Rin kenal shawarma masa belajar di Manipal, India dulu. Memang selalu beli untuk dinner mahupun snacking lewat malam sebab shawarma boleh digelar sebagai "soul food" yang lengkap karbohidrat, tinggi protein dan fiber. Senang nak "spot" shawarma ni iaitu mesin pemanggang atau dikenali sebagai "rotisserie" sering diletak di hadapan pintu masuk mana-mana kedai Arab. Shawarma juga sering dikenali sebagai doner kebab.
Shawarma
Asal usul shawarma
Shawarma adalah hidangan popular Timur Tengah yang berasal dari zaman Khalifah Uthmaniyah terdiri dari daging yang dipotong menjadi hirisan tipis, dilapiskan dalam bentuk kon terbalik dan dipanggang pada rotisserie atau tusuk yang berputar perlahan. Biasanya dibuat dengan daging lembu, ayam turki, kambing atau ayam. Hirisan tipis dipotong dari permukaan yang dimasak ketika rotisserie terus berputar lalu disajikan dengan roti pita seperti sandwich atau wrap. Shawarma adalah makanan jalanan yang popular di wilayah Timur Tengah yang lebih luas, termasuk Mesir, Kuwait, Irak, dan Levant, juga disajikan secara luas di Arab Saudi.Cara penyediaan shawarma
Shawarma disediakan daripada potongan nipis daging lembu, kambing atau ayam yang telah diperap dengan rempah. Potongan-potongan ini disusun pada sebatang tusuk setinggi kira-kira 60 cm. Sebahagian lemak mungkin ditambahkan ke dalam susunan daging untuk memberikan rasa dan kelembutan yang lebih. Sebatang tusuk yang bermotor perlahan-lahan memutar susunan daging di hadapan elemen pemanas elektrik atau gas, memanggang lapisan luar daging secara berterusan. Daging dipotong untuk dihidang biasanya dengan menggunakan pisau panjang atau pisau gergaji elektrik.
Baca juga:
Rempah-rempah yang digunakan mungkin termasuk jintan putih, buah pelaga, kayu manis, kunyit atau paprika. Shawarma biasanya disajikan dalam bentuk sandwic atau dibalut dalam roti seperti pita atau laffa. Di Timur Tengah, shawarma ayam biasanya disajikan dengan sos bawang putih, kentang goreng, dan jeruk. Sos bawang putih yang disajikan bersama sandwic bergantung kepada jenis daging. Toum atau sos toumie diperbuat daripada bawang putih, minyak sayuran, lemon, dan putih telur atau kanji, dan biasanya disajikan dengan shawarma ayam. Sos tarator diperbuat daripada bawang putih, sos tahini, lemon, dan air, dan disajikan dengan shawarma daging.
Resipi Shawarma Daging
Resipi Asal: Ummu Ashraf
Roti Laffa
1 1/2 cawan air suam1 sk gula
1 sb yis kering
3 cwn tepung gandum
2 sk garam
1-2 sb minyak zaitun
Cara-cara:
- Satukan yis bersama air suam dan gula dan tunggu hingga berbuih
- Campurkan ke dalam adunan tepung bersama garam dan uli selama 5 minit
- Masukkan minyak zaitun dan uli hingga tak melekat di tangan
- Masukkan dalam bekas dan biar kembang 2x ganda, tutup bekas dengan kain
- Bila adunan dah kembang, tumbuk untuk keluarkan angin dan bahagikan 8 bahagian
- Bulat dan canai nipis lalu masak di atas non stick pan
- Tunggu hingga gelembung muncul dan terbalikkan. Masak selama 30 saat hingga 1 minit
Bahan perapan daging shawarma:
1 kg daging bahagian culotte/steak
Bahan kisar kering
3 ulas bawang putih
1 sk cengkih
1 sk garam
1 sk jintan manis
1 sk “all spice”
1/2 sk serbuk buah pelaga
1/2 sk serbuk kayu manis
1/2 sk oregano/thyme
1/2 sk serbuk buah pala
1/2 sk lada hitam
1/4 sk serbuk halia
1 sk cengkih
1 sk garam
1 sk jintan manis
1 sk “all spice”
1/2 sk serbuk buah pelaga
1/2 sk serbuk kayu manis
1/2 sk oregano/thyme
1/2 sk serbuk buah pala
1/2 sk lada hitam
1/4 sk serbuk halia
Bahan basah
1/4 sk serbuk cili
1/4 cwn jus lemon segar
1/4 cwn cuka putih
1/4 cwn minyak zaitun
1/4 sk serbuk cili
1/4 cwn jus lemon segar
1/4 cwn cuka putih
1/4 cwn minyak zaitun
Cara-cara
- Campur bahan kisar kering bersama bahan basah dan perap 1kg daging semalaman, simpan di dalam peti ais.
