ayam bakar sesuai untuk semua golongan terutamanya yang sedang diet kerana hidangan ini rendah kalori dan berkhasiat. 

resepi ayam bakar


Resepi Ayam Bakar 

Ayam bakar ialah hidangan yang lazat dan popular di kalangan masyarakat Malaysia. Prosesnya bermula dengan ayam yang disediakan dengan rempah khas seperti serai, halia, bawang merah, dan bawang putih. Ayam ini kemudian diperap dalam adunan rempah untuk memberikan rasa yang sedap.

Selepas itu, ayam tersebut dimasak di atas api arang atau api dapur yang membakar hingga menjadi keperangan dan kaya dengan aroma rempah yang harum. Selain kaedah ini, ayam bakar boleh dimasak menggunakan non-stick pan, magic pan, oven atau air fryer. 


Baca juga:


Proses pemanggangan ini memberikan kepingan ayam luaran yang garing dan luar biasa manakala daging dalaman tetap lembut dan succulent. 

Hidangan ayam bakar biasanya disajikan dengan pelbagai jenis sos, seperti sos cili kicap, sos thai atau sambal, untuk menambahkan rasa pedas dan nikmat.

Ia sering disajikan bersama nasi panas atau kentang putar, sayur-sayuran, dan kadang-kadang ulam-ulaman segar. Memang sedap dan menyelerakan. 

Kalori ayam bakar vs ayam goreng 

Kalori ayam bakar adalah rendah berbanding ayam goreng. 100g ayam bakar mengandungi kira-kira 150kcal berbanding ayam goreng yang boleh mencecah 250kcal. 

Resepi ayam bakar diet boleh dipelbagaikan dengan perapan rempah dan sos, simple dan sedap untuk disediakan tanpa modal yang banyak. Jom cuba!

Resepi ayam bakar Khairul Aming 

Resepi Ayam Bakar Kewpie 

Bahan-bahan:

500gram ayam dipotong sederhana 
3 sb Sos Kewpie Roasted Sesame
3 sb Sos Tiram 
Serbuk lada hitam 
Mixed Herb 
2 sb Minyak masak 

Cara-cara:
  • Gaulkan ayam dengan sos kewpie dan sos tiram dalam anggaran 3 sudu besar
  • Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan mixed herb
  • Letak minyak dan gaul rata 
  • Bakar di dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 20 minit.

@khairulaming

Ayam Kewpie campur Sambal Nyet. Combination yang sangat sedap dan kick. Korang boleh try, simple je guna air fryer 😁 #makanlokal #sambalnyet

♬ original sound - Khairulaming - Khairulaming


Resepi Ayam Bakar Black Pepper

Bahan-bahan:

500g ayam
1/2 paket Perencah Black Pepper Seri-Aji®️ 38g
1/4 cawan air
3 ulas bawang putih
1 sb madu
2 sb minyak masak

Cara-cara:
  • Bersihkan ayam dan potong sederhana 
  • Bancuh perencah black pepper bersama air dan tuang ke dalam ayam 
  • Campurkan bawang putih yang telah dicincang halus bersama madu dan minyak masak ke dalam ayam dan gaul sebati
  • Bakar di dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 15 minit atau hingga sempurna masak. 

Resepi Ayam Bakar Tiram Thai

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam 
Sedikit garam 
5 sb sos tiram 
1 sb kicap manis pedas 
1/3 cawan minyak masak 

Cara-cara:
  • Bersihkan ayam dan potong kecil lalu tabur sedikit garam 
  • Campurkan ayam dengan sos tiram, kicap manis pedas dan minyak
  • Bakar di dalam air fryer selama 20 minit pada suhu 200℃

Sos Thai

Bahan-bahan:
6 biji cili padi
5 ulas bawang putih 
1 sb sos tiram
2 sb sos ikan 
3 sb gula 
3-4 biji limau nipis 
Daun ketumbar 

Cara-cara: 
  • Tumbuk cili dan bawang putih hingga separa lumat dan campurkan sos dan gula
  • Perah air limau tanpa biji dan kacau bersama daun ketumbar yang telah dihiris 

resepi ayam bakar
Pelbagai peralatan dapur yang boleh digunakan untuk memasak ayam bakar.


