Tauhu mula popular sekitar tahun 2017 apabila munculnya pelbagai resepi viral berasaskan tauhu seperti tauhu bergedil, tauhu telur dan tauhu berlauk. Tauhu juga popular dalam masakan Korea, dikenali sebagai "dubu" yang kian mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia iaitu soondubu jigae.
Di luar negara tauhu juga popular dalam kalangan vegetarian sebagai pengganti daging. Istimewanya tauhu atau tofu ni, jom belajar dengan lebih lanjut.
Tauhu
Asal usul tauhu
Tauhu dikenali sebagai "doufu" atau tofu/bean curd in English adalah makanan yang berasal dari China sejak dari Dinasti Han 2000 tahun yang lalu dan telah menjadi sebahagian penting dalam hidangan di Asia Tenggara.Baca juga:
Pokok kacang soya. |
Jenis-jenis tauhu
Bahan pembeku/coagulant tauhu
- Gypsum (calcium sulfate)
- Nigari salts (magnesium chloride and calcium chloride)
- Glucono delta-lactone (GDL)
- Cuka makanan
- Jus lemon
Proses penghasilan tauhu
Cara buat air soya
- Basuh dan rendam kacang soya dalam air selama semalaman atau 5-6 jam. Rendam air 2x ganda daripada paras kacang soya untuk mudah mengembang.
- Sediakan pengisar dan kisar 1 cawan soya dengan nisbah 3 cawan air
- Sediakan kain muslin/cheesecloth di atas periuk baru untuk asingkan air soya daripada hampasnya
- Perah air soya semaksimum mungkin dari kain muslin
- Asingkan hampas dan boleh kisar lagi dengan sedikit air untuk dapatkan nutrient yang berbaki di dalam hampas
- Ulang proses ini sehingga kacang soya habis
- Buang buih yang terhasil dari proses perahan
- Dengan api sederhana, masak air soya selama 30-45 minit sehingga mendidih
- Sentiasa kacau untuk elak air soya hangit di dasar periuk atau melimpah ke luar
- Buang buih yang terhasil semasa proses memasak
- Selepas masak, boleh asingkan air soya untuk diminum atau diproses untuk produk yang lain
Cara buat tauhu
- Bancuh 15g GDL bersama sedikit air sehingga larut
- Tuangkan ke dalam air soya panas dan kacau hingga sebati
- Biarkan selama 15 minit hingga air soya menjadi bergumpal
- Sediakan kain muslin dan bekas yang sesuai untuk mencetak tauhu
- Gunakan penapis dan kaut gumpalan tauhu dan letakkan di dalam bekas yang beralas kain
- Letak pemberat di atas bekas pencetak untuk keluarkan air sebanyak mungkin
- Selepas 1 jam, keluarkan tauhu
- Rendam di dalam air bersih dan boleh simpan di dalam peti ais
Pelbagai jenis bekas tauhu yang murah di Shopee |
Cara buat taufufah
Bahan-bahan:
1 sudu makan tepung jagung
50 ml air
- Bancuh GDL bersama tepung jagung dan air
- Tuang air soya panas serentak dengan bancuhan GDL ke dalam bekas kedap suhu
- Biarkan selama 30 minit hingga air soya mengeras dan menjadi taufufah
- Buang sedikit permukaan taufufah yang berbuih
- Boleh hidang taufufah bersama air gula pilihan atau dimasak menjadi hidangan istimewa
Cara buat tauhu telur
- Pukul sebati semua bahan di atas dan tapis ke dalam acuan kecil
- Kukus tauhu telur selama 25 minit
- Tunggu sejuk sebelum dikeluarkan
Cara buat fucuk
Baca juga: Sayur masak lemak
- Air soya boleh dipanaskan menggunakan kaedah double boiled atau letak di atas pengukus kerana kalau panaskan terus atas dapur ada risiko air soya menjadi hangit
- Tunggu sehingga lapisan kuning terbentuk di atas permukaan air soya
- Gunakan pisau untuk leraikan lapisan fucuk dan ambil menggunakan lidi
- Gantung fucuk untuk proses pengeringan
- Ulang hingga air soya habis
- Bila dah cukup kering boleh simpan untuk dijadikan hidangan
Kebaikan tauhu kepada kesihatan
Nutrisi dan kalori tauhu 100g
Protein: 17g
Karbohidrat: 3g
Fiber: 2g
Lemak: 9g
- Calcium
- Manganese
- Copper
- Selenium
- Vitamin A
- Phosphorus
- Iron
- Magnesium
- Zinc
Tauhu adalah makanan yang kaya dengan nutrisi dan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaat tauhu kepada kesihatan
Sumber protein
Tauhu mengandungi protein berkualiti tinggi yang penting untuk pembentukan tisu badan, pertumbuhan, dan pembaikan sel-sel tubuh.