- Keluarkan daging dan grill di atas non stick pan hingga setengah masak
- Rehatkan daging sebentar dan potong nipis lalu masak hingga masak
Sos Tahini:
2 sk pes tahini3 ulas bawang putih
1/2 cwn jus lemon
1/2 cwn jus lemon
1 sk garam
Cara-caranya:
- Kisar hingga halus semua bahan di atas
- Oleskan pada roti laffa dan letak daging serta sayur pilihan
Resipi Shawarma Ayam
Resipi asal: Ida Alina Salleh
2 ulas bawang putih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk buah pelaga
1 sk all spice
1 sk serbuk cili
1 sk smoked paprika
2 sk garam
Sedikit lada hitam
2 sb jus lemon,
3 sb minyak zaitun
Bahan Perapan Ayam shawarma:
1 kg thigh ayam dibuang tulang2 ulas bawang putih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk buah pelaga
1 sk all spice
1 sk serbuk cili
1 sk smoked paprika
2 sk garam
Sedikit lada hitam
2 sb jus lemon,
3 sb minyak zaitun
Cara-caranya:
- Tumbuk bawang putih, all spice, lada hitam dan garam lalu perap ayam bersama bahan yang lain semalaman di dalam peti ais
- Masak ayam di atas non stick pan hingga masak. Rehatkan dan potong nipis.
Sos Yogurt:
1 cwn yogurt
1 ulas bawang putih,
1 sudu teh serbuk jintan putih
Sedikit jus lemon
Garam
Lada hitam
Cara-caranya:
1 sudu teh serbuk jintan putih
Sedikit jus lemon
Garam
Lada hitam
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan dan rehatkan seketika
- Sapukan sos yogurt dan letakkan hirisan daging ayam serta salad dan tomato.
Kalori shawarma
Kalori shawarma 1 serving ialah sekitar 450-500kcal bergantung kepada penggunaan sos dan mayonnaise.
Lokasi shawarma di Johor
Sufra Kitchen
Alamat: Ngepot Kabin, 37, Jalan Mad Lazim Saim, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Instagram: https://www.instagram.com/sufra_kitchen/
Waktu operasi: 3.30 pagi hingga 12.00 tengah malam
Takeaway Foodie
Alamat: 52, Jln Tasik Indah 1/5, Taman Tasik Indah, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: 3.00 petang hingga 11.00 malam
Restoran Hadharamaut
Alamat: Jalan Universiti 2, 86400 Parit Raja, Johor
Facebook: https://www.facebook.com/aziz20182
Waktu operasi: 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam
Stall Al-Khair
Alamat: Jalan Universiti 2, 86400 Parit Raja, Johor
Facebook: https://www.facebook.com/stall.alkhair
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 6.00 petang
Al-Damascus JB
Alamat: 61, Jalan Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 1.00 pagi
Restoran Wadi Hana Elarabi
Alamat: 1,1A,3A, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor
Facebook: https://www.facebook.com/wadihanaelarabi
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 10.30 malam
Lokasi Shawarma di Kuala Lumpur
Halab Gate Shawarma
Alamat: 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 5.00 pagi
Damascus Bukit Bintang
Alamat: 111, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 4.00 pagi
Syawarma Raihani Kebab Jalan T.A.R
Alamat: 75, Jln Palestin, City Centre, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12.00 tengah hari hingga 6.30 petang
@farey1710 Sampai sekarang teringat weh shawarma beef tuu 😭😭 SEDAP NAK MAMPOSS RUGI TAK TRY #foodie #makanlokal #klfoodie #kl #bukitbintang #shawarma #damascus #racunfarey #racuntiktok #fyp
♬ CASABLANCA - Nuha Bahrin & Naufal Azrin
0 Ulasan