Resepi Ayam Bakar BBQ

Bahan-bahan:

2 ekor ayam 
3 biji bawang holland
2 biji bawang merah besar 
10 ulas bawang putih 
6 batang serai

1 sb jintan manis 
1 sb jintan putih 
6 sb gula 
2 1/2 sb garam 
1/2 sb serbuk perasa 
3 sb Kicap Manis Pedas Mahsuri
3 sb Sos Tiram Mahsuri 
1/2 cawan air

Cara-cara:
  • Bersihkan ayam dan potong sederhana 
  • Kisar semua bahan menggunakan blender dengan sedikit air 
  • Gaul bahan kisar dengan ayam dan perap semalaman dalam peti ais 
  • Boleh bakar ayam menggunakan arang tapi jangan terlalu panas untuk elak hangus atau guna sahaja kaedah air fryer seperti di atas 

Baca juga: Ayam masak halia 

 

Resepi Ayam Bakar Madu

Bahan-bahan:

500g ayam atau kepak ayam
1 inci halia 
1 batang serai 
5 ulas bawang putih 
2 sudu serbuk cili 
2 sudu madu 
1 sudu sos tiram 
Pewarna merah 
Sedikit garam 
Air 

Cara-cara:
  • Bersihkan ayam atau kepak ayam 
  • Kisar semua bahan di dalam blender dengan sedikit air 
  • Tuang ke dalam ayam, gaul rata dan perap untuk beberapa jam 
  • Boleh bakar di atas non stick pan atau air fryer selama 20 minit pada suhu 200℃

Perapan resepi ayam bakar diet


Cara-caranya:
  1. Kelar dada ayam dan perap menggunakan resepi di bawah 
  2. Jika mahu buat "meal prep" selama seminggu, simpan di dalam peti sejuk beku dan keluarkan malam sebelum nak masak lalu defrost di peti ais bawah. 
  3. Spray sedikit minyak dan boleh bakar guna non-stick pan atau air fryer suhu 180℃ selama 15 minit. 

Ayam kari yogurt

  • yogurt original
  • serbuk kari
  • serbuk jintan putih
  • serbuk cili
  • bawang putih yang cincang
  • garam

Ayam fajita

  • madu
  • serbuk cili
  • serbuk jintan putih
  • serbuk paprika
  • serbuk bawang
  • serbuk bawang putih
  • jus limau nipis
  • garam

Ayam teriyaki

  • Kicap cair atau kicap pekat
  • Madu
  • Bawang putih cincang
  • Halia cincang
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang holland
  • Garam

Ayam berempah 

  • serbuk kari
  • serbuk cili
  • serai, bawang putih, bawang merah dikisar 
  • Garam

 

Serbuk perapan ayam bakar diet dan pantang 

Mudah nak perap ayam bakar sekarang sebab dah ada banyak serbuk perap ready-made yang dijual di pasaran. Serbuk perap ini pilihan yang lebih sihat kerana kandungannya ialah serbuk rempah ratus dan italian herbs serta rendah garam, bebas gula atau MSG. Berikut ialah jenama serbuk perap yang laris di Shopee.

Kredit gambar: Rafzanfazren


Paparoger Seasoning

Bahan: serbuk paprika, lada hitam, bawang putih, rosmery, oregano

Rencahmudah Cajun Seasoning 

Bahan: rosemary, thyme, oregano, black pepper, paprika, lemon, garlic, salt 

Dr Spice Hot Chick Seasoning

Bahan: garlic, onion, salt, cayenne, chili, paprika, black pepper, mustard seed, basil 

Skinnyyums Tandoori Spice

Bahan: serbuk paprika, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk bawang, serbuk halia, garam masala 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Banyak sebenarnya yang berminat dengan resipi Khairul Aming.

    BalasPadam

Close Menu