Rendah kalori dan lemak
Tauhu adalah makanan rendah kalori dan rendah lemak, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang menguruskan berat badan atau mengamalkan gaya hidup sihat.
Kandungan lemak yang baik dalam tauhu, terutamanya lemak tak tepu, boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan kolesterol LDL ("kolesterol jahat").
Kandungan mineral dan vitamin
Tauhu diperbuat daripada susu soya yang kaya dengan kalsium. Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan gigi yang kukuh. Tauhu mengandungi zat besi, yang diperlukan untuk membantu pengangkutan oksigen dalam darah dan mencegah masalah keletihan dan kelemahan.
Ia juga mengandungi serat makanan, yang membantu dalam penghadaman, mengurangkan sembelit dan menjaga kesihatan saluran pencernaan.
Kandungan antioksidan
Tauhu mengandungi antioksidan seperti isoflavon, yang dapat membantu melawan radikal bebas dalam tubuh dan memberikan perlindungan kepada sel-sel tubuh daripada kerosakan.
Kandungan vitamin E dalam tauhu membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan menjaga keanjalan kulit.
Menyokong keseimbangan hormon
Kandungan isoflavon dalam tauhu dapat membantu menjaga keseimbangan hormon, terutamanya pada wanita semasa peringkat menopaus.
Resepi tauhu
Tauhu telur ayam cincang
- Potong tauhu telur dan masak dalam air fryer 200℃ selama 15 minit.
- Tumis bawang putih bersama cili dan masukkan lobak, ayam, cendawan.
- Masukkan sedikit air dan letak sos tiram, kicap, bancuhan air tepung jagung dan serbuk lada hitam
- Tuangkan kuah ayam di atas tauhu telur dan sedia dihidang.
@diaryizzxh menu diet: tauhu telur + ayam cincang ( 381 kcal ) Tinggi protein🔥 #resepidiet #bekaldiet
♬ original sound - Diaryizzxh - Diaryizzxh
Tauhu sumbat air fryer
- Potong tauhu putih kepada 2 bahagian dan belah tengah lalu masak dalam air fryer 180℃ selama 15 minit dan terbalikkan bakar lagi selama 15 minit.
- Jika tauhu dalam keadaan basah, tekap dengan tisu sebelum bakar di dalam air fryer, boleh spray sedikit minyak jika mahu
- Potong lobak dan timun secara memanjang dan taugeh.
- Sumbat sayur ke dalam tauhu mengikut selera
- Kisar semua bahan sambal cili dan reneh di dalam periuk, perasakan dengan gula dan garam.
@rohayu_win #tauhusumbat #rohayuwin #jagabadan #jagamakan #healthyaging #coachkurusonline #shouldbeme #changeyourlife #kempisperut
♬ Pretty - Official Sound Studio
Tauhu berlauk
5 ulas bawang putih
Kicap manis
- Kisar semua tauhu, ayam dan telur hingga lumat
- Campur bahan cincang halus dan perasakan
- Masukkan ke dalam bekas besar atau bekas kuih lompang dan kukus selama 15-20 minit
- Keluarkan dari bekas dan golekkan di dalam bekas berisi telur yang telah dipukul lalu goreng hingga garing
- Jika mahupun cara yang lebih sihat, renjis sedikit minyak dan masak di dalam air fryer 180℃ selama 15 minit
- Kisar semua bahan untuk sambal kicap dan reneh sekejap di atas dapur.
@fieshajefry99 Tauhu telur berlauk fav laki bini 😋, makan pulak dengan sambal kicap 🥰. #tauhuberlauk #Foodie #MYfoodie #resepsimple #resepimudah #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #fypageforyoupage #masukberandafyp #masakdirumah #pru15
♬ original sound - 🎧🎶DUSAN_IP🎧🎶 - 🎧🎵🎸DUSAN🎸🎵🎧
2 Ulasan
Proses yang panjang dan rumit.
BalasPadamBanyak khasiat tauhu.
BalasPadamKalau makan di Indonesia mesti jumpa tauhu dan tempe.