Tempe sumber protein murah dan berkhasiat untuk diet

Tempe tidak asing lagi dalam masyarakat majmuk di Malaysia dan bukan hanya terkenal dalam kalangan orang Jawa sahaja. Populariti ayam penyet yang menaikkan nama tempe dalam kalangan "foodie" di sini. 

Lagi-lagi di Johor, tempe goreng cicah sambal kicap memang terkenal sebagai menu santapan minum petang mahupun makan tengah hari. 

Adakah tempe terkenal dalam masakan Melayu seperti sambal goreng Jawa dan lontong hanya kerana rasanya yang unik ataupun kerana khasiatnya? Jom kenali tempe dengan lebih mendalam. 

tempe


Tempe

Asal usul tempe 

Tempe adalah makanan tradisional yang berasal dari Asia Tenggara, terutama popular di Indonesia, Malaysia dan negara-negara sekitarnya. Sejarah tempe berawal dari amalan fermentasi kacang soya ataupun kedelai yang telah wujud selama berabad-abad dahulu. 

Asal-usul tempe ialah daripada Pulau Jawa, Indonesia dan sejarahnya terkait dengan imigran China yang membawa kacang soya dan memproses tauhu di sana. 

Baca juga:

Proses pembuatan tempe melibatkan fermentasi kacang soya dengan menggunakan ragi tempe ataupun dikenali sebagai kulat Rhizopus oligosporus. Asal nama tempe dikaitkan dengan "tumpi" ataupun rempeyek dan juga "tape" iaitu tapai yang melalui proses penapaian juga. 

Baca juga: Biji ketumbar 

Kulat ini membantu mengubah struktur kacang soya menjadi bentuk yang lebih mudah dicerna dan memberikan rasa serta aroma yang khas. Hasil fermentasi menjadikan tempe makanan yang tinggi probiotik sama seperti yogurt dan kimchi. 

Tempe in English ialah tempeh dan merupakan pilihan vegetarian di negara barat kerana kandungan protein yang tinggi dan rendah lemak. 

Cara buat tempe mudah di rumah 

tempe


Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-caranya:

Penyediaan kacang soya 

  • Cuci bersih kacang soya dalam air mengalir dan rendam dalam air selama 12 jam atau semalaman. Pastikan kacang soya terendam sepenuhnya. 
  • Esoknya, gesek kacang soya dengan tangan dan buang kulit kacang sebanyak mungkin. Bilas beberapa kali. 
  • Rebus kacang soya di dalam periuk sekitar 45 minit hingga 1 jam. Pastikan kacang sekadar empuk dan bukan terlalu lembut. 
  • Tos air rebusan dan letakkan kacang soya di dulang besar untuk proses pengeringan. Boleh biar kering sendiri dengan bantuan kipas atau jemur di bawah cahaya matahari. 
  • Masukkan kacang soya di dalam mangkuk besar dan gaul dengan cuka. Taburkan ragi tempe dan gaul rata. 

Pembungkusan

  • Sediakan zip lock bag saiz sederhana dan masukkan kacang soya secukupnya.
  • Ratakan kacang soya hingga menjadi sedikit mampat.
  • Gunakan pencungkil gigi untuk buat lubang-lubang kecil di kedua-dua permukaan zip lock bag.

Fermentasi

  • Letakkan tempe di atas "wire rack" dan biarkan di ruang dapur yang mempunyai aliran udara yang baik selama 36-48 jam sehingga kacang soya memutih. 
  • Tempe akan tersedia jika kulat putih (mycelium) menyaluti semua ruang dan menjadi padat. 

Cara simpan tempe untuk tahan lama

Beli tempe berkualiti 

  • Tips yang pertama adalah sewaktu proses membeli tempe di kedai. Beli tempe yang masih segar dan berkualiti tinggi iaitu kacang soya kekuningan, kulat yang masih putih, berbau enak dan masih suam. 
  • Tidak dinafikan tempe yang dibalut daun lebih istimewa, tetapi ia mudah rosak. Pilih tempe yang dibungkus menggunakan plastik. 
  • Jika bercadang untuk menyimpan lebih lama, beli tempe yang baru diperam iaitu kacang soya yang masih berderai dan tidak mampat. Proses fermentasi akan berlaku di rumah dan tempe masih kekal segar. 



Cara simpan tempe 

  • Tanpa potong, masukkan tempe di dalam bekas bertutup/kedap udara dan simpan di dalam peti ais.
  • Jika ingin potong siap-siap, masukkan rempah seperti bawang putih, garam atau serbuk kunyit dan simpan di dalam bekas kedap udara. Tempe boleh bertahan sehingga 3 hari di dalam peti ais. 

Nutrisi dan kalori tempe 

TEMPE

NUTRISI (100g)

Kalori

192kcal

Karbohidrat

9g

Protein

19g

Lemak

11g

Natrium

9mg

Kalium

412mg

Zat besi

2.7mg

Vitamin B6

0.2mg

Magnesium

81mg

Kalsium

111mg

Khasiat tempe untuk kesihatan dan diet

Sumber protein berkualiti tinggi 

Tempe adalah hidangan lengkap yang mengandungi karbohidrat, rendah lemak, serat, protein, mineral dan vitamin. Protein dalam tempe merupakan sumber amino acid yang penting untuk pertumbuhan, perbaikan, dan fungsi tubuh. 

Protein tempe memberi rasa kenyang yang lama dan memberi kesan thermogenesis yang bagus untuk menurunkan berat badan. 

Baik untuk organ pencernaan  

Serat dalam tempe membantu mencegah sembelit dan kandungan probiotik dan prebiotik hasil fermentasi tempe menjaga kesihatan saluran pencernaan. Tempe juga disarankan bagi mereka yang mengalami cirit-birit dan mencegah keracunan makanan. 

Pembentukan tulang yang kuat

Kandungan kalsium dan magnesium dalam tempe bermanfaat untuk menguatkan tulang dan menghalang risiko osteoporosis. Bagi mendapatkan nutrisi segelas susu, pengambilan 4 keping tempe dapat memberi nilai yang sama. 

Mencegah penyakit kronik 

Kandungan isoflavon di dalam tempe memberi kesan antioksidan meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca penyakit kronik seperti masalah jantung dan kanser. 

Kandungan antioksidan juga melambatkan penuaan dan rahsia awet muda. Tempe memiliki indeks glisemik yang lebih rendah dibandingkan sumber protein lainnya sehingga dapat membantu mengendalikan kadar gula dalam darah.

Resepi Tempe



Bagi mengekalkan manfaat tempe, boleh olah tempe menggunakan resepi rendah kalori yang kurang minyak, garam, gula dan MSG. Salah satu cara ialah menggunakan air fryer. 

Tempe goreng air fryer

Bahan-bahan:
Tempe
Lada puith
Paprika
Serbuk kari 
Serbuk kunyit
Garam 
1 sudu besar olive oil/minyak masak 

Cara-caranya:
  • Campur dengan rempah dan gaulkan dengan minyak 
  • Bakar di dalam air fryer pada suhu 180℃ selamat 10-15 minit
@diya_yusuff

Tempe lulus diet, ade ke kat sini yg tengah nak turunkan berat? Komen “NAK” utk sy bantu turun 3-7kg ogos ni

♬ ชอบเธออ่ะ - Jamillecosmetic


Sambal goreng jawa versi diet 


Bahan-bahan:

Segenggam suhun
Segenggam fucuk
1 keping tempe
1 keping tauhu
Kacang panjang
Petai

2 sudu besar minyak masak 
1-2 biji cili padi
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa 
Air
Serbuk kunyit

Cara-caranya:
  • Potong dadu tempe dan tauhu lalu gaul dengan sedikit kunyit. Masukkan dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 10 minit. 
  • Rendam fucuk dan suhun dalam air panas sehingga lembut
  • Masukkan minyak dan tumis bawang bersama cili kisar dan tumis sehingga garing. Tambahkan air dan biarkan mendidih
  • Masukkan suhun dan fucuk diikuti sos tiram dan kicap pekat. Masukkan tauhu, tempe, kacang panjang, petai dan cili padi lalu gaul sebati. 
  • Perasakan dengan sedikit garam. 

Sambal tempe mudah 

Bahan-bahan:

1 keping tempe
Segenggam ikan bilis 
1 paket crabstick 

12 batang lada merah  
3-4 batang cili padi 
3 biji bawang merah 
Minyak 
Serbuk kunyit 
Garam, gula, serbuk perasa

Cara-caranya:
  • Potong tempe, letak serbuk kunyit, garam dan sedikit minyak lalu masak dalam air fryer selama 200℃ selama 15 minit. 
  • Leraikan isi crabstick, letak sedikit minyak dan bakar dalam air fryer. Begitu juga untuk ikan bilis. 
  • Kisar lada merah, cili padi dan bawang. Tumis sehingga garing dan kering lalu perasakan. 
  • Tunggu hingga sambal sejuk dan gaul dengan tempe, ikan bilis dan crabstick.
@zamakmal

Korang panggil ni sambal apa? X jwb Salam dosa tau 🙈 #resepi #tiktokchef #tempe #airfryer ikan bilis kat beg Kuning

♬ original sound - BangZam 👨‍🍳🍪🍤🍔 - BangZam 👨‍🍳🍪🍔

Catat Ulasan

1 Ulasan

Close Menu